PESANAN PENTING DARI PENAJA!

About Me

My Photo
RinnAzrinah
Alam Budiman, Selangor, Malaysia
I am Sabahan! 'Aku,saya,me,I,kami,kita' bagiku maknanya tetap sama..
View my complete profile

ENTRI POPULAR SEPANJANG MINGGU

Tutti Frutti

Ini semua gara-gara tweet kak Nurul a.k.a @pu3mawar. Saja bikin aku terbakar.. Tak sabar rasanya nak habiskan tempoh berpantang ni... Rindu nak makan tutti frutti.. 


Dapat lalu depan kedai pun jadilah.. Tak masuk pun tak pe.. Pantang punya pasal... aku turutkan je.. Kalau dihitung-hitung... ada 26 hari lagi nak habiskan pantang... Sabar! Sabar! sekejap je tu...


Flavor yang jadi favorite aku.. chocolate dan vanilla.. dicampur dengan chocolate rice, M&M dan buah kiwi... terbayang-bayang di fikiran... aduh! parah ni... 


Hurmmm... aku patut lupakan tutti frutti untuk sementara waktu.. Kalau tidak.. parah aku nanti... kecur air liur... dalam pantang lagi ni... makanan sejuk-sejuk tak boleh makan... 

Salam Maal Hijrah 1433H

Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman



---------------------------------------

Aku harap masih belum terlewat untuk mengucapkan salam Maal Hijrah untuk kamu semua.. Pernah dengar lagu ni tak? Jangan kata tak pernah ok! setiap kali sambutan Maal Hijrah diadakan.. lagu nasyid ni mesti akan berkumandang di udara.. 

Aku pun pernah nyanyi lagu ni time sekolah rendah dulu.. Time tu aku aktif ok! aku join group nasyid Masjid Daerah lagi tau!.. Group kami selalu dijemput untuk mengadakan persembahan.. Kiranya lagu ni menjadi salah-satu lagu wajib kami setiap kali mengadakan persembahan.. selain itu, kami juga akan bermarhaban.. 

Masuk sekolah menengah, aku dah malas nak join mana-mana group nasyid.. 

Jahit tak cantik!

Lama juga aku tak update blog kan? Bukan tak nak update.. tapi, aku rasa macam letih je bila buka blog ni.. Penat meneran tak habis lagi kot.. hehe.. actually, aku dah selamat melahirkan bayi perempuan dengan cara normal.. Alhamdulillah!.. tapi, aku bukan nak update pasal baby.. tu kena tunggu lagi... aku nak cerita tentang perbualan yang aku dengar sepanjang berada dalam labor room.. mangsa kejadian adalah aku sendiri...

Kamu semua tahu kan yang si kakak lahir cesarean? haha! so, haruslah aku tak de pengalaman how to meneran bagai.. aku tahu aku sakit perut nak berak je.. makanya, semua jururawat yang ada di sekeliling aku harus beri sokongan moral kan? tidak terkecuali, Inchek Hubby... dia nampak how baby keluar from that area ok!.. 

Bila baby dah selamat keluar.. tinggallah aku dengan seorang doktor muda dalam labor room tu.. Doktor tu nak jahit bahagian sulit kat bawah tu lah.. tapi kan, sebelum tu... time aku tengah meneran... time doktor tengah menoreh bahagian sulit aku untuk memudahkan baby keluar.. ada pula seorang nurse ni tegur doktor tu... 

"Eh! doktor.. kenapa gunting macam tu? nanti susah nak jahit"...

Doktor tu diam je buat kerja dia..



Time aku tengah meneran tu, terlintas dalam kepala otak aku.. arghhh! sudah... mesti tak cantik nanti... teringat pula cerita seorang kawan pasal tuttttt... alamak! betullah apa yang dia cerita tu... 

Baby lahir pukul 3.22 pagi, aku discharge pukul 6.00 petang.. Hari yang sama.. Nak memanjangkan cerita.. hari ke-3 tu, ada 2 orang nurse dari Klinik Seksyen 7 datang melawat kat rumah.. check baby dengan aku sekali.. Salah-seorang nurse tu check aku kat bilik.. dia nak tengok luka kat bahagian sulit tu sama ada ok atau tak.. 

Nurse tu kata luka ok.. tak bernanah tapi jahitan kurang cantik sebab nampak ada isi terkeluar... Kan? dah kata... kalau dah nampak isi, mesti bahagian sulit tu tak cantik... sampai sekarang pun, aku masih tak boleh nak imagine rupa bahagian yang berjahit tu jadi macam mana nanti.... 

