PESANAN PENTING DARI PENAJA!

About Me

My Photo
RinnAzrinah
Alam Budiman, Selangor, Malaysia
I am Sabahan! 'Aku,saya,me,I,kami,kita' bagiku maknanya tetap sama..
View my complete profile

ENTRI POPULAR SEPANJANG MINGGU

Cuti panjang bakal bermula!

Dengan ini, aku mengisytiharkan bahawa pada tarikh 01/11/2011 akan bermulalah cuti yang panjang untuk diriku. Wow! 90 hari ok! jangan jealous! kalau jealous juga... sila plan mengandung sekarang! maka, dapatlah kamu bercuti panjang macam aku. Eh! 90 hari tu untuk orang-orang yang bekerja di sektor awam macam aku je.. bagi pekerja di sektor swasta, masih 60 hari lagi kalau tak silap.. 

Kalau diikutkan niat hati, hari ni pun aku nak ambil MC je.. tapi, memikirkan ada urusan yang perlu aku settle-kan sebelum bercuti panjang... niat yang tak berapa baik tu pun terpaksa aku cancel. Maklumlah! kan nak bercuti panjang.. aku pun tak nak ada kerja-kerja yang tertangguh disebabkan aku. Biarlah semuanya clear! meja pun clear. Janji aku dah settle-kan bahagian aku.. yang lain tu, pandai-pandailah ye.. aku tak nak fikir apa dah buat masa ni.. 

As I told you, aku punya Expected Delivery Date (E.D.D) kononnya pada 11/11/11.. tapi, kali kedua dan ketiga aku pergi scan... E.D.D aku bertukar pula tarikhnya.. 09/11/11 pula dah!... tak kisahlah! janji semuanya selamat. Jangan keluar time raya haji sudah!.. meraung aku!..hahaa... tak dapat makan sedap... 

Kalau ikutkan history kelahiran si kakak... E.D.D si kakak 07/03/09 tapi keluar awal 3 hari.. Adakah kemungkinan yang sama bakal berlaku sekali lagi? Kalau betul, mungkin.... baby keluar time raya haji... mungkin!..mungkin!... arghhh!!!!!!!!!.... tak kisahlah!... tapi, aku dah siap pesan kat baby supaya keluar on time.. hehee... harap-haraplah baby dalam perut ni dengar pesanan daripada mama dia... 

Kamu pun jangan lupa doakan agar semuanya berjalan lancar ye.. Semoga kelahiran kali ini dipermudahkan oleh-NYA.. Amin!!

Tanah Kubur Musim Ke-2

Wah! Tanah Kubur musim ke-2 akan mula bersiaran pada 04/11/2011 jam 7.30 malam.. Channel dan waktu bersiaran masih sama macam musim pertama dulu... Aku pun dah start cuti bersalin 01/11/2011 ni walaupun due date 11/11/11.. Wah! sakan aku tengok TV... hahaha!... Kat bawah ni salah-satu daripada episod drama Tanah Kubur yang aku suka tengok.. Ulang banyak kali pun tak pe.. Banyak pengajaran yang boleh kita dapat dengan menonton drama ni..  


Baca kat utusanonline pagi tadi.. Tanah Kubur akan masuk musim ke-2.. dengarnya, Tanah Kubur musim ke-2 masih lagi mengekalkan elemen drama yang sarat dengan mesej balasan ketika ajal. Isk.. ini yang buatkan aku tak sabar nak tunggu drama ni ditayangkan.  

Sumber : sini
Drama Tanah Kubur musim ke-2 ini juga masih mengekalkan tunggak utamanya, Nasir Bilal Khan. Aku cukup suka tengok lakonan dia walaupun kadang-kadang nampak macam over... Kalau aku tak silap, sebelum ni dia ada berlakon dalam drama Cinta si penggali kubur.. menangis aku tengok cerita tu.. Perwatakan dia ni memang sesuai kot untuk jadi si penggali kubur... Tapi, kalau dia berlakon jadi orang jahat.. sumpah! aku memang takkan tengok.. aku lagi suka tengok dia berlakon watak macam dalam drama Tanah Kubur ni.. 

My Happiest Moment

Kamu semua mesti ada sesuatu yang indah untuk dikenangkan? Begitu juga aku. Bercerita tentang kenangan terindah, tiba-tiba terasa nak join contest yang dianjurkan oleh Nuffnang ni... Saja cuba nasib. Menang atau tidak, itu soal kedua. Ini 1st time aku join contest yang dianjurkan oleh Nuffnang ni. 

