PESANAN PENTING DARI PENAJA!

About Me

My Photo
RinnAzrinah
Alam Budiman, Selangor, Malaysia
I am Sabahan! 'Aku,saya,me,I,kami,kita' bagiku maknanya tetap sama..
View my complete profile

ENTRI POPULAR SEPANJANG MINGGU

Setengah bulan? Bolehlah!

Semalam aku E.L.. emergency leave ok! sebab si kakak demam. Disebabkan bulan puasa, maka menghadap TV-lah aku seharian. Tapi, macam biasalah.. Channel 618! BabyTv.. nak tak nak.. bosan tak bosan.. kau kena menghadap channel ni bila duduk berdua dengan si kakak. Aku curi-curi jugalah buka lappy. Itu pun dah pukul 6 lebih. Dah nak dekat waktu iftar.. sempatlah juga buka mstaronline tu.. tiba-tiba mata tertumpu pada tajuk 'Bonus Setengah Bulan Untuk Penjawat Awam'... 

Aku pun meneruskanlah pembacaan tadi.. Setengah bulan je? Bolehlah.. janji ada.. daripada tak de langsung.. mana tahu kan kot-kot dapat balance hujung tahun pula... PM kita ni kan suka announce last minutes.. Bonus setengah bulan dengan bayaran minimum sebanyak RM500.00... Hurmmm... kalau gaji basic kau RM800.00, kau akan dapat RM500.00.. sebab itu minimum ok!... maknanya, kalau gaji basic aku RM1,200.00.. aku akan dapat RM600.00 kan?... bolehlah tu... lepaslah juga nak bayar duit kuih raya yang dah ditempah.. nak beli baju raya lagi.. bolehlah tu... Setengah bulan pun.. setengah bulanlah... bersyukurlah dengan rezeki yang tuhan berikan.. janganlah dok mengeluh tak cukup.. Nanti tuhan tarik balik nikmat yang Dia dah berikan kepada kita.. hah! padan muka... meloponglah kau kat situ...

Bukan penjawat awam je... Pesara kerajaan pun dapat juga... RM500.00... akan dibayar pada hari yang sama.. iaitu pada pertengahan bulan ini... kalau ikutkan perkiraan aku, 15/08 ni dapatlah... tapi, bulan ni kan ada 31 hari... kau try bahagi 2... sama juga jawapannya kan? Insya Allah! hari isnin minggu depan dapatlah tu... tunggu je... 24/08 pula hari gaji bagi penjawat awam.. Oklah kan? tak sempat habis bonus setengah bulan tu... itu pun, kalau kau tak cucuk dinding on time.. kalau kau dah cucuk dinding on time.. tak dapatlah nak menjawabnya... hehee......

Apa-apa pun, berbelanjalah secara berhemah sempena Aidilfitri yang akan datang ni... terutamanya kepada diri-sendiri.. maklumlah! lepas raya masih nak kena simpan duit.. prepare untuk bersalin nanti...


2 cakap-cakap:

Anarm said...

best laa dpt bonus.. takde hulur2 duit raya ke? hehe..

RinnAzrinah said...

@Anarm

untuk bebudak aje... yang besau2 x de... hahaha....

There was an error in this gadget