PESANAN PENTING DARI PENAJA!

About Me

My Photo
RinnAzrinah
Alam Budiman, Selangor, Malaysia
I am Sabahan! 'Aku,saya,me,I,kami,kita' bagiku maknanya tetap sama..
View my complete profile

ENTRI POPULAR SEPANJANG MINGGU

Bangkatan a.k.a Monyet Belanda

Mari berkenalan dengan haiwan ini... Nama saintifik bagi haiwan ini adalah Proboscis Monkey tapi lebih dikenali dengan nama Monyet Belanda di kalangan pencinta haiwan. Di Sabah pula, ia lebih dikenal sebagai Bangkatan atau pun Bayau. 
Gambar dipinjam dari sini
Kenapa ia dikenali sebagai Monyet Belanda? Apa kaitannya dengan Belanda? Tiada kaitan ok! Ada pendapat yang mengatakan ia diberi nama Monyet Belanda kerana bulunya yang kemerahan dan hidungnya yang panjang. Macam orang Belanda kot! Orang Belanda kan kulit putih merah dan berhidung mancung.. Mungkin itu dijadikan sebagai satu persamaan antara keduanya. Siapa tahu kan? 

Haiwan ini sebenarnya sangat pemalu. Tak macam monyet yang biasa kita lihat di zoo. Ia hanya terdapat di Kepulauan Borneo. Hidup berkumpulan di kawasan hutan bakau sepanjang pantai dan juga di tebing-tebing sungai. Kalau di kampung aku, haiwan ini boleh dijumpai di Hutan Paya Gambut, Klias, Beaufort. 

Gambar dipinjam dari sini.
Actually, aku sendiri belum pernah sampai ke tempat ini. Insya Allah! ada rezeki, jika dikurniakan dengan umur yang panjang... aku nak juga bawa family aku ke sini.. Kalau sebut Hutan paya Gambut, Klias.. mesti orang tak berapa tahu.. Kalau sebut Gerama River Cruising, confirmed! semua tahu...


0 cakap-cakap:

There was an error in this gadget