PESANAN PENTING DARI PENAJA!

About Me

My Photo
RinnAzrinah
Alam Budiman, Selangor, Malaysia
I am Sabahan! 'Aku,saya,me,I,kami,kita' bagiku maknanya tetap sama..
View my complete profile

ENTRI POPULAR SEPANJANG MINGGU

Aku anak Zaman 80-an!

Kalau kamu juga salah-seorang daripada anak-anak zaman itu, kamu pasti tahu lagu ini kan? Kamu juga mesti suka dengan cerita ini kan? Miss Comet yang comel.. dengan tongkat saktinya... juga gigi buruk yang ada magic... dah lama sangat cerita ni... aku pun dah tak ingat sangat... tapi, aku yakin sangat yang anak-anak zaman 80-an juga sama macam aku... suka dengan cerita ni... Aku siap ponteng sekolah agama sebab nak tengok cerita ni... hehehe!!.... 




Selain tu, kamu mesti tahu cerita Moero Attack ni kan? alah! yang ada watak Chun tu.. yang main bola tampar tu... actually, aku tak follow sangat cerita ni... tak macam Miss Comet... hehehe! tapi, sebagai anak-anak zaman 80-an, kamu pasti tahu cerita ni kan? Famous ok! cerita ni... cuma aku je yang tak layan... disebabkan cerita Moero Attack-lah, sukan bola tampar semakin berkembang di Malaysia... haha!.. memandai je aku...





Dan, kalau kamu memang dilahirkan dalam tahun 80-an, kamu mesti pernah tengok cerita Oshin ni kan? Kamu mesti ingat dengan watak Rin Hane Koma kan? aku bukan nak perasan tapi bila aku introduce-kan diri aku sebagai Rinn depan orang.. mereka mesti akan sebut nama Rin Hane Koma... Dan, adakalanya nama itu terus melekat... Hehehe!.. terkena tempias cerita Oshin katakan... hehee... kalau tak silap aku, TV9 pernah ulang tayang cerita ni... 



Anak-anak yang lahir dalam tahun 80-an juga mesti suka tengok cerita Space Cop Gaban ni kan? Tak kira lelaki ataupun perempuan... hehehe!!... cerita ni best ok!... tapi, aku jarang tengok... nak kata tak tengok pun.. mustahil! sebab zaman kanak-kanak aku dahulu cuma ada TV1 dan TV2 je... Tukar-tukar channel pun, itu juga... tak de pilihan...  




Ksatria Baja Hitam - kalau kamu yang lahir sezaman dengan aku tak mengaku pernah tengok cerita ni.. memang penipu besar... macam aku tulis kat atas tu... channel yang ada cuma TV1 dan TV2 je ok!.. Jangan nak kata kamu tak pernah tengok cerita ni... 



Media Prima or Astro tak de inisiatif nak ulang tayang kat TV ke cerita-cerita ni?...


Nokia yang pernah aku miliki dahulu...

Entah! tiba-tiba pula nak jadikan ia sebagai 1 entry... hehe! ada yang aku masih simpan lagi.. ada yang dah buang... ada yang dah jual kat orang.. ada yang aku trade in.. ada yang aku bagi kat parents... 

Tapi, apa yang pasti.. hand phone pertama yang aku miliki adalah Nokia 3315.. Iaitu hand phone yang telah diupgrade daripada 3315..





























Hah! serupa dengan hand phone nokia 3315 aku tu... Inilah rupa hand phone aku tu.. Aku tak tahu aku campak mana dah... haha! kalau tak silap aku, aku bagi kat my mom.. tapi, dengar kata kena curi.. Lepas tu, aku pakai hand phone yang ini pula... 

























Nokia 2300 ni aku beli sampai 2. Tamak haloba! hahaa... bukan apa! aku suka design hand phone ni... kecil, comel.. macam aku... hah! perasan... Hand phone ni pun aku bagi kat my mom and my dad ok! Itu pasal aku beli sampai 2... Bukan sebab aku tamak... ok! faham?

