Peringatan : Tiada kaitan dengan yang masih hidup atau pun yang telah mati. Hanya sekadar tulisan.
******************************************************************
As a human, mampu tak engkau nak maafkan orang yang
pernah menyusahkan hidup engkau? Engkau pun berdendam dengan dia kan? Engkau
tak pernah dan tak akan mampu memaafkan kesalahan-kesalahan yang pernah
dilakukan terhadap engkau kan? Aku faham perasaan engkau.. Sebab, kita sama
sahaja. Aku juga pernah alami keadaan itu.
Ini bukan tentang hati atau perasaan yang dicurangi..
bukan! Bukan sama sekali. Ini tentang masa depan engkau yang sudah dimusnahkan
dengan sengaja. Kalau tak sengaja pun, mana ada orang yang meraikan hari dia
diperkosa. Dinoda! Gila! Ya!.. kerana itu engkau dan aku perlu meneruskan
dendam itu. Dendam kepada mereka yang telah meragut kesucian kita.
Aku faham! Aku tahu negara kita ada undang-undang.
Engkau dan aku nampak polis berseragam biru berkeliaran di luar sana. Tapi,
engkau dan aku tak perlukan mereka. Mereka tidak perlu masuk campur urusan ini.
Dendam ini hanya ada engkau, aku dan dia. Tiada orang lain. Ingat! Tiada orang
lain.
Arghhh! Engkau persoalkan aku? Engkau lupa? Bukankah
dia orangnya yang merosakkan segalanya? Bukankah dia orang yang merentap
kesucian engkau? Dia kan? Dia orangnya kan? Eh! Engkau dah kenapa? Engkau
takut? Takut diapa-apakan lagi? Engkau tak perlu risau. Selagi aku ada, engkau
akan selamat. Engkau mesti berpegang
teguh dengan apa yang telah aku janjikan. Engkau jangan risau!
Engkau nak maafkan dia? Mengapa hati engkau dah tak
sekeras batu? Kenapa engkau dah tak macam dulu? Eh! Engkau dah lain.. dah tak
sama! Mana perginya engkau yang pernah aku kenal? Engkau bukan begini orangnya.
Engkau sama macam aku. Degil! Keras hati! Bukan semudah itu engkau nak maafkan
dosa-dosa orang lain. Apatah lagi dia yang telah menodai engkau.
Musykil! Aku musykil. Begitu cepat engkau berubah.
Engkau bukan lagi orang yang aku kenal dulu. Dan, terus-terang! aku mula
membenci engkau. Engkau sudah tidak layak untuk berkawan dengan aku. Engkau
berhati tisu. Tidak sama macam aku. Engkau benar-benar sudah berubah! Sudah!
Jangan dekati aku lagi. Biarkan aku menjauh!. Aku benci untuk berkawan dengan
engkau semula. Aku tak mahu! Bila aku sudah putuskan begini maka akan beginilah
selamanya. Aku benci engkau yang berhati tisu!
*******************************************************************
Aku pun musykil gak.. agak2 korang tau tak sape 'aku' tuh? Actually, ape yang aku tulis nih tak de kene-mengene ngan orang yang masih hidup or orang yang da mati.. sipi pun tak de! aku saja nak tengok sama ada aku masih bleh menulis ngan baik atau tak... nak menguji diri-sendiri..
kalo korang rajin, korang bleh panjangkan lagi cerita nih.. janji korang tau sapekah 'aku' yang ade dalam citer di atas... bukan tuh jerr.. tajuk pun aku tak tau nak letak ape... korang tolong aku bleh? aku macam nak sambung citer nih.. tapi blom ade idea lagi... korang tolong aku eh!
0 cakap-cakap:
Post a Comment