Ada sesiapa boleh tolong fahamkan untuk aku tak? Aku takut tersilap faham! Inilah kerja harian aku. Buat minit untuk dapatkan kelulusan tuntutan perubatan. So far, kerja ni ok! sebab aku dah expert! cis! konon je... walaupun dah expert, kadang-kadang buat aku sakit hati..
Semalam, aku ada terima call daripada salah-seorang anggota. Bertanyakan tentang tuntutan perubatan untuk ibu beliau. Ceritanya, ibu beliau terlibat dalam kemalangan jalanraya dan memerlukan pembedahan dijalankan segera. Dan, beliau menggunakan G.L (Guarantee Letter). G.L tersebut nampaknya tidak laku kerana pihak hospital berkenaan mengatakan bahawa peralatan yang digunakan semasa pembedahan tersebut tidak dibekalkan oleh pihak mereka dan beliau diminta membuat pembayaran terlebih dahulu. Pihak hospital mengatakan bahawa beliau boleh membuat tuntutan perubatan berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil.21 Tahun 2009.
Ok! berdasarkan apa yang aku faham, permohonan perbelanjaan bagi pembekalan semua jenis / kategori alat untuk ibu bapa yang sah kepada seseorang pegawai adalah tidak dibenarkan.! Cuba rujuk gambar di bawah ini.
![]() |
| Klik untuk lebih jelas |
Ok! apa yang aku faham memang permohonan perbelanjaan untuk pembekalan alat ortopedik yang berharga sehingga RM10,000.00 boleh diluluskan oleh Ketua Jabatan tanpa sokongan / perakuan BPP, KKM (Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia) tetapi ia masih tertakluk kepada syarat bahawa permohonan tersebut hendaklah mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan Ketua Jabatan tidak mempunyai sebarang kemusykilan... Ini bermakna, kita tetap berpegang kepada syarat-syarat dan peraturan-peraturan umum yang telah ditetapkan sebelum ini...
Cuba baca betul-betul! Dalam perenggan kedua, dinyatakan secara jelas bahawa ia merupakan syarat-syarat dan peraturan-peraturan tambahan. Dan, ia patut dibaca bersama dengan syarat yang mula-mula tadi kan? So, aku yang tak faham? atau, mereka lebih faham daripada aku?
Boleh kamu fahamkan untuk aku?











0 cakap-cakap:
Post a Comment