Lepas tu... asyik lepas tu.. lepas tu... layan je! aku tukar hand phone yang ini pula... 

























Nokia 3610 ni pun aku guna tak lama.. entah! aku sedekah kat siapa pun aku tak ingat... aku bagi my mom juga rasanya.... Dah lama sangat.. mana nak ingat... Dah sedekah kat orang tu, maknanya aku tukar hand phone lagi... dulu aku memang suka tukar-tukar hand phone... dahlah asyik tukar hand phone... tukar casing.. tukar housing... hehehe!!... banyak juga aku habiskan duit ke arah tu... Then, the latest nokia pada masa itulah kalau tak silap aku... 1st product nokia yang ada camera...





























Inilah hand phone nokia terakhir yang pernah aku miliki suatu ketika dahulu... Nokia 3200! Dan, aku setia dengan hand phone ini untuk suatu tempoh yang agak lama... Kemudian, aku mula beralih arah kepada Sony Ericsson... Pasal Sony Ericsson, nanti aku cerita dalam entry yang lain pula.......

p/s : actually, ini antara koleksi yang aku ingat... ada juga yang aku lupa... hehee!!... sorry!


Siapa Dia atau Siapa-siapa itu?

Aku sendiri confused! Apa tajuk lagu ni sebenarnya? Siapa dia atau Siapa-siapa itu? tapi, seriously... lagu ini menjadi favorite aku.. Ada orang kata itu lagu tahun 40-an.. ada yang kata itu lagu tahun 50-an... aku tak pasti.. apa yang aku tahu... Encik Google memberikan aku keputusan yang ini...





Lirik lagu Siapa Dia..
by Adibah Noor..

Mana dia
Siapa dia
Ini dia
Siapa dia

Siapa siapa itu
Memandang pada aku
Hatiku terharu
Teringat kau selalu

Siapa siapa itu yang memandang pada aku
Ah hati rasa terharu bimbang rasa selalu
Gelora dalam kalbu

Renungan dari mata mu meresap di jiwa aku
Pandai kau berlagak sungguh kau bijak
Rasa hati ku tergoda tertawan
Bila melihat wajah rupawan
Hati ku jiwa ku kini tertawan

Siapa siapa itu yang memandang pada aku
Ah hati ku terharu teringat kau selalu
Siapa siapa itu yang memandang pada aku
Hati rasa terharu bimbang selalu
Gelora dalam kalbu

Gembira hati rasa bila bahgia tiba
Hidup bersatu kasih berpadu
Kekal abadi hidup semati

Rasa hati ku tergoda tertawan
Bila melihat wajah rupa oh

Siapa siapa itu memandang pada aku
Hati ku terharu teringat kau selalu
Siapa siapa itu yang memandang pada aku
Ah hati rasa terharu bimbang rasa selalu
Gelora dalam kalbu
Gelora rasa kalbu

-----------------------------------

1st time aku dengar lagu ni tahun lepas rasanya... Member office aku kat Subang punya phone ringtone.. so, aku pun mintalah dia bluetooth-kan lagu ni... Makanya, sampai sekaranglah lagu ini menjadi aku punya phone ringtone... Lagu ni memang mudah menarik perhatian sesiapa sahaja... Hahahaa!... si kakak pun suka dengar lagu ni...


How Malaysian Are You?

Lunch time! tapi, aku dah kenyang.. makanan pun dah habis.. So, disebabkan tak tahu nak buat apa lagi.. aku pun try ambil kuiz How Malaysian Are You ni... Aku tak tahu nak kategorikan bentuk soalan yang diberi.. Macam merapu pun ada... macam betul pun ada.. aku pun jawab ikut kepala aku je... entah betul entah tidak... layankan aje... 

Aku syorkan kamu cuba jawab kuiz ni.. hehehe!!... buktikan bahawa kamu benar-benar anak Malaysia.. aku? aku dapat 80% je... Aku memang dilahirkan dan dibesarkan dalam Malaysia tapi aku berketurunan Brunei... Hahaha!.. itu pasal kot aku cuma dapat 80% je... 

