PESANAN PENTING DARI PENAJA!

About Me

My Photo
RinnAzrinah
Alam Budiman, Selangor, Malaysia
I am Sabahan! 'Aku,saya,me,I,kami,kita' bagiku maknanya tetap sama..
View my complete profile

ENTRI POPULAR SEPANJANG MINGGU

[Sekadar menulis] : Engkau, aku dan dendam!

Peringatan : Tiada kaitan dengan yang masih hidup atau pun yang telah mati. Hanya sekadar tulisan.

******************************************************************

As a human, mampu tak engkau nak maafkan orang yang pernah menyusahkan hidup engkau? Engkau pun berdendam dengan dia kan? Engkau tak pernah dan tak akan mampu memaafkan kesalahan-kesalahan yang pernah dilakukan terhadap engkau kan? Aku faham perasaan engkau.. Sebab, kita sama sahaja. Aku juga pernah alami keadaan itu.

Ini bukan tentang hati atau perasaan yang dicurangi.. bukan! Bukan sama sekali. Ini tentang masa depan engkau yang sudah dimusnahkan dengan sengaja. Kalau tak sengaja pun, mana ada orang yang meraikan hari dia diperkosa. Dinoda! Gila! Ya!.. kerana itu engkau dan aku perlu meneruskan dendam itu. Dendam kepada mereka yang telah meragut kesucian kita.

Aku faham! Aku tahu negara kita ada undang-undang. Engkau dan aku nampak polis berseragam biru berkeliaran di luar sana. Tapi, engkau dan aku tak perlukan mereka. Mereka tidak perlu masuk campur urusan ini. Dendam ini hanya ada engkau, aku dan dia. Tiada orang lain. Ingat! Tiada orang lain.

Arghhh! Engkau persoalkan aku? Engkau lupa? Bukankah dia orangnya yang merosakkan segalanya? Bukankah dia orang yang merentap kesucian engkau? Dia kan? Dia orangnya kan? Eh! Engkau dah kenapa? Engkau takut? Takut diapa-apakan lagi? Engkau tak perlu risau. Selagi aku ada, engkau akan selamat.  Engkau mesti berpegang teguh dengan apa yang telah aku janjikan. Engkau jangan risau!

Engkau nak maafkan dia? Mengapa hati engkau dah tak sekeras batu? Kenapa engkau dah tak macam dulu? Eh! Engkau dah lain.. dah tak sama! Mana perginya engkau yang pernah aku kenal? Engkau bukan begini orangnya. Engkau sama macam aku. Degil! Keras hati! Bukan semudah itu engkau nak maafkan dosa-dosa orang lain. Apatah lagi dia yang telah menodai engkau.

Musykil! Aku musykil. Begitu cepat engkau berubah. Engkau bukan lagi orang yang aku kenal dulu. Dan, terus-terang! aku mula membenci engkau. Engkau sudah tidak layak untuk berkawan dengan aku. Engkau berhati tisu. Tidak sama macam aku. Engkau benar-benar sudah berubah! Sudah! Jangan dekati aku lagi. Biarkan aku menjauh!. Aku benci untuk berkawan dengan engkau semula. Aku tak mahu! Bila aku sudah putuskan begini maka akan beginilah selamanya. Aku benci engkau yang berhati tisu! 

 *******************************************************************

Aku pun musykil gak.. agak2 korang tau tak sape 'aku' tuh? Actually, ape yang aku tulis nih tak de kene-mengene ngan orang yang masih hidup or orang yang da mati.. sipi pun tak de! aku saja nak tengok sama ada aku masih bleh menulis ngan baik atau tak... nak menguji diri-sendiri..

kalo korang rajin, korang bleh panjangkan lagi cerita nih.. janji korang tau sapekah 'aku' yang ade dalam citer di atas... bukan tuh jerr.. tajuk pun aku tak tau nak letak ape... korang tolong aku bleh? aku macam nak sambung citer nih.. tapi blom ade idea lagi... korang tolong aku eh!

0 cakap-cakap:

There was an error in this gadget