PESANAN PENTING DARI PENAJA!

About Me

My Photo
RinnAzrinah
Alam Budiman, Selangor, Malaysia
I am Sabahan! 'Aku,saya,me,I,kami,kita' bagiku maknanya tetap sama..
View my complete profile

ENTRI POPULAR SEPANJANG MINGGU

Takut...

Hari-hari aku datang awal.. Balik lambat.. Selama ni tak de masalah pun.. Cuma, semalam je aku lain sikit.. Meremang bulu roma.. Dulu-dulu, aku pernah juga alami keadaan yang sama..


Terus-terang aku bagitahu.. Mata aku ni memang mata x-ray.. Boleh nampak benda-benda ghaib tapi telinga aku ni bukanlah telinga stethoscope.. meremang bulu roma ok!..


Aku mengaku.. memang aku penakut.. tapi boleh cover lagi.. setakat 'nampak' tu aku dah biasa.. dah lali.. cuma masa mula-mula dulu je seriau sikit.. sampai pengsan!.. Alhamdulillah!.. sekarang dah ok dah.. benda-benda macam ni, sebenarnya dia tak nampak kita... hah!.. tapi, bila kita tunjuk yang kita nampak dia.. siaplah!.. memang kau kena kacaulah..


Kali ini, aku tak 'nampak'.. cuma 'dengar' je.. seriau beb!.. terus cari folder bacaan Al-Quran... pasang kuat-kuat.. dengan harapan benda tu terus senyap.. kamu mungkin tak percaya.. tapi tak pe!.. kalau kamu alami sendiri keadaan tu baru kamu akan percaya..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wordless Wednesday #12

Wordless Wednesday #11

Wordless Wednesday #10




Header oh header..

Sementara tunggu Inchek Hubby datang jemput, aku melepak kat office sambil belajar buat header yang simple.. Tengoklah hasil tanganku yang tak seberapa ini...






Aku sebenarnya suka header 'mata' tu... tapi, aku nak juga letak gambar sendiri jadi header... Agak-agak header mana satu yang sesuai erk?...

Faris Nur Daniel...

Ya Allah! Ya tuhanku... baru semalam aku war-warkan... hari ini dia telah pergi buat selamanya... Aku yang tak de hubungan kekeluargaan dengannya pun turut bersedih.. apatah lagi kedua orang tuanya... lebih-lebih lagi si ibu yang telah mengandungkannya selama 9 bulan dan membesarkannya... Mungkin itulah perjanjiannya dengan Allah SWT... hanya setakat itu dia mampu bertahan dalam mengharungi cabaran hidup di dunia ini...

Sebagai saudara sesama Islam... mari sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah.. semoga dia tenang di sana... Aminn...

Sumber : fb Shamrulismawi


Ya Allah! kau berikan kekuatan kepada keluarganya... Semoga mereka dapat menerima pemergian arwah dengan hati yang terbuka... 

Ibu arwah, Pn. Zuraine Mohamad dikhabarkan sedang mengandung 2 bulan.. 1 hikmah yang Allah SWT berikan untuknya... Allah SWT tarik 1 nyawa.. tapi, Dia gantikan dengan nyawa yang lain... mungkin itu akan berikan kekuatan kepada Pn. Zuraine... 

Sedikit info daripada En. Sham.. 

Faris akan dikebumikan di kampung Budiman, shah alam.
Jenazah akan dibawa ke rumah pukul 12.30


Alamat
No 1, jalan pulau lumut u10/76j
Alam budiman, seksyen u10
Puncak Perdana


- facebook En.Sham

Mohon bantulah adik Faris ini...

Aku ada terbaca tentang adik Faris ni dalam blog Mazidulakmal.. Mula-mula, aku kata kasihannya adik ni...Cuma itu... Bila baca dalam Alam Budiman Group dalam facebook tu.. aku tak sangka pula yang adik Faris ni tinggal dalam kejiranan yang sama dengan aku.. Duduk setaman tapi baru tahu... 

Status terkini yang aku dapat dari facebook En. Shamrulismawi..



Kepada kalian yang ingin menghulurkan sumbangan dan bantuan... ini account number En. Shamrulismawi Ismail 1628-5200-2738 & 1140-1115-2218 (Maybank).. 

Kalau tak silap aku, surau Roudhatul Firdaus Alam Budiman juga telah mengadakan majlis bacaan surah Yassin bagi memberkati kesihatan adik Faris ini... 

Ya Allah! Kau berikanlah kekuatan kepada keluarga ini... 
Kau berilah kesihatan yang baik kepada adik Faris..
Permudahkanlah mereka...


Kisah dalam kain..

Dulu aku juga pernah buat kesilapan.. Sikit-sikit update kat facebook.. Dan, teguran daripada Inchek Hubby membuatkan aku sedar.. Bukan semua cerita dalam kain itu boleh dikongsikan dengan orang luar..


So, aku pun stop update status tentang kisah dalam kain.. Sebab aku takut akan fitnah..


Apa yang aku nampak dan perasan.. Mungkin dah jadi trend masa kini.. Bila suami isteri gaduh je.. Update facebook.. Update twitter.. Tanpa disedari.. Akan ada orang yang bertepuk tangan di atas kebodohan kita..


