PESANAN PENTING DARI PENAJA!

About Me

My Photo
RinnAzrinah
Alam Budiman, Selangor, Malaysia
I am Sabahan! 'Aku,saya,me,I,kami,kita' bagiku maknanya tetap sama..
View my complete profile

ENTRI POPULAR SEPANJANG MINGGU

Puasa yang tidur!

Time awal-awal preggy dulu, asyik nak tidur je.. Tak kira siang malam.. Kalau dapat tidur, itu memang nikmat. Tapi, bila dah masuk 2nd trimester tu.. aku dah kurangkan dah aktiviti tidur siang malam tu.. Apa yang menjadi masalahnya sekarang, lepas berbuka puasa.. sebaik sahaja habis solat maghrib, confirmed! aku mesti terlena.. Nak kata pembawaan baby.. tak mungkin! Lena sebab kepenatan berpuasa kot... ataupun, sebab kekenyangan? Hahaha! 

Bila Inchek Hubby dah pergi solat terawikh kat surau.. maka, tinggallah aku dengan si kakak berdua.. Entah apa yang dia buat aku pun tak tahu.. Mengantuk yang amat.. Sangat terduga ok! Niat di hati tak nak tidur lagi.. tapi, mata memang tak boleh tahan.. terlena juga aku.. sebelum terlena tu, aku sempat tukar channel 618.. favorite channel si kakak.. apa lagi? babytv-lah! Layanlah seorang. Tak de siapa kacau. Tak de siapa nak berebut. 

Kenapa erk? bila masuk bulan Ramadhan je.. mesti badan terasa letih.. padahal aktiviti kita di siang hari sama je. Mungkin sebab kita tak makan kot.. Itu yang menyebabkan kita jadi longlai tak bersemangat.. Asyik nak tidur je.. Macam aku yang preggy ni.. lagi teruk.. kalau sebelum bulan Ramadhan, asyik menjamah makanan je kerjanya.. dah masuk bulan Ramadhan ni, sekejap-sekejap mesti perut berbunyi.. Bukan aku yang lapar tapi baby dalam perut ni yang lapar.. Kesian baby! nak buat macam mana kan? dah mama dia berpuasa. Tapi, Inchek Hubby dah pesan awal-awal. Kalau tak larat nak puasa, makan je.. 

Insya Allah! kalau aku larat, aku akan try untuk berpuasa penuh.. tapi, kalau aku tak larat... kena gantilah nanti.. Memang tidak diwajibkan berpuasa bagi ibu yang mengandung dan meyusukan bayi. Kalau boleh puasa tu, puasalah.. Jenuh aku nak membayarnya nanti.      

Eh! tengahari ni tak de pula rasa nak tidur. Mengantuk pun tidak.. Malam nanti confirm punyalah mesti aku terlena juga.. macam malam-malam yang lepas.. Bila hari tak puasa, tak de pula aku tidur awal..  



0 cakap-cakap:

There was an error in this gadget