PESANAN PENTING DARI PENAJA!

About Me

My Photo
RinnAzrinah
Alam Budiman, Selangor, Malaysia
I am Sabahan! 'Aku,saya,me,I,kami,kita' bagiku maknanya tetap sama..
View my complete profile

ENTRI POPULAR SEPANJANG MINGGU

Ujian Personaliti

Kau pernah buat ujian personaliti? aku? pernah! selalu.. setiap kali pergi kursus.. mesti ada ujian ni... yang ni salah-satu contoh ujian personaliti yang aku pernah buat. aku tunjuk jawapan je sebab kertas soalan ujian personaliti ni tuan penceramah dah minta balik. Dia bagi pinjam sekejap je.. Tak sempat aku nak photostat.



















Kalau kau tengok dalam gambar tu.. nampak tak kod yang aku dapat tu? alah! yang tulis ESTP tu... kod tu sebenarnya ada makna.. tapi, nanti-nantilah aku explain... sebab aku nak tunjukkan sesuatu terlebih dahulu... kalau tak, nanti kau tak faham apa yang aku explain...

Perbandingan di antara Jenis Ektroversi (Extroversion) dengan Introversi (Introversion).

Ekstroversi;

- Suka kepada kepelbagaian dan beraksi. Merasa tertarik kepada faktor-faktor luaran.
- Selalunya suka menyapa orang lain. Ramah, suka bercakap dan mudah dikenali.
- Kadang-kadang merasa tidak sabar dengan pekerjaan yang perlahan dan berpanjangan.
- Berminat untuk mengetahui bagaimana orang lain menjalankan tugas.
- Selalunya suka bercakap di telefon, perlu kepada perhubungan dan mudah meluahkan perasaan.
- Suka dengan orang lain.
- Cepat bertindak dan kadangkala tanpa berfikir.
- Berkemungkinan cenderung kepada komunikasi secara lisan berbanding tulisan. Memberi keluasan kepada kehidupan.
- Suka untuk mempelajari sesuatu yang baru melalui perbualan dengan orang lain. Berkemungkinan nampak cetek ilmu pengetahuannya.
- Memerlukan introversi untuk keseimbangan.

Introversi;

- Suka kepada ketenangan untuk penumpuan. Merasa tertekan dengan gangguan dari faktor-faktor luaran. Lebih suka kepada sumber-sumber dalaman.
- Menghadapi masalah untuk mengingati nama dan mengenal nama dan rupa. Selalunya berat mulut, pendiam dan susah untuk dikenali. 
- Menjalankan sesuatu tugas dalam jangka masa yang panjang tanpa apa-apa gangguan.
- Berminat kepada idea / konsep di sebalik kerja tersebut.
- Tidak suka kepada gangguan telefon, suka bersendirian dan suka menyimpan perasaan.
- Suka bekerja bersendirian. Berkemungkinan nampak seperti suka menyisih diri.
- Berfikir sebelum bertindak. Kadangkala tidak berfikir langsung.
- Berkemungkinan cenderung kepada komunikasi bertulis. Memberi pemikiran mendalam kepada kehidupan.
- Berkemungkinan cenderung untuk belajar melalui bacaan berbanding praktikal.

Perbandingan di antara jenis Sensing dan Intuitive

Sensing;

- Sedar tentang keunikan setiap peristiwa yang berlaku.
- Menumpukan perhatian kepada apa yang digunakan.
- Suka kepada cara kerja yang ditetapkan.
- Gemar menggunakan segala apa yang diberi.
- Bekerja berterusan, mempunyai gambaran yang realistik mengenai masa yang perlu untuk melakukan sesuatu.
- Selalunya membuat keputusan tahap demi tahap.
- Jarang ada inspirasi dan sekiranya ada, berkemungkinan tidak mempercayainya.
- Selalu berhati-hati mengenai fakta.
- Berkemungkinan sesuai dengan pekerjaan yang perlu kepada ketelitian.
- Menerima realiti semasa sebagai sesuatu yang perlu dilaksanakan.

Intuitive;

- Sedar tentang cabaran-cabaran dan kemungkinan-kemungkinan yang baru.
- Menumpukan perhatian kepada apa yang boleh dipakai.
- Tidak suka membuat kerja secara berulang-kali.
- Gemar mempelajari kemahiran-kemahiran baru.
- Bekerja tekun dan bertenaga dengan mempunyai tempoh yang lembab di antaranya.
- Berkemungkinan membuat keputusan dengan cepat.
- Mengikut inspirasi dan gerak hati.
- Berkemungkinan memperolehi faktor yang ada sedikit kesalahan.
- Tidak suka mengambil masa untuk kepersisian.
- Berkebolehan mengkomplikasikan sesuatu tugas.
- Mempersoalkan mengapa sesuatu keadaan itu seperti seadanya.

Mak aiii.... tak habis lagi ni... masih banyak perbandingan yang aku nak tunjukkan di sini... tapi, jari-jemariku agak kepenatan... So, kita sambung dalam entry yang lain pula ok!... tunggu......



0 cakap-cakap:

There was an error in this gadget