Jika benar anda rakyat Malaysia, sila cuba kuiz ini

Aku cabar kamu ambil kuiz ni... tapi, kena log in guna account facebook.. Alaaa... kamu semua mesti ada account facebook kan?... Kuiz ini dibawakan oleh @churp2 ... Hahha!!... dah jawab nanti jangan lupa tinggalkan comment di sini ye... 

Bersara pada usia 60 tahun?

Ini khas untuk mereka yang bekerja dengan sektor awam. Untuk berita penuh, sila klik sini dan sini. Ok! aku tidak ingin mempersoalkan tentang bonus atau kenaikan gaji. Mempersoalkan tentang bonus sama seperti aku merelakan harga bahan-bahan mentah di pasaran akan terus naik mendadak. Itu senario yang selalu berlaku apabila pengumuman bonus kakitangan awam dibuat oleh Perdana Menteri kita. 

Pesanan ikhlas dari aku..

Belajarlah daripada kesilapan PRU yang lalu. Jangan sampai terlepas pandang!

Kembali kepada tajuk di atas. Aku sebenarnya tidak bersetuju dengan permintaan Cuepacs untuk melanjutkan had umur persaraan daripada 56/58 tahun kepada 60 tahun. Bagi aku, bukan semua orang boleh bekerja sehingga ke usia itu. Malahan, pada usia-usia sebegitu... mereka sudah tidak produktif. Dalam kepala hanya terbayang duit pencen yang bakal diterima setiap bulan. Aku alami sendiri keadaan ini. Depan mata. 

Kadang-kadang, ada juga di antara mereka ini yang bertindak seolah-olah menghasut orang-orang baru dengan kata-kata seperti ini.

"Kau tak payahlah rajin sangat. Kerja takkan habis. Jom pekena teh tarik dulu.."    
"Kat sini, kalau tak pandai bodek, tak payahlah! kerja mati-matian pun kau takkan dapat apa-apa.."
"Eh! kau... jangan ikut puak tu... puak tu kaki bodek.. kaki sampai.. kau ikut cakap aku je.."

Kalau hendak ditulis satu-persatu.. banyak! tapi, aku malas nak mention di sini.. Biarlah ia terus menjadi rahsia... Itu baru yang bertindak seakan-akan menghasut.. Hah! yang ini pula, macam mana? 

"Akak tak pandai.. akak dah tua.. kamu muda lainlah!"
"Akak tak tahu! akak tak pernah buat..."
"Otak akak ni dah beku.. susah nak ingat.. biarlah kamu yang muda-muda ni je yang buat"  

Biasanya, jawapan-jawapan sebegini akan diberikan oleh mereka yang telah berusia 'patut bersara'.. Dalam era sekarang, kita perlu mengejar teknologi.. tapi, bagaimana caranya untuk mengajar orang-orang ini tentang teknologi? Baru merancang untuk melakukan perubahan pun, sudah melatah... So, perlukah orang-orang ini bekerja sehingga berusia 60 tahun? Sebenarnya, orang-orang inilah yang bakal menghabiskan duit kerajaan. Buat overtime tapi baca surat khabar.. bersembang pasal anak.. nama je overtime tapi output tak capai pun berpuluh-puluh file.. Kuantiti yang sama pun boleh dicapai dalam waktu kerja biasa. Aku pun bukan baik sangat.. Aku pun ada masa 'mengular' juga.. tapi, aku tak pernah claim overtime.. sebab aku tahu aku bekerja tak cukup 8 jam sehari. 

Sebenarnya, aku juga menyesal sebab membuat pilihan untuk bersara pada usia 58 tahun.. apa boleh buat? nasi dah jadi bubur.. Pada usia-usia sebegitu, aku sepatutnya sedang merehatkan diri di rumah. Teknologi semakin canggih.. mampukah aku mengejarnya? berilah peluang kepada orang-orang muda yang memerlukan pekerjaan.. Dan, biarlah yang berusia itu berehat di rumah.. 

