PESANAN PENTING DARI PENAJA!

About Me

My Photo
RinnAzrinah
Alam Budiman, Selangor, Malaysia
I am Sabahan! 'Aku,saya,me,I,kami,kita' bagiku maknanya tetap sama..
View my complete profile

ENTRI POPULAR SEPANJANG MINGGU

Raya dah habis eh?

Kalau ikut perkiraan aku, hari ni merupakan hari terakhir raya.. Kalau tak silap kiralah.. Kalau silap, bukan salah aku.. tapi, salah kalendar yang ada depan mata aku ni.. Hehehe!.. tak nak kalah juga... Actually, aku, Inchek Hubby dan si kakak cuma sempat beraya selama 2 minggu je.. 2 minggu terakhir tu, terpaksa dikuarantinkan dalam rumah. Inchek Hubby dan si kakak demam chickenpox. Makanya, raya kami berakhir di situ.. Nak tahu lebih lanjut tentang mereka? Klik sini dan sini juga.

Raya tahun ni memang sangat singkat bagi aku. Plan nak buat majlis rumah terbuka merangkap kenduri masuk rumah baru pun terpaksa dibatalkan. Takkanlah nak buat majlis time tuan rumah tengah demam chickenpox kan? Tak baik menganiaya para tetamu. Penyakit tu dahlah boleh berjangkit.. Tak berselera tetamu nak makan nanti..

Bukan setakat planning rumah terbuka sendiri je yang batal... tapi, jemputan majlis rumah terbuka dan kenduri kahwin pun terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir walaupun dalam RSVP dah bersetuju untuk hadir.. Tahun ni memang banyak jemputan ke majlis rumah terbuka... lagi terseksa bila jiran keliling datang jemput ke majlis rumah terbuka mereka.. bukan tak nak datang.. takut dikata sombong... tapi, apa boleh buat? bukan kita pinta penyakit itu datangkan? terpaksa ditolak dengan cara baik.. Inchek Hubby siap suruh aku pergi sebagai wakil.. Aku kan seorang yang sangat pemalu.. hehehe!!... takkanlah aku nak pergi seorang diri? aku makan sedap kat rumah orang.. Inchek Hubby dengan si kakak pula kena pantang makan.. tak sampai hati aku... Cukuplah aku makan macam-macam kat majlis jamuan raya anjuran office.. itu pun, kalau boleh bungkus... nak je aku bungkuskan makanan untuk orang kat rumah.. tapi, nak membungkus pun.. apa pula orang lain kata... hehehe!... so, terpaksalah aku pendam niat baik tu... hehehe... Nampaknya tiada rezeki untuk kami raya tahun ni... Insya Allah! tahun depan raya kat Sabah pula...

0 cakap-cakap:

There was an error in this gadget