Lagi satu... tak kisahlah kalau kamu nak kata soalan bodoh atau apa pun... aku tetap nak tanya juga! jahitan tu memang kekal kat situ ke? Atau, benang tu nak kena buka macam kita operate kat perut tu?... Janganlah gelak! aku serius ni.. sebab aku tak pernah rasa lahir normal.. ini 1st time

Cerita check up lagi..

Hurmmm!!... selagi belum bersalin, selagi tu aku kena pergi check up kat klinik Seksyen 7 tu.. letih ok! Kepada kamu yang belum berkesempatan untuk mengetahui history check up aku... silalah rujuk entry ini, ini dan ini..

Kalau ikutkan tahap kerajinan aku, aku memang sangat malas nak update blog ok! tapi, disebabkan aku dah start bercuti dan tak de apa nak buat.. maka, aku pun merajinkan diri update blog ni untuk tatapan kamu.. Mana tahu kan... dah bersalin nanti aku jadi lagi malas nak update... baik aku update sekarang kan?... hehehe...

Ok! kita mulakan cerita pasal check up sekarang...

10th check up

Tarikh : 19/10/2011

Ujian;

ALB - N
Gula - B
Hb (gm%) - -

Pemeriksaan;

Berat badan (kg) - 58.3
Tekanan darah - 115/77
Edema - -/- (aku masih tak faham sampai sekarang!)

Jangkamasa;
Tempoh hamil (minggu) - 36 + 5
Tinggi rahim (sm) - 35

Janin;
Kedudukan / presentasi - cepn (ikut apa yang aku bacalah!)
jantung - + 140/min
gerak - +



11th check up

Tarikh : 27/10/2011

Ujian;

ALB - N
Gula - B
Hb (gm%) - -

Pemeriksaan;

Berat badan (kg) - 59 
Tekanan darah - 130/80 , 118/81 ( repeat!)
Edema - -/- (masih tak faham!)

Jangkamasa;
Tempoh hamil (minggu) - 38 + 1/7
Tinggi rahim (sm) - 36

Janin;
Kedudukan / presentasi - cepn (ikut apa yang aku bacalah!)
jantung - + 138/min
gerak - +

-----------------------------------------

itu cerita check up kat klinik Seksyen 7.. 

01/11/2011 pula aku ada appointment dengan doktor pakar kat Hospital Sg. Buloh. Aku ingat dah tak payah check air kencing bagai... kena juga!... aduh... letih aku... nasib baik senang nak kencing... masuk toilet je.. terus tadah bekas yang dibekalkan... 

Ujian;

ALB - N
Gula - B
Hb (gm%) - -

Pemeriksaan;

Berat badan (kg) - 60
Tekanan darah - 109/77, P-91 (yang ni aku tak faham!)
Edema - (tak de tanda @ tulis apa-apa)

Jangkamasa;
Tempoh hamil (minggu) - 39
Tinggi rahim (sm) - 38

Janin;
Kedudukan / presentasi - C (sama dengan CEPN tu kot!)
jantung - +
gerak - +


Banyak juga yang doktor pakar tu conteng-conteng dalam kad pink tu tapi satu apa pun aku tak faham.. maklumlah! bahasa kedoktoran ni cuma di kalangan mereka je yang faham... So far, doktor tu kata aku boleh deliver normal dan mereka anggap macam kelahiran pertama. Katanya, percentage untuk luka lama tu berdarah cuma 1% je.. Dalam 100 orang Cesarean, 90% berjaya melahirkan bayi dengan kaedah normal.. Harap-harap semuanya berjalan lancar... 

----------------------------------------

12th check up

Tarikh : 03/11/2011

Ujian;

ALB - N
Gula - B
Hb (gm%) - 11.7

Pemeriksaan;

Berat badan (kg) - 58.40 (yang ni aku musykil)
Tekanan darah - 117/78
Edema - -/- (sampai sekarang tak faham-faham!)

Jangkamasa;
Tempoh hamil (minggu) - 39 + 1
Tinggi rahim (sm) - 39

Janin;
Kedudukan / presentasi - cepn (ikut apa yang aku bacalah!)
jantung - + 147/min
gerak - + 

Kalau tak bersalin lagi, next week aku kena datang lagi check up pada 10/11/2011 jam 9.00 pagi.. Penat! 


There was an error in this gadget