Sekiranya Cuepacs masih berkeras dengan tuntutan melanjutkan umur persaraan kepada 60 tahun, kajilah dengan sedalam-dalamnya.. Bukan semua jawatan perlu bekerja sehingga usia 60 tahun.. Melainkan mereka yang benar-benar berkemampuan untuk bekerja.. itu pun perlu menandatangani kontrak.. sama seperti yang ada sekarang. Tidak perlu tingkatkan had umur persaraan. Itu akan menyebabkan berlakunya pembaziran yang lebih besar..

Macam nak deactivate!

Ingat lagi tak tentang ini? 

Facebook pada minggu lalu membenarkan pengguna mengikuti perkembangan orang asing yang bukan rakan mereka melalui penambahan butang Subscribe seperti yang terdapat di Twitter. - Kosmo
Kalau tak ingat, pergi baca entry yang ini.. Semua aktiviti kita dalam facebook dapat dilihat orang lain tanpa perlu menjadi rakan facebook kita.. Hilang privacy. Aku pun macam dah bosan dengan facebook. Rasa macam nak deactivate je account facebook aku tu.. Ok tak kalau aku deactivate account tu? Tapi, kalau aku deactivate, aku tak tahu perkembangan family aku kat kampung.. How to do? Tak pe kot! hand phone kan ada.. bukan tak boleh sms.. bukan tak boleh call... lupakan seketika facebook

Tak suka bila ada orang yang bukan rakan kita sibuk stalk pasal kita through facebook. Nak tahu segala aktiviti kita.. Nak tahu rahsia kita... lepas tu, jaja cerita sana-sini pasal kita.. itulah bahaya facebook sekarang.. Tapi, yang baiknya... sekarang dah tak boleh mengumpat dan mengutuk dalam facebook.. Save segala amalan harian kita... kalau tak, asyik berkurangan je kan?.. macam mana tak berkurangan? kalau dok mengumpat dalam facebook... kan? kan?.. hahaha... termasuklah diriku ini... hehehe... 

Eh! dah lari dari tajuk dah ni... nak tanya pendapat kamu... ok tak kalau aku deactivate account facebook tu? Aku pun sebenarnya dah jarang buka facebook. Buka pun sebab nak tengok update dari family.. tak de update, aku tutup.. malas nak biarkan terbuka.. nanti orang kata kerja aku menghadap facebook je... tak pun, kurangkan update status.. so, tak banyaklah aktiviti kita yang orang luar boleh nampak...

Bosan sebab facebook sekarang dah open.. dah tak de privacy.. Nak buka account baru? lagi haru! lagi tak de privacy... Biar je lah.. 


Raya dah habis eh?

Kalau ikut perkiraan aku, hari ni merupakan hari terakhir raya.. Kalau tak silap kiralah.. Kalau silap, bukan salah aku.. tapi, salah kalendar yang ada depan mata aku ni.. Hehehe!.. tak nak kalah juga... Actually, aku, Inchek Hubby dan si kakak cuma sempat beraya selama 2 minggu je.. 2 minggu terakhir tu, terpaksa dikuarantinkan dalam rumah. Inchek Hubby dan si kakak demam chickenpox. Makanya, raya kami berakhir di situ.. Nak tahu lebih lanjut tentang mereka? Klik sini dan sini juga.

Raya tahun ni memang sangat singkat bagi aku. Plan nak buat majlis rumah terbuka merangkap kenduri masuk rumah baru pun terpaksa dibatalkan. Takkanlah nak buat majlis time tuan rumah tengah demam chickenpox kan? Tak baik menganiaya para tetamu. Penyakit tu dahlah boleh berjangkit.. Tak berselera tetamu nak makan nanti..