Bertemakan Happy Photography, gambar ini jadi taruhannya. Gambar ini diambil pada 29 Mei 2008 bertempat di kampungku. Sesungguhnya ia merupakan detik-detik yang mencemaskan serta mendebarkan aku dan si dia. Alhamdulillah! pada saat ini, kami sudah selamat diijabkabulkan dan sah bergelar suami isteri. 


Tiada siapa pun yang dapat menafikan bahawa hari pernikahan adalah kenangan yang paling indah dalam hidup berumahtangga. Dan, semoga ia akan kekal menjadi kenangan terindah dalam hidup ini. 

Dalam hati terasa ingin menyanyikan lagu kenangan terindah...

Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
Cinta yang telah hilang darimu
Yang mampu menyanjungku

Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
Selama itu pun 
Aku mampu untuk mengenangmu

Darimu...
Kutemukan hidupku
Bagiku...
Kau lah cinta sejati

Ooh...

Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan 
Yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang telah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah

Ooh...

----------
Oh! ya... sebenarnya, hadiah-hadiah ini yang membuatkan aku teruja untuk join..
  • Hadiah Pertama ialah Olympus PEN Lite E-PL3 Kit bernilai RM 2,499
  • Hadiah Kedua ialah Olympus PEN mini E-PM1 Kit bernilai RM 2,099
  • Hadiah Ketiga hingga Kelima ialah Olympus PEN carry-all bag bernilai RM350


Kalaulah aku menang Kamera Olympus ni, pasti lebih banyak kenangan terindah yang dapat aku rakamkan. Insya Allah! Eh! kalau nak join contest ni, masih sempat lagi. Tarikh tutup penyertaan pada 11.59 pm, 12 November 2011 (Sabtu). 

Rajin-rajinlah buka website Nuffnang ye.. untuk join contest ni, klik sini je... Mana tahu kan rezeki kamu nak menang.. hehehe! 


Di sebalik 153

2 jam yang lalu, aku telah menerima email beserta dengan gambar print screen daripada Rakan Mayaku yang ke-153. Tahniah! Berikut adalah email yang aku terima daripada Fairus Mamat.

Assalamualaikum.
Nak dijadikan cerita, saya layan Innit Nuffnang dan ternampak tajuk entry yang awak "ping" di Innit Nuffnang dengan tajuk Cepat-Cepat. Then dengan segera dan cepatlah saya membukanya. Rupa-rupanya awak mencari followers yang ke 153. Erm.. Dengan bangganya saya terus menjadi followers awak yang ke 153. :)
Sebenarnya apa yang istimewanya nombor 153 tu? Cuba cerita.
Dilampiran saya ada sertakan gambar "printscreen" sebagai bukti saya adalah follower awak yang ke 153. - Fairus Mamat

Ok! nak tahu apa istimewanya angka 153 tu?  Nak aku cerita jugakah? Malaslah! Aku dah pernah bagi hint dalam entry terdahulu... Pergi baca sanalah ok!.. hahaha.... kalau malas juga, klik sini je... So, itulah istimewanya angka 153. Hint lagi! mesti kamu bengangkan.. Takkan aku nak cerita.. Kata Rakan Maya, so.... apa kata kamu cari sendiri jawapannya kerana semuanya ada dalam blog ini... Hehehe!

Kepada Fairus Mamat, tolong emailkan alamat kamu untuk tujuan penghantaran hadiah ye...

Cepat! Cepat!

Ingat lagi entry yang ini? Aku sedang menanti siapakah gerangannya yang menjadi rakan maya bertuah blog ini. Sesiapa yang menjadi rakan mayaku yang ke-153, aku minta kamu print screen dan emailkan kepada princesseryna@gmail.com ok!... Ada sesuatu sedang menanti kamu... Tolong ye! 


Cepat! cepat!


WordlessWednesday #7


WordlessWednesday #6




Bangkatan a.k.a Monyet Belanda

Mari berkenalan dengan haiwan ini... Nama saintifik bagi haiwan ini adalah Proboscis Monkey tapi lebih dikenali dengan nama Monyet Belanda di kalangan pencinta haiwan. Di Sabah pula, ia lebih dikenal sebagai Bangkatan atau pun Bayau. 
Gambar dipinjam dari sini
Kenapa ia dikenali sebagai Monyet Belanda? Apa kaitannya dengan Belanda? Tiada kaitan ok! Ada pendapat yang mengatakan ia diberi nama Monyet Belanda kerana bulunya yang kemerahan dan hidungnya yang panjang. Macam orang Belanda kot! Orang Belanda kan kulit putih merah dan berhidung mancung.. Mungkin itu dijadikan sebagai satu persamaan antara keduanya. Siapa tahu kan? 

