PESANAN PENTING DARI PENAJA!

About Me

My Photo
RinnAzrinah
Alam Budiman, Selangor, Malaysia
I am Sabahan! 'Aku,saya,me,I,kami,kita' bagiku maknanya tetap sama..
View my complete profile

ENTRI POPULAR SEPANJANG MINGGU

Panas!!

Semalam dan hari ini dikhabarkan bahawa office ini akan mengalami kepanasan yang berterusan. Katanya, alat penghawa dingin masih rosak. Aduh! aku terasa seperti sedang berada dalam bilik sauna. Panas! macam kena bakar atas bara pun ada juga... 

Macam ini!

Gambar dipinjam dari sini.. 
Faham! api neraka itu lebih panas berbanding dengan api di dunia. Itu aku sangat faham! cuma, sebagai insan yang sangat lemah... aku terasa akan bahang kepanasan itu. Adakah mungkin kerana dosa-dosa yang pernah aku lakukan? Allahualam! Hanya Allah S.W.T. sahaja yang mampu memberikan jawapannya. 

Tiba-tiba aku teringat movie Knowing yang berkisarkan tentang hari kiamat version orang barat. Antara yang berlakon dalam cerita tu adalah Nicolas Cage. Aku cukup minat dengan dia.. Apa sahaja cerita yang dia berlakon, aku mesti nak tengok! dan, ada kejadian yang tak mungkin dapat aku lupakan sampai hari ini.. Bukan aku sahaja, Inchek Hubby pun mesti tak lupa punya. Tak payahlah aku cerita.. Rahsia! hahaha...



Bila tengok cerita ni.. menginsafkan aku untuk seketika.. mula terfikir tentang kiamat.. tentang akhirat.. tapi, itulah... insaf kejap je... insaf time tengok cerita tu je.. Actually, aku dah tengok cerita ni berulang-kali kat HBO. Aku tak kisah tengok cerita ni banyak kali.. sebab cerita ni memang best.. aku nak cerita lebih lanjut.. aku tak pandai nak cerita.. apa kata kamu tengok sendiri nanti.. Aku pasti! HBO mesti ulang lagi cerita ni.. ulanglah berapa kali pun.. aku tetap nak tengok juga.. 

Ok! berbalik kepada cerita tentang kepanasan. Bayangkanlah! aku dengan perut memboyot.. duduk dalam office yang panas.. sudahlah panas, kipas pun tak de. Memang tak buat kerjalah jawabnya. Kalau buat kerja pun, memang tak concentrate.. dengan ketiak berpeluh.. pasti menimbulkan rasa kurang selesa kan? Badan melekit-lekit.. terasa ingin terjun kolam sahaja.. kalau keadaan ini berterusan, boleh pengsan aku dibuatnya.   

2 cakap-cakap:

pu3mawar said...

air cond rosak kat menara 1? perghhh bersauna la jawabnya...

RinnAzrinah said...

@pu3mawar

mmg bersauna lerr ape lg.. tuh pasal meeting 5S pindah menara 2...

There was an error in this gadget