Bagi aku, kisah rumahtangga kita.. Tak perlu canang kat facebook.. Twitter.. Tak perlu nak cerita dengan orang lain.. Tak payah nak cerita masalah kat suami atau isteri orang.. Kau bukannya tak de family yang boleh bagi kau pendapat.. Tak perlu kau nak minta pendapat orang lain yang tak de kena-mengena dengan kau.. Bila kau bercerita kat suami atau isteri orang tentang masalah rumahtangga.. Kau ingat suami atau isteri orang tu suka?.. No! Mungkin timbul salah faham nanti..


Suami orang.. Isteri orang.. Facebook.. Twitter.. Itu semua bukanlah tempat terbaik untuk kita berkongsi masalah...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Jumaat itu..

Sebenarnya aku dan Inchek Hubby terlajak tidur.. Bukan kerana aktiviti malam jumaat ye.. Alarm tak bunyi.. Sudahnya Inchek Hubby seorang je yang pergi kerja.. Dah terlajak tidur sampai 6.30 pagi.. Mana sempat nak mandi.. Nak hantar anak-anak ke rumah pengasuh.. Nak hantar aku lagi.. Confirmed Inchek Hubby akan lewat ke tempat kerja.. Dia masuk kerja jam 7.30 pagi tapi kena ada kat tempat kerja seawal jam 7.10 sebab ada meeting pagi.. Nak kejar parking lagi.. Memang tak sempatlah..


Aku pula.. Bangun dari tidur terus sakit perut.. Alamak! Tak tahan.. Dah buang pun masih sakit lagi... Aku rasa sakit perut yang aku alami itu ada kaitannya dengan kejadian sehari sebelumnya.. Ya! Aku terjatuh.. Habis lebam lutut.. Alhamdulillah!.. Tak serius sangat pun.. Cuma ada keluar darah je.. Period kot.. Kan dah lama tak period.. Tu yang lupa macam mana sakitnya time period.. Hehe.. Makanya, hari itu aku terpaksa ambil emergency leave.. Malas nak ke klinik.. Terasa sayang pula nak ambil MC..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Bergelap dan berpeluh!

Jangan salah faham! Tiada double meaning ok! Taman perumahan yang aku diami tiada letrik.. Start jam 10 tadi kalau tak silap aku.. Dengar-dengar mungkin lagi 3-4 jam baru settle.. Berpeluhlah tidur malam ni..

Agaknya ada tiang letrik yang tumbang kot.. Kesian anak-anak aku.. Tak boleh tidur.. Bukan mereka je.. Aku pun sama juga.. Nasib baiklah ada kipas kecil yang orang selalu letak kat stroller tu.. Ada 2 sebenarnya.. 1 lagi yang letak kat meja komputer tu... Dan, nasib sangat baik sebab ada emergency lamp.. Bateri hand phone pun dah tinggal nyawa-nyawa ikan dah.. Tak boleh nak charge.. Letrik tak de..

Memang tak lenalah tidur malam ni... Panas! Berpeluh macam tengah mandi sauna.. Redha je.. Mata dah mengantuk dah ni.. Eh! Nasib baik aku rajin nak iron baju untuk seminggu terus... Baju Inchek Hubby pun aku dah iron...

Tiba-tiba..

Hari ini aku sangat bersemangat waja menyiapkan kerja-kerja sampaikan tak ingat waktu.. Dah dekat jam 4.00 petang rupanya.. Busy sangat! Juga sempat tweet ala kadar je..

Bukan apa, hari ini ada pra-audit kat office ni.. Tu yang senyap sebentar.. Nak mengemas apa yang patut... Tapi, yang ditunggu-tunggu dari tadi tak juga kunjung tiba.. Jangan datang time orang nak balik sudah...

Sementara menunggu untuk diaudit.. Aku sempat menyiapkan lebih kurang 10 fail.. Ye.. 10 tu memanglah sikit... Tapi, nak kena semak dulu.. Kalau tak de problem, bolehlah proceed.. Hah! kalau ada problem tu yang buat sakit hati.. Kalau ada problem yang berulang lagi aku sakit jiwa.. Hahaha! Lupakan tentang itu kerana lama-kelamaan nanti aku pasti akan terbiasa dengan keadaan tersebut..

Tiba-tiba.. Terdengar perkhabaran bahawa anggota yang tempat mereka digantikan dengan kami akan masuk semula.. Hah? Betul!.. Memang aku terkejut.. Bilik dahlah sempit.. Muat-muat kami 2 orang je.. Lagi nak tambah orang? Nak duduk mana? Takkan nak berkongsi komputer lagi?... Aduh! Leceh ni..

Yang kedua, tiba-tiba kedengaran bahawa ada seorang anggota lelaki akan ditempatkan bersama-sama kami.. Aduyai... Takkan nak duduk berhimpit kat dalam bilik ni macam tin sardin? Tak sanggup aku..

Aku memang dah boleh adapt keadaan sekeliling tapi kalau nak tambah orang lagi... pening aku..