Haiwan ini sebenarnya sangat pemalu. Tak macam monyet yang biasa kita lihat di zoo. Ia hanya terdapat di Kepulauan Borneo. Hidup berkumpulan di kawasan hutan bakau sepanjang pantai dan juga di tebing-tebing sungai. Kalau di kampung aku, haiwan ini boleh dijumpai di Hutan Paya Gambut, Klias, Beaufort. 

Gambar dipinjam dari sini.
Actually, aku sendiri belum pernah sampai ke tempat ini. Insya Allah! ada rezeki, jika dikurniakan dengan umur yang panjang... aku nak juga bawa family aku ke sini.. Kalau sebut Hutan paya Gambut, Klias.. mesti orang tak berapa tahu.. Kalau sebut Gerama River Cruising, confirmed! semua tahu...


Bukan tamak!

Bukan tamak ok! baby dalam perut ni yang request!.. hahaha! tak pasal-pasal nama baby yang kena jual.. apalah mama dia ni.. Dahlah belasah pizza hut seorang diri.. balik office, take away big apple donuts pula tu.. Nafsu makan ibu mengandung.. nak buat macam mana kan? Kenalah turutkan.. Nanti dah lepas bersalin.. kau ingat boleh makan ikut suka? Mana boleh! Kata nak jaga badan..


Lunch time tu, aku dah belasah dah pizza hut tu.. 4 slice untuk aku seorang.. tapi, aku tetap rasa macam tak cukup! tu yang aku bungkus donuts tu.. kali ni tak banyak.. 3 jenis je.. kalau ikutkan nafsu, mahu juga aku ambil sampai 6 jenis.. hahaa!!... tak agak-agak.. kau tu mengandung! jaga sikit makan tu.. jangan semua kau nak balun! kena diabetis nanti.. hah! padan muka... Isk..isk..isk.. minta dijauhkan.. harap-harap tak de.. setakat ni, aku dah pergi check up kat klinik Seksyen 7 tu... tak de pula detect gula dalam kencing aku tu... semut pun tak naik... 

~Entry ni dah lama aku peram dalam draft tapi disebabkan tahap kemalasan yang terlampau tinggi, baru hari ni aku touch up apa yang patut dan publish-kan.. 


Buah-buahan tempatan..

Orang kata buah tembikai itu sejuk. Orang mengandung atau dalam pantang tak boleh makan. Aku tak tahu. Mungkin betul, mungkin juga tidak. Bagi aku, itu semua bergantung kepada sejauh mana ia boleh diterima oleh sistem badan kita. Ada sesetengah orang boleh makan buah tembikai. Ada sesetengah pula, langsung tak boleh. Seperti yang aku katakan tadi. Bergantung kepada antibodi badan kita sendiri. 

Gambar dipinjam dari sini.
Actually, aku bukan nak bercerita tentang kesihatan. Itu kita serahkan kepada pakar yang lebih arif untuk bercerita. Ok! Kamu nampakkan gambar di atas tu? Tahu tak buah apa? Di Semenanjung ni, lebih dikenali sebagai buah tembikai. Tapi, tahukah kamu bahawa ada nama lain bagi buah ini? Di kampung aku, buah ini lebih dikenali dengan nama sikui. Kampung aku kat mana? Pergi check balik profile aku. Kalau ada tulislah. Kalau kamu datang ke Sabah, jangan terkejut kalau dengar perkataan sikui ok! Sikui tu merupakan sebutan orang tempatan bagi tembikai di Sabah. But, I'm not sure about the spelling.. Sikui or sekoi... sebab, ada sesetengah tempat yang menggunakan perkataan sekoi.. 

Ok! itu cerita tentang sikui a.k.a tembikai.. Sekarang, aku nak bercerita tentang betik pula.. 

Gambar dipinjam dari sini.
Kamu pasti tahu akan khasiat buah betik kan? Itu pun, aku malas nak cerita. Boleh tanya kepada mereka yang pakar. Ok! buah ni pun ada nama lain juga tahu! Kalau kamu datang kampung aku, jalan-jalan kat tamu besar (macam pasar karat kat stadium Seksyen 13 tu).. jangan terkejut kalau ada orang sebut kepayas. Kepayas tu maknanya buah betiklah. Orang kampung aku suka sangat bagi nama lain bagi buah-buahan. Kamu mesti tak faham. Bukan setakat buah. Ada juga beberapa perkataan yang orang di Semenanjung selalu sebut tapi mempunyai makna yang berbeza bila sampai di Sabah.

