PESANAN PENTING DARI PENAJA!

About Me

My Photo
RinnAzrinah
Alam Budiman, Selangor, Malaysia
I am Sabahan! 'Aku,saya,me,I,kami,kita' bagiku maknanya tetap sama..
View my complete profile

ENTRI POPULAR SEPANJANG MINGGU

Daun semambu

Sebelum ni, aku ada inform yang Inchek Hubby with si kakak kena chickenpox kan? Kalau tak ingat, baca balik entry ini.. dan, yang ini juga...

Dengan bantuan Kak Nurul a.k.a pu3mawar, akhirnya aku dapat juga daun pokok semambu.. Rupa-rupanya, daun semambu ni banyak juga kegunaannya dalam perubatan tradisional.. Berdasarkan apa yang aku baca kat melor.com, daun semambu ni bukan setakat boleh merawat chickenpox tetapi juga boleh merawat bisa pokok jelatang gajah dan meredakan demam panas. 


Hurrmmm.. daun semambu juga bersifat antiserangga.. sesuai digunakan untuk aktiviti bercucuk-tanam... boleh mengelakkan tanaman diserang serangga...

Petikan dari Mingguan Malaysia..
kaedah penggunaan pokok mambu untuk menghilangkan rasa gatal kerana demam campak ialah dengan mengambil beberapa helai daun kemudian ditumbuk sehingga lumat. Setelah itu sapulah daun tersebut ke badan pesakit. 
Bagi mengurangkan demam panas pula, rebus akar pokok mambu sehingga mendidih, kemudian ditapis bagi mendapatkan air rebusannya. Air tersebut diminum apabila suam. 
Bagi merawat bisa terkena pokok jelatang gajah pula, ambil beberapa helai daun pokok mambu yang segar, dibersihkan terlebih dahulu kemudian dikunyah mentah. 
Rasanya yang berangin seperti pudina bukan sahaja boleh mengurangkan bisa malah boleh menyegarkan mulut - Dr Azizol Abdul Kadir, Pengarah Bahagian Tumbuhan Ubatan FRIM


2 cakap-cakap:

Anonymous said...

aku kene demam campak.amik beberapa dahan daun ni.tgk bnyak semut hitam.takdela anti serangga sangat.

idora said...

assalamualaikum,
sesiapa yang mpunyai pokok semambu, boleh x bgitaw saya..u pyelidikan.
email-dora_orange@ymail

There was an error in this gadget