PESANAN PENTING DARI PENAJA!

About Me

My Photo
RinnAzrinah
Alam Budiman, Selangor, Malaysia
I am Sabahan! 'Aku,saya,me,I,kami,kita' bagiku maknanya tetap sama..
View my complete profile

ENTRI POPULAR SEPANJANG MINGGU

Tension bila ada orang suka ambil kesempatan..

Panjang tajuk... kecil hati? memang! sakit hati? ye! semuanya ada dalam kotak fikiran... sesak dada... sakit hati kan bila ada saja orang-orang di sekeliling yang suka mengambil kesempatan.. tak kisah kalau nak mencuri peluang yang ada... tapi, agak-agaklah! janganlah semua peluang yang ada kau nak kebas... 

Kau kata kau tak sihat... MC! Doktor bagi 2 hari.. Fine! aku terima yang itu... tapi, takkan sampai hari ni pun kau masih nak sambung cuti lagi? Aku pun nak cuti juga... nak rehat juga... cukup-cukuplah ambil kesempatan yang ada.. Aku dah faham sangat perangai kau... setiap kali ada cuti panjang je... mesti hari esoknya kau tak sihat... dah selalu sangat kau buat macam tu... Aku tension ok! 

Semalam, kau kata kau tak larat nak bangun... tak sihat lagi... kau tak datang kerja... tapi, tengahari tu... elok pula... boleh pula kau pergi jemput anak kat sekolah... bukankah anak kau hari-hari naik bas sekolah? hari ni pun kau kata kau tak sihat lagi.... kenapa banyak sangat alasan kau? kau tahu tak? minggu ni sepatutnya aku sedang bersenang-lenang melayan karenah anak kat rumah... tapi, disebabkan aku fikir kau tak sihat... aku gagahkan diri juga datang kerja... cancel cuti... 

Kau ingat tak dulu? time aku tak sihat... time tu juga anak kau tak sihat... aku minta tolong kau datang sebelah petang je... tolong cover... apa jawapan kau?... ingat lagi tak?.... kalau aku nak.. aku boleh buat tak tahu... aku boleh buat tak kisah... tapi, aku tak sampai hati.. dan, aku juga bukannya orang yang suka mengambil kesempatan terhadap orang lain.. walaupun kawan sendiri..........

Kau dah tahu kan semalam aku cuti... dan, kau juga tahu yang kau sepatutnya prepare senarai nama staff yang ada dalam ward hospital... tapi, boleh kau tak datang.... kau ingat aku rajin nak tolong kau selalu? tak cukup lagikah cuti yang kau apply? sepatutnya kau cuma boleh ambil cuti 29.08.2011 je... tapi, bila aku cakap aku tak cuti... terus kau sebat cuti sampai 02.09.2011... ambil kesempatan betul... dahlah kau sebat cuti tarikh tu.. minggu ni pun kau nak sebat lagi? kau nak cukupkan 2 minggu erk? agak-agaklah... dahlah time cuti sekolah pun... kau cuti.... time perayaan pun... kau juga yang sebat.... asalkan ada cuti je... mesti kau sebat... bagilah peluang kat orang lain pula nak cuti... asyik kau je... 

Aku bukan jealous... tak terniat... tapi, aku tension sebab kau selalu ambil kesempatan... terasa seolah-olah kau sedang memijak-mijak kepala.... Fine! kau mengandung eh? kalau betul kau mengandung... aku remove entry ni... sebab aku faham mengandung tu macam mana..... tapi, jangan pula mengada-ngada... kalau kau mengandung, aku janji aku remove... tapi, kalau kau mengandung dan mengada-ngada... sampai sudahlah entry ni duduk dalam ni... jangan harap aku nak remove...


4 cakap-cakap:

puanbee said...

sabar je la.. mana2 tempat kerja ada kes mcm ni

RinnAzrinah said...

@puanbee

tuh la pasal... tp kalo ramai org x pe.. x rase sgt.. nih kat cnie berdua jerr.. tuh yg mcm ralat tuh...

juanita said...

Sabar2...
Kita susah nak baca pemikiran org ni .

RinnAzrinah said...

@juanita

tgh cuba utk bersabar la nih...

There was an error in this gadget