Ok! habis di situ. Aku nak tanya, ada sesiapa di antara kamu yang kenal buah markisah tak? Sebab, ada salah-seorang member twitter aku yang tak tahu apa itu buah markisah. Inilah dia buah markisah.


Kedua-dua gambar dipinjam dari sini.
Seperti yang aku baca dalam blog ini, buah markisah sebenarnya berasal dari negara Brazil. Ia boleh didapati di Kepulauan Borneo. Dulu, time aku kecil-kecil... aku suka minum jus markisah ni.. Buah ni boleh dijadikan jus sama macam buah-buahan yang lain.. 

Gambar dipinjam dari sini.


Panas!!

Semalam dan hari ini dikhabarkan bahawa office ini akan mengalami kepanasan yang berterusan. Katanya, alat penghawa dingin masih rosak. Aduh! aku terasa seperti sedang berada dalam bilik sauna. Panas! macam kena bakar atas bara pun ada juga... 

Macam ini!

Gambar dipinjam dari sini.. 
Faham! api neraka itu lebih panas berbanding dengan api di dunia. Itu aku sangat faham! cuma, sebagai insan yang sangat lemah... aku terasa akan bahang kepanasan itu. Adakah mungkin kerana dosa-dosa yang pernah aku lakukan? Allahualam! Hanya Allah S.W.T. sahaja yang mampu memberikan jawapannya. 

Tiba-tiba aku teringat movie Knowing yang berkisarkan tentang hari kiamat version orang barat. Antara yang berlakon dalam cerita tu adalah Nicolas Cage. Aku cukup minat dengan dia.. Apa sahaja cerita yang dia berlakon, aku mesti nak tengok! dan, ada kejadian yang tak mungkin dapat aku lupakan sampai hari ini.. Bukan aku sahaja, Inchek Hubby pun mesti tak lupa punya. Tak payahlah aku cerita.. Rahsia! hahaha...



Bila tengok cerita ni.. menginsafkan aku untuk seketika.. mula terfikir tentang kiamat.. tentang akhirat.. tapi, itulah... insaf kejap je... insaf time tengok cerita tu je.. Actually, aku dah tengok cerita ni berulang-kali kat HBO. Aku tak kisah tengok cerita ni banyak kali.. sebab cerita ni memang best.. aku nak cerita lebih lanjut.. aku tak pandai nak cerita.. apa kata kamu tengok sendiri nanti.. Aku pasti! HBO mesti ulang lagi cerita ni.. ulanglah berapa kali pun.. aku tetap nak tengok juga.. 

Ok! berbalik kepada cerita tentang kepanasan. Bayangkanlah! aku dengan perut memboyot.. duduk dalam office yang panas.. sudahlah panas, kipas pun tak de. Memang tak buat kerjalah jawabnya. Kalau buat kerja pun, memang tak concentrate.. dengan ketiak berpeluh.. pasti menimbulkan rasa kurang selesa kan? Badan melekit-lekit.. terasa ingin terjun kolam sahaja.. kalau keadaan ini berterusan, boleh pengsan aku dibuatnya.   

Nak kena subscribe eh?

Ingat lagi tak entry pasal channel 618 tu? BabyTV tu? hah! kalau tak ingat... pergi baca balik kat sini... kalau tak pun, baca kat sini pun boleh.. Aku suka sangat ok! tak de nak gaduh-gaduh dengan si kakak lagi.. Kalau tak, asyik tengok channel tu je... bosan ok! 

Tak nak aku subscribe channel tu.. cukup-cukuplah channel yang sedia ada.. itu pun dok ulang-ulang.. kau layanlah sampai bosan.. Kalau ada cerita baru ok juga... cerita lama pun tayang balik... lagi bosan! kalau tayang cerita Miss Comet.. tak pe juga... hahaha!.. favorite aku tu... 

Lagi yang tak best, Raja Lawak pun dah ditukar ke Channel 132.. Warna! channel hiburan no.1 katanya... Aku dahlah tak subscribe Pakej Mustika tu.. memang hampeh! yang best-best, semua letak kat channel berbayar... nak untung lebihlah tu... channel yang ada tu, sepatutnya kau improve-lah dulu.. 

