PESANAN PENTING DARI PENAJA!

About Me

My Photo
RinnAzrinah
Alam Budiman, Selangor, Malaysia
I am Sabahan! 'Aku,saya,me,I,kami,kita' bagiku maknanya tetap sama..
View my complete profile

ENTRI POPULAR SEPANJANG MINGGU

Ted Danson pengganti Ray Langston

Ingat tak aku ada buat entry pasal Dr. Ray Langston tu? Hah! kalau tak ingat, pergi baca entry itu dulu ye... Melalui sumber yang aku baca, watak beliau akan digantikan oleh Ted Danson... Siapa? tu.. yang berlakon dalam cerita Cheers tu... Tak kenal? atau.. tak ingat rupa? Tak pe! aku dah buatkan carian untuk kamu... Jangan risau... sekejap lagi aku upload-lah gambar si Ted Danson tu ye.. Sabar! (sedang memikirkan gambar tadi aku save dalam folder mana erk?.. lupa)... Hah! dah jumpa pun.... 

Ted Danson (sources : here)




























Dalam gambar ni, dia nampak macam dah tua sangat.. Aku tak tahulah sama ada aku berminat atau tidak dengan CSI : Vegas season 12 nanti... Hahha!.. apa pun, kita tengok dulu hasil lakonan beliau ye... 

Danson, 63, mengambil alih tugas Laurence Fishburne (sebagai Dr. Raymond Langston), melakonkan watak baru sebagai D.B Russel iaitu seorang lelaki yang hidup berkeluarga dengan empat orang anak dan dibesarkan dalam keluarga hipi. - sumber : utusanonline
Russel mempunyai proses unik tersendiri untuk menyelesaikan kes jenayah dan musim baru ini akan lebih ceria dengan jenaka berbanding musim sebelum ini. - sumber : utusanonline

Daripada apa yang aku baca dekat utusanonline, katanya season 12 nanti akan lebih ceria dengan jenaka berbanding dengan musim lepas...   Ok! aku tunggu.. nak juga tengok kelainannya... Season sebelum-sebelum ini kan memang nampak agak berat... time si Grissom masih ada dalam CSI lagi, kadang-kadang kes tergantung... tak de jawapan... So, kali ni... Insya Allah! aku nak tengok jugalah si Danson ni berlakon.. dia kan terkenal dengan siri komedi Cheers tu... mana tahu, memang akan ada kelainan... tak sabar pula aku nak tunggu.... hahaha!... tiba-tiba over excited.. 

Cuma, aku agak terkejut.. dalam masa yang sama, Marg Helgenberger yang memegang watak Catherine Willows pula akan meninggalkan CSI : Vegas itu... 

Marg Helgenberger (Sources : here)























Helgenberger yang melakonkan watak bekas penyelia CSI, Catherine Willows, berkata, dia telah memikirkan untuk keluar pada hujung musim lepas, namun membuat keputusan bahawa dia 'menghadapi situasi sukar untuk melepaskannya dan tidak selesai lagi melakonkan watak ini. Itu yang membuatkan dia menyambung kontrak untuk sedikit masa lagi. - sumber : utusanonline
Maknanya, season 12 merupakan season terakhir untuknya... Dengar kata, season 12 akan ditayangkan pada September ini... tapi, tu kat Amerika Syarikat... kat Malaysia? mesti lambatkan? nak tunggu lesen tayangan dikeluarkan... mesti ambil masa... silap-silap, tahun depan baru tayang kat Malaysia...   

0 cakap-cakap:

There was an error in this gadget