PESANAN PENTING DARI PENAJA!

About Me

My Photo
RinnAzrinah
Alam Budiman, Selangor, Malaysia
I am Sabahan! 'Aku,saya,me,I,kami,kita' bagiku maknanya tetap sama..
View my complete profile

ENTRI POPULAR SEPANJANG MINGGU

Bersara pada usia 60 tahun?

Ini khas untuk mereka yang bekerja dengan sektor awam. Untuk berita penuh, sila klik sini dan sini. Ok! aku tidak ingin mempersoalkan tentang bonus atau kenaikan gaji. Mempersoalkan tentang bonus sama seperti aku merelakan harga bahan-bahan mentah di pasaran akan terus naik mendadak. Itu senario yang selalu berlaku apabila pengumuman bonus kakitangan awam dibuat oleh Perdana Menteri kita. 

Pesanan ikhlas dari aku..

Belajarlah daripada kesilapan PRU yang lalu. Jangan sampai terlepas pandang!

Kembali kepada tajuk di atas. Aku sebenarnya tidak bersetuju dengan permintaan Cuepacs untuk melanjutkan had umur persaraan daripada 56/58 tahun kepada 60 tahun. Bagi aku, bukan semua orang boleh bekerja sehingga ke usia itu. Malahan, pada usia-usia sebegitu... mereka sudah tidak produktif. Dalam kepala hanya terbayang duit pencen yang bakal diterima setiap bulan. Aku alami sendiri keadaan ini. Depan mata. 

Kadang-kadang, ada juga di antara mereka ini yang bertindak seolah-olah menghasut orang-orang baru dengan kata-kata seperti ini.

"Kau tak payahlah rajin sangat. Kerja takkan habis. Jom pekena teh tarik dulu.."    
"Kat sini, kalau tak pandai bodek, tak payahlah! kerja mati-matian pun kau takkan dapat apa-apa.."
"Eh! kau... jangan ikut puak tu... puak tu kaki bodek.. kaki sampai.. kau ikut cakap aku je.."

Kalau hendak ditulis satu-persatu.. banyak! tapi, aku malas nak mention di sini.. Biarlah ia terus menjadi rahsia... Itu baru yang bertindak seakan-akan menghasut.. Hah! yang ini pula, macam mana? 

"Akak tak pandai.. akak dah tua.. kamu muda lainlah!"
"Akak tak tahu! akak tak pernah buat..."
"Otak akak ni dah beku.. susah nak ingat.. biarlah kamu yang muda-muda ni je yang buat"  

Biasanya, jawapan-jawapan sebegini akan diberikan oleh mereka yang telah berusia 'patut bersara'.. Dalam era sekarang, kita perlu mengejar teknologi.. tapi, bagaimana caranya untuk mengajar orang-orang ini tentang teknologi? Baru merancang untuk melakukan perubahan pun, sudah melatah... So, perlukah orang-orang ini bekerja sehingga berusia 60 tahun? Sebenarnya, orang-orang inilah yang bakal menghabiskan duit kerajaan. Buat overtime tapi baca surat khabar.. bersembang pasal anak.. nama je overtime tapi output tak capai pun berpuluh-puluh file.. Kuantiti yang sama pun boleh dicapai dalam waktu kerja biasa. Aku pun bukan baik sangat.. Aku pun ada masa 'mengular' juga.. tapi, aku tak pernah claim overtime.. sebab aku tahu aku bekerja tak cukup 8 jam sehari. 

Sebenarnya, aku juga menyesal sebab membuat pilihan untuk bersara pada usia 58 tahun.. apa boleh buat? nasi dah jadi bubur.. Pada usia-usia sebegitu, aku sepatutnya sedang merehatkan diri di rumah. Teknologi semakin canggih.. mampukah aku mengejarnya? berilah peluang kepada orang-orang muda yang memerlukan pekerjaan.. Dan, biarlah yang berusia itu berehat di rumah.. 

Sekiranya Cuepacs masih berkeras dengan tuntutan melanjutkan umur persaraan kepada 60 tahun, kajilah dengan sedalam-dalamnya.. Bukan semua jawatan perlu bekerja sehingga usia 60 tahun.. Melainkan mereka yang benar-benar berkemampuan untuk bekerja.. itu pun perlu menandatangani kontrak.. sama seperti yang ada sekarang. Tidak perlu tingkatkan had umur persaraan. Itu akan menyebabkan berlakunya pembaziran yang lebih besar..

0 cakap-cakap:

There was an error in this gadget