PESANAN PENTING DARI PENAJA!

About Me

My Photo
RinnAzrinah
Alam Budiman, Selangor, Malaysia
I am Sabahan! 'Aku,saya,me,I,kami,kita' bagiku maknanya tetap sama..
View my complete profile

ENTRI POPULAR SEPANJANG MINGGU

Siapa Beto Kusyairy?

Siapa si Beto Kusyairy ni? Aku bukan apa.. saja nak tahu.. ni semua pasal Astro Oasis yang asyik ulang tayang drama Geng Surau.. Kalau Astro Oasis tak ulang tayang drama ni banyak kali.. sumpah! aku memang tak kenal siapa Beto Kusyairy ni.. Dulu aku kan berlagak.. mana layan drama melayu ni.. layan drama English je.. tak pun drama Cina.. Jepun, Korea... drama melayu ni jatuh ranking yang paling last ok!.. tapi, bila dah cuti lama sangat.. bosan pula asyik menghadap channel 411, 412... tak de story lain.. ubah seleralah pula... tu yang layan Oasis tu.. 

Kalau tak silap aku, Geng Surau ni dah lama dah tayang kat Oasis... yang aku layan sekarang ni entah dah berapa kali ulang dah... tak kisahlah! aku pun tak pernah tengok lagi... disebabkan oleh Geng Suraulah baru aku kenal Beto Kusyairy.. walaupun dia langsung tak kenal aku.. Dia punya pasal.. aku pun rajinlah menggoogle... mak aiii! wikipedia pun ada simpan maklumat pasal dia... gilalah!...


Ok! ini yang aku dapat dari wikipedia.. Nama sebenar si Beto ni adalah Nurkusyairy Zakuan Bin Osman dan lahir pada 19/02/1980.. sebaya Inchek Hubby rupanya... Banyak juga drama/movie dan telemovie yang dia dah berlakon.. tapi, yang betul-betul terkesan kat aku.. Geng Surau.. bila nakal.. terserlah kenakalan pada wajah si Mayat a.k.a Razif ni .. bila dah insaf.. pakai kopiah... mak aii.. lagilah... terpancar cahaya kesucian pada wajah.. hahaha... 

Ni aku ambil dari Wikipedia.. 

Movie - Jln. Pintas (Nam Ron), Chow Kit (Brando Lee), Barajiwa (Osman Ali), Sini Ada Hantu(James Lee), Nur Kasih The Movie (Kabir Bhatia), Kami The Movie (Fizi & Fendi) & Syaitan (Bade Azmi)

Short movie - Hujan Panas(Nadiah Hamzah) & Sangkar(Sharifah Amani)

Telemovie - Kashaf Imani (Azma Aizal Yusoof), Uri (Tunku Mona Riza), Misteri Gua Musang (Anwardi Jamil), Manggah Runggah(Nuad Othman), Bila Merpati Terbang Malam(Bade Azmi), 6 Sharifah (Wan Hasliza), Rel Waktu (Zulkiflie M. Osman), Mencari Nurkhadijah (Erma Fatima), Ibu Mak Mama Mummy Ummi(Emi Sufian@Pian Skru), Pasukan Gerak Cepat-PGC (Haris Fadzillah) & Lorong Neraka@Tersasar Di Jalanmu(Erma Fatima)

Drama - Wasiat (Faisal Ishak), Lari Sayang Lari(Yasu Tanaka), Cita & Cinta (Azma Aizal Yusoof) 2011 TV9, Juvana (Faisal Ishak) 2011 TV3, Geng Surau (Wan Hasliza/Johan Bahar/Syed Khairul Fariz), Putra Pura (Johan Bahar), K.I.T.A (Michael Ang), Dendam Kesuma:Tun Fatimah (Zaili Sulan), Apa Dosaku:Sybil Kathigasu (Bernard Chauly), Lembing & Layang:Senoi Praaq (Wan Has]]liza), 10:Mokhtar Dahari (Manesh Nesaratnam), Warkah Terakhir:Rosli Dhoby (Wan Hasliza), Pusaka(Bade Azmi), Bilik No 13-Season 2(Anwardi Jamil), Kekasihku Seru(Kabir Bhatia) & Lima(Wan Hasliza)..

Si Beto ni pun berlakon teater juga ok! Dia terlibat dengan Pementasan Projek KOKEN:TANDA(Rumah Anak Teater).. Bukan itu je... dia ada buat kerja jadi stuntdouble untuk Cicakman (Yusri KRU) dan Bilut (Bade Azmi)... tapi kan, dalam banyak-banyak movie/telemovie/drama yang dia berlakon.. aku cuma tengok yang aku highlight tu je.. yang lain-lain tu aku tak pernah tengok lagi... 

Pada pandangan mata aku.. si Beto ni nampak macam boyish sikitlah.... hehehe...



2 cakap-cakap:

TRIGYY said...

skrg ni beto kusyairi berlakon cite apa dgn nabila huda tu..

RinnAzrinah said...

Pelangi kasih..

There was an error in this gadget