Nyamuk.. Syuhh!!..

Hujan! Ini semua mesti hujan punya pasal.. Kalau tak hujan, nyamuk pun tak fly ok!.. Ini mesti pasal hujan.. Kalau tak, aku tak menggaru kegatalan..

Sebelum ni, tak de pula aku nampak nyamuk-nyamuk fly sana-sini.. Badan aku pun tak gatal... Sejak hujan membasahi bumbung rumah aku ni.. Banyak pula nyamuk-nyamuk fly keriangan.. Sesuka hati nak hisap darah aku.. Aku lastik dengan getah nanti.. Padan muka.. Berani nak kacau aku ye nyamuk... Syuhhh..syuhhhh...

Tiba-tiba juga aku terasa mengantuk... Mata pun macam nak kuyu..

Semakin liat..

Hahaha! Nampaknya makin liatlah aku nak buka lappy.. Malas yang amat ok! Sekarang ni pun update blog guna hand phone je..

Tapi, kalau tak buka lappy tu nanti rosak pula kan?.. Tengoklah nanti... Ada masa nak buka juga.. Takut rosak.. Mana tahu tiba-tiba lappy merajuk terus tak boleh buka.. Padan muka aku time tu..

Tapi, nak menaip guna hand phone pun nak kena check balik.. Mana tahu ada type error.. Smartphone kan penyumbang terbanyak berlakunya type error..

Apa-apa pun, setakat ni aku tak pernah type error lagi.. Kan aku memiliki jejari yang comel... Hahha.. Nak muntah? Silakan...

**nak beli tab pun... tak berkemampuan... Pakailah apa yang ada ye.. Jangan membazir..

Berita kematian..

Semalam aku dapat tahu dari facebook yang isteri kepada pakcik my mom dah meninggal dunia.. Jom kita sama-sama bacakan Al-Fatihah untuk arwah..

Yang pergi, doakanlah kesejahteraannya di sana.. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. Amin! Amin Ya Rabbal Alamin...

Kita yang hidup, perlu teruskan perjuangan.. Tak perlu kita tangisi mereka yang telah pergi..

Hakikinya..
Mati itu pasti dan tidak pernah menipu.. Perjalanannya di dunia ini mungkin sudah sampai ke garisan penamatnya.. Dan, kita yang hidup perlu mendoakan agar perjalanan hidupnya di sana dipermudahkan oleh-Nya..

Mati itu rahsia tuhan.. Hanya Dia yang maha tahu bila dan di mana kita akan mati..

Ya Allah.. Ya tuhanku.. Sesungguhnya aku tak layak masuk syurgaMu.. Namun, aku juga tidak sanggup masuk nerakaMu... Ampunkanlah dosa-dosaku... Suamiku.. Anak-anakku.. Kedua orang tuaku.. Adik-beradikku... Juga mereka yang berada di sekelilingku...

Wordless Wednesday #9





Attention to Follower 153

Ingat lagi tak pencarian follower yang ke-153? Kalau tak ingat, sila baca sini, sini dan sini ok!...
Actually, aku dah dapat dah siapa dia follower ke-153 tu.. cuma aku tak berkesempatan nak beli dan pos hadiah.. maklumlah aku kan baru je masuk kerja... baru habis pantang.. dalam pantangkan tak boleh pergi mana-mana... 

So, kepada Follower 153... maaf ye hadiah lambat sikit.. aku tak lupa tapi tak de masa nak keluar... Bukan tak ingat.. tapi, seperti yang dah dimaklumkan sebelum ini... hadiah tetap akan dihantar juga walaupun lewat... Jangan bimbang... 

Untuk pengetahuan kamu.. Follower 153 itu adalah ..... (pukul gendang jap).. Fairus Mamat... boleh refer kat sini kalau tak percaya...

2 Tahun

Hari ini.. pada tarikh 02/02/2012, maka genaplah 2 tahun aku di sini.. Banyak yang aku belajar dan banyak juga yang aku terlupa sejak berada di sini.. Maklumlah! Banyak kisah sama ada manis, pahit mahu pun masam aku alami di sini..

Dulu, mungkin aku terkejut dengan budaya.. terkejut dengan persekitaran.. terkejut dengan gelagat manusia-manusia di sini.. tapi, hari ini... Alhamdulillah! aku mampu melihatnya tanpa ada rasa terkejut.. Mungkinkah aku sudah kebal? sudah lali? siapa tahu...

Apa yang pasti, aku mahu membuka lembaran baru.. bukan kerana tahun baru.. tapi, mungkin kerana faktor usia.. banyak yang perlu aku lakukan untuk diriku.. serta keluarga aku... juga pekerjaan aku... bukan kerana SBPA... tapi, mungkin kerana sifatkebertanggungjawaban terhadap kerja itu mula mendominasi diri.. Bagus juga begitu.. tidaklah aku menjadi semakin malas... 

Semoga aku tidak terkejut lagi... 

**Batch Pilot Project yang seangkatan denganku...tiada siapakah yang ingin open table sempena anniversary kita? hahaha.... anyway, terima kasih PDRM!


There was an error in this gadget