PESANAN PENTING DARI PENAJA!

About Me

My Photo
RinnAzrinah
Alam Budiman, Selangor, Malaysia
I am Sabahan! 'Aku,saya,me,I,kami,kita' bagiku maknanya tetap sama..
View my complete profile

ENTRI POPULAR SEPANJANG MINGGU

Malas!!

Actually, aku selalu je buka lappy.. tapi, aku tak de perasaan rajin nak update blog.. tengoklah bila-bila aku ada masa nanti.. Ada je gambar-gambar baru.. gambar lama yang nak dijadikan cerita pun ada.. tapi, memang aku tengah malas sangat-sangat sekarang ni.. so, tunggulah erk...

Walaupun my baby Dhiyaa tidur.. kerja-kerja dah settle.. dan, aku ada banyak masa untuk blogging.. tapi, aku sangat malas nak update blog.. Why hah? banyak cerita yang aku simpan.. tak tahu bila nak blogkan.. bukan tak de idea.. idea sentiasa je ada.. berlegar-legar dalam kepala ni.. tapi, aku tetap rasa malas nak update.. nak salahkan siapa?

Apa-apa pun, aku memang malas nak updatelah.. aku pun tak tahu apa punca.. apa yang pasti.. aku memang malas... hahaha!!...


Kahwin!

Actually, kami balik TTJ sebab adik ipar aku kahwin.. Dia nikah 16/12/2011 bersamaan dengan hari Jumaat, lepas asar.. Cantik! tak percaya? 


Adik ipar aku yang perempuan tu.. Dia nikah kat masjid.. aku tak dapat join.. aku kan masih dalam pantang... so, tak bolehlah nak tengok majlis akad nikah...


Majlis kat TTJ hari Sabtu (17/12/2011), pengantin pakai baju warna gold... family pengantin pula berpakaian serba ungu... Alhamdulillah! semuanya berjalan lancar... aku tak dapat nak tolong banyak.. sebab aku kan masih dalam pantang.. mana boleh gerak aktif sangat.. aku cuma duduk tengok tetamu yang datang je.. nak makan lauk kenduri pun... aku cuma boleh makan daging salai masak lemak dengan rendang daging je.. yang lain-lain mana boleh makan lagi... itu pun, nasib baiklah ada juga rendang daging dengan daging salai tu.. kalau tak!... gigit jari.. telan air liurlah gamaknya aku... 


yang baju warna silver ni pula, kenduri kat sebelah pihak lelaki.. biras aku ni orang Melaka.. So, hari Ahad (18/12/2011) tu.. kami ke Melaka pula... 

[RAM]Fiksyen 302

Actually, aku ada banyak cerita yang nak dikongsikan bersama kamu semua.. tapi, aku sangat malas nak update.. Hutang dulu ya!.. kalau aku ada mood nak update.. Insya Allah! aku akan update juga nanti.. 

Tahu tak? novel Ramlee Awang Murshid yang terbaru dah ada di pasaran? Aku juga tak sabar-sabar nak tunjuk novel baru beliau yang sudah pun berada dalam genggamanku.. Hahaha!... jangan jealous


Amboi! sampai 3 kau rembat? Eh! bukan.. aku punya 1 je.. lagi 2 tu aku tolong orderkan untuk Kak Nurul a.k.a pu3mawar & pojiepooh je... Apa yang buat aku tak sabar-sabar nak tunjukkan adalah...........


tandatangan Ramlee Awang Murshid... hahaha!!... kau ada? aku ada... Apa-apa pun, aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada attokz dikulgai yang telah bersusah-payah membeli dan mendapatkan tandatangan RAM ini.... tanpa bantuan daripada attokz dikulgai... mimpilah nak dapat tandatangan RAM... Hahaa!!..

Novel ni aku terima semalam.. semalam juga aku dah habis baca.. Suspen! memang terkejut! ending tidak seperti yang aku duga... kalau nak tahu... dapatkanlah novel Fiksyen 302 sekarang! aku malas nak cerita... nanti orang kata aku bikin spoil pula.. apa yang aku perasan, novel ni lebih kurang macam mandatori je... cuma agak complicated sedikit... nak tahu ending cerita, kau mesti baca hingga muka surat terakhir!... Jangan percaya! Wah!...

Next target, Sunan Musafir.... 

Daun semambu

Sebelum ni, aku ada inform yang Inchek Hubby with si kakak kena chickenpox kan? Kalau tak ingat, baca balik entry ini.. dan, yang ini juga...

Dengan bantuan Kak Nurul a.k.a pu3mawar, akhirnya aku dapat juga daun pokok semambu.. Rupa-rupanya, daun semambu ni banyak juga kegunaannya dalam perubatan tradisional.. Berdasarkan apa yang aku baca kat melor.com, daun semambu ni bukan setakat boleh merawat chickenpox tetapi juga boleh merawat bisa pokok jelatang gajah dan meredakan demam panas. 


Hurrmmm.. daun semambu juga bersifat antiserangga.. sesuai digunakan untuk aktiviti bercucuk-tanam... boleh mengelakkan tanaman diserang serangga...

Petikan dari Mingguan Malaysia..
kaedah penggunaan pokok mambu untuk menghilangkan rasa gatal kerana demam campak ialah dengan mengambil beberapa helai daun kemudian ditumbuk sehingga lumat. Setelah itu sapulah daun tersebut ke badan pesakit. 
Bagi mengurangkan demam panas pula, rebus akar pokok mambu sehingga mendidih, kemudian ditapis bagi mendapatkan air rebusannya. Air tersebut diminum apabila suam. 
Bagi merawat bisa terkena pokok jelatang gajah pula, ambil beberapa helai daun pokok mambu yang segar, dibersihkan terlebih dahulu kemudian dikunyah mentah. 
Rasanya yang berangin seperti pudina bukan sahaja boleh mengurangkan bisa malah boleh menyegarkan mulut - Dr Azizol Abdul Kadir, Pengarah Bahagian Tumbuhan Ubatan FRIM


There was an error in this gadget