Tapi, why-lah channel yang tayang cerita tamil tu kau tak letak kat channel berbayar erk? Aku bukan tengok pun! Cerita cina yang best-best tu pula yang kau suruh bayar.. aduh! Bosan ok! dahlah cerita-cerita lawak pun nak kena bayar... 


Hah? Blog aku diintai?

Terkejut! buka je NN.. konon nak tengok statistik.. padahal nak tengok duit kempen je.. hehe.. Ok! ok!.. memang aku terkejut ok! macam tak percaya blog aku diintai.. tapi, oleh siapa? nak tahu? tengok gambar kat bawah ni...

klik untuk penglihatan yang lebih jelas!
Serbia tu! Apa yang mereka nak dari blog aku ni ye? Apa yang mereka cari? aku pun tak tahu... Jangan kaitkan aku dengan puak pengganas sudahlah... Risau juga.. tiba-tiba je intai blog aku.. sangat musykil... 

Aku atau mereka yang tak faham?

Ada sesiapa boleh tolong fahamkan untuk aku tak? Aku takut tersilap faham! Inilah kerja harian aku. Buat minit untuk dapatkan kelulusan tuntutan perubatan. So far, kerja ni ok! sebab aku dah expert! cis! konon je... walaupun dah expert, kadang-kadang buat aku sakit hati.. 

Semalam, aku ada terima call daripada salah-seorang anggota. Bertanyakan tentang tuntutan perubatan untuk ibu beliau. Ceritanya, ibu beliau terlibat dalam kemalangan jalanraya dan memerlukan pembedahan dijalankan segera. Dan, beliau menggunakan G.L (Guarantee Letter). G.L tersebut nampaknya tidak laku kerana pihak hospital berkenaan mengatakan bahawa peralatan yang digunakan semasa pembedahan tersebut tidak dibekalkan oleh pihak mereka dan beliau diminta membuat pembayaran terlebih dahulu. Pihak hospital mengatakan bahawa beliau boleh membuat tuntutan perubatan berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil.21 Tahun 2009. 

Ok! berdasarkan apa yang aku faham, permohonan perbelanjaan bagi pembekalan semua jenis / kategori alat untuk ibu bapa yang sah kepada seseorang pegawai adalah tidak dibenarkan.! Cuba rujuk gambar di bawah ini. 

Klik untuk lebih jelas

Tapi, anggota berkenaan berkeras juga. Beliau mengatakan bahawa beliau telah menghubungi JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam - Bahagian Saraan) dan mendapat kepastian yang beliau boleh membuat tuntutan balik. Beliau juga meminta agar aku menyemak semula pekeliling yang sama perenggan 2, iaitu berkenaan dengan pembekalan alat ortopedik. Rujuk gambar di bawah.

Klik untuk lebih jelas
Ok! apa yang aku faham memang permohonan perbelanjaan untuk pembekalan alat ortopedik yang berharga sehingga RM10,000.00 boleh diluluskan oleh Ketua Jabatan tanpa sokongan / perakuan BPP, KKM (Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia) tetapi ia masih tertakluk kepada syarat bahawa permohonan tersebut hendaklah mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan Ketua Jabatan tidak mempunyai sebarang kemusykilan... Ini bermakna, kita tetap berpegang kepada syarat-syarat dan peraturan-peraturan umum yang telah ditetapkan sebelum ini... 

Cuba baca betul-betul! Dalam perenggan kedua, dinyatakan secara jelas bahawa ia merupakan syarat-syarat dan peraturan-peraturan tambahan. Dan, ia patut dibaca bersama dengan syarat yang mula-mula tadi kan? So, aku yang tak faham? atau, mereka lebih faham daripada aku? 

Boleh kamu fahamkan untuk aku? 

Terbaru!

Transparent! today aku memang malas nak buat kerja.. Seriously! Mungkin disebabkan hari ini adalah hari Isnin kot... hahaha!... bukanlah!... update dulu... simpan dalam draft.. Publish ikut time aku.. Aku rasa nak publish today.. today.. kalau esok.. maka esoklah jawabnya... Nak kata auto-publish pun boleh... 

Perasan tak apa widget terbaru yang ada dalam blog ni? tak perasan? Hah! try tengok gambar kat bawah ni betul-betul...


Nampak tak? nampak tak? Siapa tak nampak... pendek umur! itu bukan aku cakap... Nujum Pak Belalang yang cakap ye... Hahaha!!.... Di sebelah tajuk entry tu kan ada gambar kan? Hah! itulah yang aku nak tunjuk kat kamu ni... 

