PESANAN PENTING DARI PENAJA!

About Me

My Photo
RinnAzrinah
Alam Budiman, Selangor, Malaysia
I am Sabahan! 'Aku,saya,me,I,kami,kita' bagiku maknanya tetap sama..
View my complete profile

ENTRI POPULAR SEPANJANG MINGGU

Tiada lagi privacy!

Baca tak Kosmo hari ni? Kalau belum, pergi baca sekarang... Nah! click je link ni... kosmoonline. Aku rasa semakin bosan menggunakan facebook sebab tiada lagi privacy.... tak percaya? Cuba baca betul-betul apa yang tertulis kat bawah ni...

Facebook pada minggu lalu membenarkan pengguna mengikuti perkembangan orang asing yang bukan rakan mereka melalui penambahan butang Subscribe seperti yang terdapat di Twitter. - Kosmo

Tak guna setting macam-macam... akhirnya, orang yang bukan kawan pun boleh nampak segala aktiviti kita kan? Tak suka! tak suka! Kadang-kadang, terasa orang yang bukan di kalangan kawan-kawan kita boleh stalk kita pada bila-bila masa je... dah tak de privacy... menyampah aku... mati-matilah kau pergi set 'friends only'.... tengok-tengok... orang lain yang bukan kawan kau pun boleh subscribe juga.... Kalau diberikan peluang untuk bercakap dengan Mark Zuckerberg, aku nak suruh dia buang button subscribe tu... 

Ciri News Feed di Facebook yang memaparkan kemas kini daripada rakan-rakan kini memberi fokus kepada penghantaran penting dengan paparan imej yang lebih besar berbanding sebelumnya manakala kolum sembang Ticker pula ditambah untuk perbualan dalam masa sebenar. - Kosmo

Gambar pula besar tak agak.. haha! aku rasa tak best langsung... ruang sembang ticker tu pula... aku rasa sangat merimaskan... tak cukup lagi ruangan chat tu? Macam-macam perubahan yang si Mark Zuckerberg buat ni memang sangat menyusahkan bagi para FBian macam aku... yang addicted... Aku rasa macam nak deactivate je account facebook aku tu... Sekarang pun, aku bukan rajin sangat nak buka Fb tu... aku buka pun, sebab nak tahu perkembangan family aku kat kampung... Fuyoo!! family aku pun dah create account fb... Mereka baru nak berjinak-jinak dengan fb... tak baiklah pula kalau aku terus deactivate account aku tu kan.... dah lama-lama nanti, mereka akan bosan juga... dan, pening dengan setiap perubahan yang berlaku dalam fb... hahaha!....

So far, aku masih setia menggunakan twitter sebagai tempat untuk berkongsi segala berita.... nak tunggu family aku create account untuk twitter pula... hehehe!!... lagi senang.... tak sakit kepala... hehee...


6 cakap-cakap:

Ronaldmohoni said...

Betul3. Facebook nih asik berubah-rubahlah. penambahan benda tu, memang tak best. Apa boleh buat.

RinnAzrinah said...

@Ronaldmohoni

layankan aje laa.. nak wat camne kan?...

ct N honey said...

kita ni sebagai pengguna kena pililah,saya pun ada akaun Fb utk tahu cerita kwn dan family,lepas tu tempat utk pingkan entry kak group fb,itu aje,...

Deeyaudeen Sabri said...

btul.. fb makin jadi mcm x betul.. semua bnda kita bley tau.. :)

Anonymous said...

ko tak bayar seSEN pon kat zuberg tu.. tak payah la nak bising2. suka hati dia la nak buat mcm ne pon.. hahahaha

RinnAzrinah said...

@Anonymous

eh! belog aku... suke ati aku ler nak taip ape... x kuar bunyi pun.. mane plak dtg bunyi bising? ape ade hal?

There was an error in this gadget