PESANAN PENTING DARI PENAJA!

About Me

My Photo
RinnAzrinah
Alam Budiman, Selangor, Malaysia
I am Sabahan! 'Aku,saya,me,I,kami,kita' bagiku maknanya tetap sama..
View my complete profile

ENTRI POPULAR SEPANJANG MINGGU

penat..

Dah lama tak update blog.. Bukan malas... Tapi busy yang melampau... Kerja hakiki pun aku tak sempat nak sentuh... Hari-hari asyik menghadap cek bekas-bekas polis yang berkhidmat time darurat dulu... Kalau ikutkan senarai yang ada... Semuanya berjumlah 5188 cek.. Satu cek bernilai RM3000.. Nak kena check senarai nama dengan cek... Ada yang ada nama tapi cek tak de... Nak agih-agih ikut daerah lagi.. Pening!!!... Yang buat kerja 3 orang je... Nasib baik ada bantuan dari Unit Hemodialisis... Sebab dah tak larat nak menghadap cek yang berlambak tu... Cakap kat S/I Kebajaikan... Minta tolong dengan Kebajikan Daerah... Kalau tak... Sebulan pun belum tentu settle....


Belum kira gangguan telefon bagai... Tension!!!...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Kelu Khamis #KK1

Dah lama tak mengata!

Astaghfirullahalazim!!.... pagi-pagi jumaat ajak orang mengata... isk..isk..isk.. tak elok ok! jangan amalkan... kan? dah lama aku tak mengata orang dalam blog kan? don't worry! aku tak mengata kawan-kawan blogger.. aku cuma mengata dia.. dia.. dia.. dan dia.. atau dia... itu saja!... tidak melibatkan orang lain.. kalau ada yang terasa... apa boleh buat? dah termakan cili.. minumlah air.. tak pun, kunyah benda-benda manis.. hilanglah rasa pedas tu kan...

Actually, aku nak bercakap tentang seseorang.. yang aku anggap sikap cerewetnya agak keterlaluan.. Kau nak orang jaga anak kau baik-baik tapi kau tak fikirkah yang cara kau tu boleh buat orang lain meluat? aku pun ada anak.. aku pun hantar kat rumah orang juga... setakat ni, Alhamdulillah! anak-anak aku sihat-wal'afiat je dia jaga... bila kau dah bagi orang lain untuk jaga anak kau... cuba-cubalah bagi kepercayaan kat dia... janganlah selang 5 minit kau sms dia.. kau call dia.. dia pun ada kerja lain nak buat... dah tu, kau tak bagi pula dia jaga anak orang lain... nak jaga anak kau seorang je... cerewet tu biarlah bertempat..

aku pun selalu juga sms.. call pengasuh.. tanya khabar anak-anak aku.. tapi, tak de sampai macam tu sekali.. selang 5 minit call.. tak pun, sms.. kalau aku jadi pengasuh anak kau tu... aku meluat ok! aku tak nak jaga anak kau... kau buat macam tu, seolah-olah kau tak percaya kat dia... kau patut bersyukur sebab ada orang nak tolong jaga anak kau.. aku rasakan... kau patut ambil orang gajilah kalau macam ni... sampai rumah orang pun kau check satu-satu... memanglah kita kena pentingkan kebersihan anak-anak... tapi, agak-agaklah sikit!... sah-sah anak kau seorang je dia jaga.. tapi, bila demam.. bila sakit.. kau kata berjangkit dengan anak jiran sebelah... nobody's perfect!.. aku, kau.. dia..mereka.. semua tak perfect!

kalau kau rasa kau tak mampu nak ambil orang gaji... better kau berhenti kerja.. kelek anak sepanjang masa... kan? tak sakit hati... 

Camera FujiFilm Instax Mini 7S

Actually, aku dah dapat lama dah.. time aku dalam pantang lagi.. tapi, sebab aku malas nak update blog... makanya malaslah nak bercerita... Oklah!... aku cerita sekarang.... Aku terima 1 bungkusan dari dealmates.com.. 


Hati aku tak payah tanya-tanya dah apa barangnya...aku dah tahu dah apa isi dalam bungkusan tu tapi, aku saja buat-buat tak excitedlah konon... padahal dalam hati tu.. kenapa lambat sangat?... haha... 


Tadaaaaaaaaaaaa.... inilah dia barang yang aku tunggu sebelum aku bersalin lagi... camera ni sampai time aku dalam pantang wei.... lama tu tunggu.... 


Camera ni ada 2 color kalau aku tak silap.. 1 lagi pink color... tapi, aku tak nak pink color.. aku ambil yang blue color... Hehehe... Orang lain berpusu-pusu nak ambil DSLR.. tapi, aku hanya mampu miliki yang ini.... 


Buka je bungkusan tu.. terus test ok!... maka, inilah hasilnya.... Size gambar hanya sebesar credit card ok!... 

Kad Kahwin @pojiepooh

Wah! tadi aku lunch dengan @pojiepooh, @nemomimosh dan @pu3mawar a.k.a Kak Nurul a.k.a Nurul Akmar kat McD sana.. dekat area MAIS tu.. tahu?.. kalau tak tahu.. google! Bukan lunch kosong je.. siap bagi kad kahwin tu... @pojiepooh siap datang jemput aku dengan @pu3mawar kat office lagi... Ini kalau tak pergi kenduri kahwin si Pojie ni.. memang kena carut kaw-kaw punya ni... hahaha!!..

Nak tengok kad kahwin Pojie? Nah! 


si Pojie ni kahwin dengan blogger juga... Kalau kamu follow hashtags #puterigunungflora.. best je baca kisah twitter mereka ni... Thanks Pojie & Nemo sebab sudi jemput aku... Sempat juga jumpa Anak Perak with his wife tadi... 

Insya Allah! mungkin aku pergi kenduri sebelah nemo je kot... dekat sikit.. kat klang jerr... 

Urine test..

Kamu pernah buat urine test? Sejak aku kerja kat sini.. aku dah buat urine test sebanyak 3 kali.. Urine test ni dibuat untuk tujuan S.K.D.D.. 


Apa itu S.K.D.D? Ok! S.K.D.D tu bermaksud Sistem Kawalan Dadah dan Disiplin.. Aku nak explain lebih-lebih pun.. tak berani.. takut tersilap informasi... tapi, siapa yang kerja dengan PDRM dia tahulah.. Alhamdulillah! setakat ni result urine test aku tak de problem...


There was an error in this gadget