Bukan setakat planning rumah terbuka sendiri je yang batal... tapi, jemputan majlis rumah terbuka dan kenduri kahwin pun terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir walaupun dalam RSVP dah bersetuju untuk hadir.. Tahun ni memang banyak jemputan ke majlis rumah terbuka... lagi terseksa bila jiran keliling datang jemput ke majlis rumah terbuka mereka.. bukan tak nak datang.. takut dikata sombong... tapi, apa boleh buat? bukan kita pinta penyakit itu datangkan? terpaksa ditolak dengan cara baik.. Inchek Hubby siap suruh aku pergi sebagai wakil.. Aku kan seorang yang sangat pemalu.. hehehe!!... takkanlah aku nak pergi seorang diri? aku makan sedap kat rumah orang.. Inchek Hubby dengan si kakak pula kena pantang makan.. tak sampai hati aku... Cukuplah aku makan macam-macam kat majlis jamuan raya anjuran office.. itu pun, kalau boleh bungkus... nak je aku bungkuskan makanan untuk orang kat rumah.. tapi, nak membungkus pun.. apa pula orang lain kata... hehehe!... so, terpaksalah aku pendam niat baik tu... hehehe... Nampaknya tiada rezeki untuk kami raya tahun ni... Insya Allah! tahun depan raya kat Sabah pula...

Tiada lagi privacy!

Baca tak Kosmo hari ni? Kalau belum, pergi baca sekarang... Nah! click je link ni... kosmoonline. Aku rasa semakin bosan menggunakan facebook sebab tiada lagi privacy.... tak percaya? Cuba baca betul-betul apa yang tertulis kat bawah ni...

Facebook pada minggu lalu membenarkan pengguna mengikuti perkembangan orang asing yang bukan rakan mereka melalui penambahan butang Subscribe seperti yang terdapat di Twitter. - Kosmo

Tak guna setting macam-macam... akhirnya, orang yang bukan kawan pun boleh nampak segala aktiviti kita kan? Tak suka! tak suka! Kadang-kadang, terasa orang yang bukan di kalangan kawan-kawan kita boleh stalk kita pada bila-bila masa je... dah tak de privacy... menyampah aku... mati-matilah kau pergi set 'friends only'.... tengok-tengok... orang lain yang bukan kawan kau pun boleh subscribe juga.... Kalau diberikan peluang untuk bercakap dengan Mark Zuckerberg, aku nak suruh dia buang button subscribe tu... 

Ciri News Feed di Facebook yang memaparkan kemas kini daripada rakan-rakan kini memberi fokus kepada penghantaran penting dengan paparan imej yang lebih besar berbanding sebelumnya manakala kolum sembang Ticker pula ditambah untuk perbualan dalam masa sebenar. - Kosmo

Gambar pula besar tak agak.. haha! aku rasa tak best langsung... ruang sembang ticker tu pula... aku rasa sangat merimaskan... tak cukup lagi ruangan chat tu? Macam-macam perubahan yang si Mark Zuckerberg buat ni memang sangat menyusahkan bagi para FBian macam aku... yang addicted... Aku rasa macam nak deactivate je account facebook aku tu... Sekarang pun, aku bukan rajin sangat nak buka Fb tu... aku buka pun, sebab nak tahu perkembangan family aku kat kampung... Fuyoo!! family aku pun dah create account fb... Mereka baru nak berjinak-jinak dengan fb... tak baiklah pula kalau aku terus deactivate account aku tu kan.... dah lama-lama nanti, mereka akan bosan juga... dan, pening dengan setiap perubahan yang berlaku dalam fb... hahaha!....

So far, aku masih setia menggunakan twitter sebagai tempat untuk berkongsi segala berita.... nak tunggu family aku create account untuk twitter pula... hehehe!!... lagi senang.... tak sakit kepala... hehee...


Tertipu dan sakit hati!

Baca tak entry ini? Kalau nak baca... bacalah... kalau tak nak baca pun, aku tak kisah! kerana itu hanya luahan perasaan aku yang tak puas hati dan kecil hati... terguris...