Nak buat macam mana? Aku pun tak tahu... hahaha!!.... rajin-rajinlah search kat internet tu... apa salahnya menimba ilmu kan... tak salah kan? daripada kamu sibuk search gambar-gambar merapu tu... baik kamu search tutorial yang berfaedah kan?...  Hahaha! Aku tak pandai nak bagi tutorial yang melibatkan HTML coding semua ni... tapi, kalau kamu nak buat macam apa yang aku buat ni... kamu boleh refer kat sini... Ni antara tutorial yang agak mudah untuk difahami... Actually, banyak lagi tutorial yang menerangkan tentang ni.. tapi, aku ambil tutorial yang paling senang aku nak follow... hahaa!!...

Kalau aku jumpa tutorial yang menarik lepas ni... aku try dulu ok!... kalau cantik! kalau jadi! aku akan share dengan kamu semua ok!.... don't worry! aku bukan kedekut.. cuma, kadang-kadang terlupa nak share... hahaa...

Ubat oh! ubat...

Setiap kali pergi check up, nurse mesti suruh aku pergi farmasi dulu... ambil ubat katanya... Ubat apa? Obimin & Iron tablet yang warna coklat tu... Aku ikut je arahan nurse tu.. pergilah beratur ambil ubat kat kaunter farmasi... tapi, yang sebenarnya... dah 2 bulan lebih aku tak makan pun ubat tu... As I told you, aku kan pembawa Beta Thalassaemia Trait.. 
Pemberian zat besi kepada individu yang mempunyai thalassaemia trait tidak akan menyebabkan saiz (serta kuantiti) sel darah merah itu bertambah. - rujuk entry ini..
So, berdasarkan apa yang aku baca... aku pun stop makan ubat-ubat tu semua... Alhamdulillah! bila aku stop makan ubat-ubat tu... Hb(gm%) aku elok bacaannya..  tapi, bila nurse tanya.. aku cakap je aku makan ubat yang dibekalkan... Tak tergamak aku nak terus-terang.. hehee...  Sudahnya, ubat-ubat tu aku jadikan koleksi semata-mata...



Kamu boleh rujuk entry ini, ini dan ini pasal bacaan Hb(gm%) aku...

Update! Entry 'Macam-macam voucher' ditarik balik

Pengumuman!
Cuma nak maklumkan bahawa entry 'Macam-macam voucher' yang bercerita tentang voucher percuma yang aku terima dari Zest Leisure Travel & Tour Agency terpaksa ditarik balik kerana terdapat kemusykilan berhubung dengan agensi tersebut... 

Website yang diberikan juga tidak clear!  tidak menerangkan secara jelas mengenai agensi ini.. Agensi ini juga menghubungi mereka yang memiliki credit card.. Dan, pembelian produk mereka akan dicaj terus dengan menggunakan credit card pelanggan.. Diminta agar semua yang pernah menerima panggilan sebegini, sila berhati-hati dan jangan dedahkan no. pin yang ada di belakang card credit kamu... Sekiranya pernah diberi kepada 3rd others party, sila hubungi bank yang mengeluarkan card credit tersebut untuk pembatalan...


Cerita check up yang tertunggak!

Dah baca entry yang ini? yang ini? Kalau belum.. klik je.. aku tak marah.. Actually, aku sangat malas nak update blog... sangat! ok! aku rasa tak berapa sihat sebenarnya... tapi, gigih juga datang kerja.. aku dah mula rasa sakit-sakit pinggang... lenguh-lenguh badan... pening kepala... aduh! tak pe.. demi kamu... aku akan habiskan juga menulis entry ini.....

7th check up;

Tarikh : 07/09/2011

Ujian;
ALB - N
Gula - B
Hb (gm%) - 11.5

Pemeriksaan;

Berat badan (kg) - 55.3
Tekanan darah - 101/65
Edema - SI/SI (aku tak faham!)

Jangkamasa;
Tempoh hamil (minggu) - 31/52
Tinggi rahim (sm) - 31

Janin;
Kedudukan / presentasi - cepn (ikut apa yang aku bacalah!)
jantung - + 148/min
gerak - +


8th Check up

Tarikh : 21/09/2011

Ujian;
ALB - N
Gula - B
Hb (gm%) - 

Pemeriksaan;

Berat badan (kg) - 55
Tekanan darah - 108/70
Edema - -/- (aku tak faham!)

