PESANAN PENTING DARI PENAJA!

About Me

My Photo
RinnAzrinah
Alam Budiman, Selangor, Malaysia
I am Sabahan! 'Aku,saya,me,I,kami,kita' bagiku maknanya tetap sama..
View my complete profile

ENTRI POPULAR SEPANJANG MINGGU

Cuti panjang bakal bermula!

Dengan ini, aku mengisytiharkan bahawa pada tarikh 01/11/2011 akan bermulalah cuti yang panjang untuk diriku. Wow! 90 hari ok! jangan jealous! kalau jealous juga... sila plan mengandung sekarang! maka, dapatlah kamu bercuti panjang macam aku. Eh! 90 hari tu untuk orang-orang yang bekerja di sektor awam macam aku je.. bagi pekerja di sektor swasta, masih 60 hari lagi kalau tak silap.. 

Kalau diikutkan niat hati, hari ni pun aku nak ambil MC je.. tapi, memikirkan ada urusan yang perlu aku settle-kan sebelum bercuti panjang... niat yang tak berapa baik tu pun terpaksa aku cancel. Maklumlah! kan nak bercuti panjang.. aku pun tak nak ada kerja-kerja yang tertangguh disebabkan aku. Biarlah semuanya clear! meja pun clear. Janji aku dah settle-kan bahagian aku.. yang lain tu, pandai-pandailah ye.. aku tak nak fikir apa dah buat masa ni.. 

As I told you, aku punya Expected Delivery Date (E.D.D) kononnya pada 11/11/11.. tapi, kali kedua dan ketiga aku pergi scan... E.D.D aku bertukar pula tarikhnya.. 09/11/11 pula dah!... tak kisahlah! janji semuanya selamat. Jangan keluar time raya haji sudah!.. meraung aku!..hahaa... tak dapat makan sedap... 

Kalau ikutkan history kelahiran si kakak... E.D.D si kakak 07/03/09 tapi keluar awal 3 hari.. Adakah kemungkinan yang sama bakal berlaku sekali lagi? Kalau betul, mungkin.... baby keluar time raya haji... mungkin!..mungkin!... arghhh!!!!!!!!!.... tak kisahlah!... tapi, aku dah siap pesan kat baby supaya keluar on time.. hehee... harap-haraplah baby dalam perut ni dengar pesanan daripada mama dia... 

Kamu pun jangan lupa doakan agar semuanya berjalan lancar ye.. Semoga kelahiran kali ini dipermudahkan oleh-NYA.. Amin!!

1 cakap-cakap:

NormaLiza Mah said...

ya cuti bakal mula.. maka layan movie download lah jawabnya...
usha entry usha iklan. tmbah $$ tabung blog.

There was an error in this gadget