Memang aku rasa sangat-sangat tertipu.. Bayangkanlah! aku sanggup cancel cuti semata-mata tak de orang kat office.. katanya dia mengandung 5 minggu... ok! aku faham perangai orang mengandung ni.. sebab aku pun pernah melalui fasa tersebut.. Ok! aku sanggup mengalah walaupun sepatutnya aku sedang bersenang-lenang melayan karenah si kakak kat rumah....

Tapi, apa yang berlaku semalam memang menyakitkan hati... di pagi hari.. sampai je dia kat office... terus menghadap pc... tiba-tiba aku terdengar suara... "Rinn, akak tak mengandunglah Rinn... doktor silap diagnosis"... Aku dengar je suara tu tapi nak pandang muka dia... minta maaf! aku memang sakit hati... terus-terang aku cakap.. ini bukan kali pertama dia buat macam ni...

Tahun lepas, bila ada cuti panjang je... semua dia sebat... tak bagi peluang langsung kat orang lain... tak cukup dengan cuti panjang tu, dia sambung pula dengan cuti sakit... aku dah tak pelik dah dengan perangai dia... tapi, aku tak sangka dia akan buat lagi kali ni.... cuti sekolah je... dia cuti... 2 minggu tu dia sebat cuti raya.... minggu yang sepatutnya aku bercuti pun, dia sebat sekali... susah bila ada partner yang berperangai macam ni... seolah-olah dia seorang je yang ada cuti.. yang ada family... yang ada planning nak jalan-jalan makan angin.... orang lain tak payah.... 

Tahu tak? sampai ke petang dia tak bercakap dengan aku... Apa hal pula nak marah aku? sepatutnya aku yang marah dia... Ini terbalik... dia buat muka kat aku... memang tak patut! ok! tak pe... esok kalau dia masuk office, aku buat-buat tak nampak je... buat-buat tak tahu yang ada orang lain lagi kat dalam office tu.. anggap macam aku lepak seorang diri je... kalau aku buat macam tu, sure dia bengang kat aku... peduli apa! dia boleh buat... kenapa aku tak boleh buat? Dahlah aku banyak cover kerja dia dalam tempoh dia bercuti sakit tu... say thank you pun tak.... 


Nak minta bayaranlah!

Terkejut! aku pun tak tahu start bila nama aku dan Inchek Hubby jadi branding kasut... Tak percaya? tengok gambar kat bawah ni... hah! kan? aku dah cakap dah... kau tak nak percaya.... kau kata aku tipu.... tu apa? bukan nama aku dan Inchek Hubby?




























Boleh tak kalau aku nak minta bayaran? hahaha!... kalau Kak Nurul tak ajak aku pergi Subang Parade sebelum raya hari tu... sampai sekarang pun, agaknya aku masih tak tahu ada kasut yang berjenamakan nama aku dan Inchek Hubby... Hehehe!!... tapi, aku tengok... design yang ada langsung tak menepati citarasa aku.. semua nampak macam design lama...

Eh! kalau aku buka kedai kasut.. agak-agak boleh laku tak?.. hahaa... tapi, aku rasa tak mungkin... sebab aku ni tak rajin... dan, bukan seorang yang sangat penyabar... aku juga tak pandai nak melayan customer dengan penuh kesabaran... silap-silap haribulan... tak sampai sebulan, kedai dah tutup....


Tension bila ada orang suka ambil kesempatan..

Panjang tajuk... kecil hati? memang! sakit hati? ye! semuanya ada dalam kotak fikiran... sesak dada... sakit hati kan bila ada saja orang-orang di sekeliling yang suka mengambil kesempatan.. tak kisah kalau nak mencuri peluang yang ada... tapi, agak-agaklah! janganlah semua peluang yang ada kau nak kebas... 