Jangkamasa;
Tempoh hamil (minggu) - 33
Tinggi rahim (sm) - 32

Janin;
Kedudukan / presentasi - cepn (ikut apa yang aku bacalah!)
jantung - + 149/min
gerak - +



9th check up

Tarikh : 05/10/2011

Ujian;

ALB - N
Gula - B
Hb (gm%) - 11.2

Pemeriksaan;

Berat badan (kg) - 57.7 (repeat ok! nurse tak puas hati)
Tekanan darah - 123/77 , 112/71 ( pun kena repeat juga!)
Edema - -/- (aku tak faham!)

Jangkamasa;
Tempoh hamil (minggu) - 35
Tinggi rahim (sm) - 35

Janin;
Kedudukan / presentasi - cepn (ikut apa yang aku bacalah!)
jantung - + 150/min
gerak - +



Alhamdulillah! kalau tengok Hb(gm%) aku pada 07/09/2011 dan yang terbaru.. semalam punya check up, Hb(gm%) aku dah melebihi 10.. Maknanya ok kan? Kalau kamu tengok Hb(gm%) aku yang sebelum ini... tak pernah lebih daripada 10.. Disebabkan itu juga, nurse yang check aku pada 07/09/2011 tu suruh aku repeat ujian Thalassaemia... dia tak percaya aku ada Thalassaemia... Tak percaya? klik kat sini..  

Lupa nak bagitahu... check up seterusnya adalah pada 19/10/2011..... Insya Allah!... kalau aku rajin, aku akan buat live update pada tarikh tersebut.. Kalau aku malas... makanya kamu tunggulah cerita check up tertunggak lagi ye... hehehe....... Silap-silap, cerita check up tertunggak tu pun keluar lepas aku habis pantang... hahaha!... lagi 2-3 bulanlah kamu tunggu ye....... Sabar!...

WordlessWednesday #5





Cek @Churp2 pertama!

Actually, cek ni aku dah terima seminggu selepas raya hari tu.. cuma, aku tak sempat nak cerita dalam ini blog je... Orang tengah sibuk beraya, takkan nak tulis entry pula kan? bikin rosak mood je nanti... lagi pun, adakah orang nak baca blog kita time tengah raya tu? tak de ok! semua sibuk beraya ok!...

Alhamdulillah! akhirnya, penglibatan aku dengan @churp2 dapat juga hasilnya.. walaupun bukan juta-juta... Asalkan bil internet aku lepas sudah!.. hehehe! Kiranya tak sia-sialah aku join @churp2.. Kamu pun, kalau belum join... masih ada masa lagi.. masih boleh join... 


Ini aku tunjukkan gambar sebagai bukti bahawa aku dah terima cek dari @churp2. Bukan apa! kalau aku tak tunjuk bukti, nanti kamu cakap aku menipu pula... tak nak ok! aku tak pernah menipu! kalau ada pun, zaman kanak-kanak ribena dulu je.. dah jadi mak orang ni, tak pernah lagi aku menipu.. kalau ada pun, itu namanya tipu sunat... hahaha! 

Kalau kamu belum berdaftar dengan @churp2, kamu boleh klik sini... Cara-cara nak daftar pun, aku ada tunjukkan kat situ... Cuma, penerangan je yang agak ringkas... aku tak pandai nak explain kat orang.. sebab tu aku tak jadi cikgu.... 


Header baru hasil kreatif @armo02

Wah! wah!... jangan tak percaya.. Header yang aku guna sekarang ini adalah hasil kreatif bro Jejai @armo02. Aku cukup tertarik dengan header yang dihasilkan.. Ada banyak header yang dihasilkan oleh bro Jejai a.k.a @armo02 ni untuk dinilai semula dan digunapakai.. 

Hahaha!.. masalahnya, aku jadi rambang mata dan tamak haloba.. semua pun aku nak.. sampaikan header testing tu pun aku nak juga.. Nak tengok header yang bro Jejai a.k.a @armo02 buatkan untuk aku? Ni hah!... kat bawah ni je...


Kan? aku dah cakap.. semua pun cantik-cantik... kamu tak percaya aku cakap.. Aku sampai jadi rambang mata.. tamak-haloba.. semuanya aku nak.. hehe.. tak baikkan aku? apa-apa pun, thanks to bro Jejai a.k.a @armo02 yang sudi membuatkan header blog untuk aku... hehehe.. Kena dengan taste aku.. yang plain pun aku suka.. yang bunga-bunga pun aku suka... dah namanya perempuan kan? makanya harus sinonim dengan bunga... Pandai bro Jejai a.k.a @armo02 baca fikiran aku ye... hahaa...

