PESANAN PENTING DARI PENAJA!

About Me

My Photo
RinnAzrinah
Alam Budiman, Selangor, Malaysia
I am Sabahan! 'Aku,saya,me,I,kami,kita' bagiku maknanya tetap sama..
View my complete profile

ENTRI POPULAR SEPANJANG MINGGU

Buah-buahan tempatan..

Orang kata buah tembikai itu sejuk. Orang mengandung atau dalam pantang tak boleh makan. Aku tak tahu. Mungkin betul, mungkin juga tidak. Bagi aku, itu semua bergantung kepada sejauh mana ia boleh diterima oleh sistem badan kita. Ada sesetengah orang boleh makan buah tembikai. Ada sesetengah pula, langsung tak boleh. Seperti yang aku katakan tadi. Bergantung kepada antibodi badan kita sendiri. 

Gambar dipinjam dari sini.
Actually, aku bukan nak bercerita tentang kesihatan. Itu kita serahkan kepada pakar yang lebih arif untuk bercerita. Ok! Kamu nampakkan gambar di atas tu? Tahu tak buah apa? Di Semenanjung ni, lebih dikenali sebagai buah tembikai. Tapi, tahukah kamu bahawa ada nama lain bagi buah ini? Di kampung aku, buah ini lebih dikenali dengan nama sikui. Kampung aku kat mana? Pergi check balik profile aku. Kalau ada tulislah. Kalau kamu datang ke Sabah, jangan terkejut kalau dengar perkataan sikui ok! Sikui tu merupakan sebutan orang tempatan bagi tembikai di Sabah. But, I'm not sure about the spelling.. Sikui or sekoi... sebab, ada sesetengah tempat yang menggunakan perkataan sekoi.. 

Ok! itu cerita tentang sikui a.k.a tembikai.. Sekarang, aku nak bercerita tentang betik pula.. 

Gambar dipinjam dari sini.
Kamu pasti tahu akan khasiat buah betik kan? Itu pun, aku malas nak cerita. Boleh tanya kepada mereka yang pakar. Ok! buah ni pun ada nama lain juga tahu! Kalau kamu datang kampung aku, jalan-jalan kat tamu besar (macam pasar karat kat stadium Seksyen 13 tu).. jangan terkejut kalau ada orang sebut kepayas. Kepayas tu maknanya buah betiklah. Orang kampung aku suka sangat bagi nama lain bagi buah-buahan. Kamu mesti tak faham. Bukan setakat buah. Ada juga beberapa perkataan yang orang di Semenanjung selalu sebut tapi mempunyai makna yang berbeza bila sampai di Sabah.

Ok! habis di situ. Aku nak tanya, ada sesiapa di antara kamu yang kenal buah markisah tak? Sebab, ada salah-seorang member twitter aku yang tak tahu apa itu buah markisah. Inilah dia buah markisah.


Kedua-dua gambar dipinjam dari sini.
Seperti yang aku baca dalam blog ini, buah markisah sebenarnya berasal dari negara Brazil. Ia boleh didapati di Kepulauan Borneo. Dulu, time aku kecil-kecil... aku suka minum jus markisah ni.. Buah ni boleh dijadikan jus sama macam buah-buahan yang lain.. 

Gambar dipinjam dari sini.


0 cakap-cakap:

There was an error in this gadget