Kau kata kau tak sihat... MC! Doktor bagi 2 hari.. Fine! aku terima yang itu... tapi, takkan sampai hari ni pun kau masih nak sambung cuti lagi? Aku pun nak cuti juga... nak rehat juga... cukup-cukuplah ambil kesempatan yang ada.. Aku dah faham sangat perangai kau... setiap kali ada cuti panjang je... mesti hari esoknya kau tak sihat... dah selalu sangat kau buat macam tu... Aku tension ok! 

Semalam, kau kata kau tak larat nak bangun... tak sihat lagi... kau tak datang kerja... tapi, tengahari tu... elok pula... boleh pula kau pergi jemput anak kat sekolah... bukankah anak kau hari-hari naik bas sekolah? hari ni pun kau kata kau tak sihat lagi.... kenapa banyak sangat alasan kau? kau tahu tak? minggu ni sepatutnya aku sedang bersenang-lenang melayan karenah anak kat rumah... tapi, disebabkan aku fikir kau tak sihat... aku gagahkan diri juga datang kerja... cancel cuti... 

Kau ingat tak dulu? time aku tak sihat... time tu juga anak kau tak sihat... aku minta tolong kau datang sebelah petang je... tolong cover... apa jawapan kau?... ingat lagi tak?.... kalau aku nak.. aku boleh buat tak tahu... aku boleh buat tak kisah... tapi, aku tak sampai hati.. dan, aku juga bukannya orang yang suka mengambil kesempatan terhadap orang lain.. walaupun kawan sendiri..........

Kau dah tahu kan semalam aku cuti... dan, kau juga tahu yang kau sepatutnya prepare senarai nama staff yang ada dalam ward hospital... tapi, boleh kau tak datang.... kau ingat aku rajin nak tolong kau selalu? tak cukup lagikah cuti yang kau apply? sepatutnya kau cuma boleh ambil cuti 29.08.2011 je... tapi, bila aku cakap aku tak cuti... terus kau sebat cuti sampai 02.09.2011... ambil kesempatan betul... dahlah kau sebat cuti tarikh tu.. minggu ni pun kau nak sebat lagi? kau nak cukupkan 2 minggu erk? agak-agaklah... dahlah time cuti sekolah pun... kau cuti.... time perayaan pun... kau juga yang sebat.... asalkan ada cuti je... mesti kau sebat... bagilah peluang kat orang lain pula nak cuti... asyik kau je... 

Aku bukan jealous... tak terniat... tapi, aku tension sebab kau selalu ambil kesempatan... terasa seolah-olah kau sedang memijak-mijak kepala.... Fine! kau mengandung eh? kalau betul kau mengandung... aku remove entry ni... sebab aku faham mengandung tu macam mana..... tapi, jangan pula mengada-ngada... kalau kau mengandung, aku janji aku remove... tapi, kalau kau mengandung dan mengada-ngada... sampai sudahlah entry ni duduk dalam ni... jangan harap aku nak remove...


Bekal... air tangan mak mertua

Lunch hari ni aku makan nasi putih, ikan goreng, telur dadar dan ikan pari masak asam pedas.. Mak mertua aku yang masak... Kakak ipar aku drop by kat office.. Kebetulan cafe pula tak buka lagi.. mak mertua aku pun ada kat rumah tolong jagakan si kakak sepanjang minggu ni... Pengasuh si kakak kan balik kampung 2 minggu... Bertuah tak aku dapat mak mertua macam itu? Hehee.. Sangat ok! dah mak sendiri duduk jauh.. kenalah menumpang sayang mak orang kan?...























