PESANAN PENTING DARI PENAJA!

About Me

My Photo
RinnAzrinah
Alam Budiman, Selangor, Malaysia
I am Sabahan! 'Aku,saya,me,I,kami,kita' bagiku maknanya tetap sama..
View my complete profile

ENTRI POPULAR SEPANJANG MINGGU

Jahit tak cantik!

Lama juga aku tak update blog kan? Bukan tak nak update.. tapi, aku rasa macam letih je bila buka blog ni.. Penat meneran tak habis lagi kot.. hehe.. actually, aku dah selamat melahirkan bayi perempuan dengan cara normal.. Alhamdulillah!.. tapi, aku bukan nak update pasal baby.. tu kena tunggu lagi... aku nak cerita tentang perbualan yang aku dengar sepanjang berada dalam labor room.. mangsa kejadian adalah aku sendiri...

Kamu semua tahu kan yang si kakak lahir cesarean? haha! so, haruslah aku tak de pengalaman how to meneran bagai.. aku tahu aku sakit perut nak berak je.. makanya, semua jururawat yang ada di sekeliling aku harus beri sokongan moral kan? tidak terkecuali, Inchek Hubby... dia nampak how baby keluar from that area ok!.. 

Bila baby dah selamat keluar.. tinggallah aku dengan seorang doktor muda dalam labor room tu.. Doktor tu nak jahit bahagian sulit kat bawah tu lah.. tapi kan, sebelum tu... time aku tengah meneran... time doktor tengah menoreh bahagian sulit aku untuk memudahkan baby keluar.. ada pula seorang nurse ni tegur doktor tu... 

"Eh! doktor.. kenapa gunting macam tu? nanti susah nak jahit"...

Doktor tu diam je buat kerja dia..



Time aku tengah meneran tu, terlintas dalam kepala otak aku.. arghhh! sudah... mesti tak cantik nanti... teringat pula cerita seorang kawan pasal tuttttt... alamak! betullah apa yang dia cerita tu... 

Baby lahir pukul 3.22 pagi, aku discharge pukul 6.00 petang.. Hari yang sama.. Nak memanjangkan cerita.. hari ke-3 tu, ada 2 orang nurse dari Klinik Seksyen 7 datang melawat kat rumah.. check baby dengan aku sekali.. Salah-seorang nurse tu check aku kat bilik.. dia nak tengok luka kat bahagian sulit tu sama ada ok atau tak.. 

Nurse tu kata luka ok.. tak bernanah tapi jahitan kurang cantik sebab nampak ada isi terkeluar... Kan? dah kata... kalau dah nampak isi, mesti bahagian sulit tu tak cantik... sampai sekarang pun, aku masih tak boleh nak imagine rupa bahagian yang berjahit tu jadi macam mana nanti.... 

Lagi satu... tak kisahlah kalau kamu nak kata soalan bodoh atau apa pun... aku tetap nak tanya juga! jahitan tu memang kekal kat situ ke? Atau, benang tu nak kena buka macam kita operate kat perut tu?... Janganlah gelak! aku serius ni.. sebab aku tak pernah rasa lahir normal.. ini 1st time

0 cakap-cakap:

There was an error in this gadget