Actually, bukan setakat header... Bro Jejai juga banyak bagi pandangannya dalam memperbaiki lagi susun-atur blog aku ni.. sekali lagi, aku harus memberikan credit kepadanya... Semuanya berpunca daripada header ini...


Aku tertarik dengan header bro Jejai ni.. tu yang terus tweet dia dengan mengungkapkan kata-kata pujian tinggi melambung.. beserta niat nak dapatkan header free... hahahaa!!... puji ada makna erk? aku ada juga DM-ed bro Jejai tanya berapa nak charge..  tapi, katanya F.O.C! sebab tujuan dia nak tolong kawan-kawan yang memerlukan bantuan... Hahaa!..  

Nak berkenalan dengan bro Jejai erk? boleh! klik je header tu... tak masuk blog orang lain dah.. masuk terus ke blog dia tu.... bro Jejai kan retis! aku tak berani nak letak url blog orang lain... hahaha!!...

SE : milikku suatu ketika dahulu...

Ingat lagi entry pasal hand phone Nokia sebelum ni? Kalau tak ingat, pergi klik kat sini... Aku janji nak cerita pasal Sony Ericsson pula kan?  Hah! ni aku nak tunaikan janjilah ni... Itu pun, ada yang aku ingat-ingat lupa.. yang lupa terus pun ada... 

Ok! ini hand phone SE yang pernah aku gunakan suatu ketika dahulu... 
























SE W200 - tapi, aku tak pasti sama ada ini hand phone yang pernah aku miliki atau pun bukan.. Aku confused! Asyik tukar-tukar hand phone.. mana nak ingat semua... 





















Ini SE Z520.. Aku confident! aku pernah guna... sebab aku kenal sangat dengan design ni.. aku memang suka design yang macam ini.. suatu ketika dahululah... siap boleh tukar-tukar housing lagi... Lepas tu, aku tukar lagi... lebih kurang sama juga dengan yang ini.... 
























Z530i - confirmed! memang aku pernah beli.. pernah guna... time tu, taste aku more to flip design.. aku tak tengok features yang ada pun.. janji design tu menarik minat aku... tapi kan, lepas tu... aku dah upgrade ok!... aku tukar yang lain pula...

Cuma, aku confused!.. sama ada aku pernah guna yang ini... SE W580i..
























Atau, yang ini.... SE S500i...
























Aku memang betul-betul confused! aku tak pasti hand phone mana satu yang aku pernah guna... sebab design lebih kurang je... series je yang membezakan... aku dah tak ingat... Apa yang aku betul-betul pasti... tanpa ragu-ragu... hand phone SE yang ini memang aku pernah ada...



















SE W901i - ada lagi kat rumah kalau tak silap... dah rosak.. sebelum rosak hari tu, macam nak jual tapi bila fikir-fikir balik... sayang juga nak jual sebab hadiah hantaran tu... so, mengenangkan ia adalah hadiah hantaran dari Inchek Hubby.. makanya, elok disimpan saja walaupun sudah rosak... sekurang-kurangnya, aku tetap menghargai pemberian Inchek Hubby...

Kemudiannya, aku bertukar pula kepada hand phone yang ini...





















SE W705 - aku guna sebulan je kalau aku tak silap.. lepas tu, hantar kedai.. repair... ada kerosakan sedikit... bila dapat balik, Inchek Hubby jual kat kawan dia... Baru guna sebulan tu... ralatlah juga... aku kan konon-konon pengguna tegar Sony Ericsson... tapi, asyik rosak je.. tension juga... Eh! pasal hand phone ni aku dah pernah buat entry rasanya... kalau tak silaplah... aku check dulu erk... Hah! inilah entry yang aku maksudkan tu... klik sini je... tak payah susah-susah...

Dengan ini, maka berakhirlah sudah kecintaanku terhadap Sony Ericsson.. kembali beralih arah... hehehe.. tunggu next punya entry ok!... Konon je beralih arah.. tapi, bila lalu kedai hand phone mata tetap jeling-jeling kat Sony Ericsson juga....

p/s : aku rasa aku ada simpan banyak bangkai hand phone SE ni... aku sayang nak buang... simpan buat khazanah... tak tahulah kalau muzium nak atau tidak...


There was an error in this gadget