Sedap! licin.. hingga menjilat jari.. hahaa... harap aku nak masak sendiri? tak tahu apa jadi nanti... masak untuk makan diri-sendiri lepaslah... nak jamu kat orang? tak berani... tak confident!... bukan tak nak belajar masak tapi aku segan... malu nak buka mulut... aku kan pemalu... kamu tahu kan?... hehee... terlepas seksa lapar hari ni... esok? cafe buka dah... tapi, aku tak kerja kot esok... lepas habis check up tu, aku nak merayau... malas nak masuk office... lemau aku duduk office 2 hari ni.... bukan ponteng ok!.. actually, aku sepatutnya cuti seminggu.. tapi, aku cancel-kan... apply untuk esok je... so, ada lagi balance cuti tu... nak kena simpan untuk bulan November nanti... aku cadang nak ambil cuti rehat sebelum bersalin tu... due 11.11.11... kalau aku tak silap tengok kalendar, 06.11.2011 tu raya haji... hari Ahad... dah sah-sah Isnin 07.11.2011 tu cuti replacement... ambil lagi 3 hari... cukuplah seminggu kan?.... duduk rehat kat rumah... manalah tahu kan tiba-tiba bersalin awal daripada jangkaan... jangan bersalin time raya haji sudah... 

Gambar raya

Ingat lagi entry yang ini? Belum baca? Hah! baik pergi baca dulu.... So, tahun ni aku beraya di Shah Alam je... beraya di rumah sendiri... tapi, bukan keluarga kecil ok! aku beraya bersama-sama dengan keluarga besar Inchek Hubby... Boleh dikatakan hampir kesemua adik-beradik Inchek Hubby beraya di rumah kami kat Shah Alam... Bukan apa! nak rasmi rumah baru je.. hehehe!.. nak juga merasa beraya di rumah sendiri... 






















Tengok! besarkan family Inchek Hubby... 1 family je yang tak de dalam gambar ni... dan, juga seorang cucu yang malu-malu nak bergambar... Orang lain semua sibuk nak bergambar... dia pula menyorok... isk..isk..isk.. rugi... Adik-beradik Inchek Hubby semuanya ada 9 orang... tapi, yang ada dalam gambar ni cuma 8 orang anak, 3 orang menantu dan 10 orang cucu.... Ramai kan?... Tahun depan, family aku pula yang tak de... hehehe!!.. tahun depan balik kampung aku ok!.... Nak tahu lebih lanjut pasal adik-beradik Inchek Hubby nu.. pergilah terjah blog dia erk.....

Seronok bila dapat jumpa keluarga besar macam ni... adik-beradik Inchek Hubby je dah menggamatkan suasana... taklah bosan sangat beraya kat Shah Alam walaupun ramai jiran-jiran dah balik kampung..... Siap boleh shopping ke Sunway Pyramid lagi ok!... bukan setakat 1 buah kereta je.. tapi 3 buah... konvoi... orang lain konvoi pergi beraya.. kami konvoi shopping..... hahaa!... tapi tu pun, tak puas nak round 1 Sunway Pyramid... gerak pun dah lewat... Sunway Pyramid kan tutup awal... 


Mood ke laut

Actually, aku sepatutnya bercuti sepanjang minggu ini... tapi, atas sebab-sebab tertentu... aku terpaksa batalkan cuti dan mulakan pekerjaanku seperti biasa... Nasib baiklah mak mertua aku nak tolong jagakan si kakak sepanjang minggu ni... pengasuh si kakak, this weekend baru balik dari Sabah... 

Walaupun aku dah start kerja.... tapi, mood aku entah ke mana.... satu kerja pun aku tak sentuh lagi... memang sangat malas... mungkin ralat kot... terpaksa masuk kerja sebab partner masuk hospital.. tak pe! kali ni, aku boleh beralah... tapi, time aku cuti nanti... jangan pula ambil kesempatan... dahlah aku tak ambil cuti raya tahun ni... harapkan cuti raya 2 hari tu je.... 

dah... jangan mengungkit.. jangan nak membangkit... kau pun banyak kerja yang nak kena settle sebelum bersalin... concentrate je dengan kerja tu.. lain-lain jangan ambil kisah... esok time kau cuti panjang.... faham-faham sendirilah.... tak de masa nak cuti dah orang tu... nak E.L pun tak sempat agaknya.... MC apatah lagi.... 

Monday blues ke Monday blur? atau aku yang lemau? bosan! 



There was an error in this gadget