PESANAN PENTING DARI PENAJA!

About Me

My Photo
RinnAzrinah
Alam Budiman, Selangor, Malaysia
I am Sabahan! 'Aku,saya,me,I,kami,kita' bagiku maknanya tetap sama..
View my complete profile

ENTRI POPULAR SEPANJANG MINGGU

Perihal bonus yang tak seberapa..

Ini bukan cerita pasal kacang soya jenama bonus tu.. Ini kisah benar yang berlaku pada diri aku.. Macam yang semua orang tahu, penjawat awam sudah pun menerima bonus pada hari semalam... Apa yang aku tahu dan kamu tahu... penjawat awam akan menerima setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500.00. So, berdasarkan angka di bawah... setelah dibahagi 2, bukan amaun itu yang aku layak dapat... 















Katanya setengah bulan gaji? maksudnya gaji basic bahagi 2 kan? Setahu aku, kalau 1,219.66 dibahagi dengan 2, jawapannya adalah ...... (sila isi tempat kosong).. tapi, macam mana boleh keluar angka 510.01 tu? Salah siapa? silap siapa? kalkulator yang silapkah? atau, kau kira guna sempoa?....tak pun, guna jari erk?.. maklumlah! setelah ditambah bilangan kesemua jari-jari yang ada, kita cuma ada 20 batang jari je.... tak cukup! nak pinjam jari orang sebelah.. dia pun tengah mengira juga.... Kau nak salahkan siapa? takkan kau nak salahkan aku pula? bukan aku yang buat silap... anyway, aku tunggu balance duit tu masuk minggu depan... Kalau tak masuk juga, memang nak kena amuklah jawabnya...

Person In-Charge ni nak kena sekolahkan balik ni... macam mana boleh silap.. kalau aku seorang je yang kena... oklah! tapi, ramai juga rupanya yang terkurang duit bonusnya... walau pun tak banyak mana... duit juga tu wei.... lagi-lagi nak pakai raya.... Kalau duit bonus yang aku dapat tu ribuan ringgit.. aku tak hairanlah kau salah kira... tapi, duit bonus yang tak seberapa tu pun kau boleh salah kira... 


9 cakap-cakap:

mr_mrs mikko said...

a ah kaaan!
kadang2 terus main rambang saja kasi bundar.. rupanyaa ada yg slh dorg kira. ewah2! ni kalo smua mcm tu, x sama macam d janjikan la tu.

HAFIZAL said...

kira betul2...tu mungkin ada kena tolak kwsp ker apa ker....tya lah orang yg berkenaan

RinnAzrinah said...

@mr_mrs mikko

actually, setiap jabatan ade pusat tanggungjawab memasing... so, yg silapnya adalah pusat tanggungjawab jabatan di mana akak bekerja la... kalo dibundarkan pun.. jumlah tetap x same...

RinnAzrinah said...

@HAFIZAL

aku bukan pencarum KWSP.. da lame da aku blanjekan duit KWSP tuh.... da confirmed da smlm.. mmg depa mengaku depa silap masa pendataan... aku saja je kasi up ini cerita... hehe

dzafira said...

Boleh plak silap kira macam tu eh.. Tak tersengaja la tu kira gaji orang lain.. Kalau gaji sendiri kira betul2 plak..

RinnAzrinah said...

@dzafira

nampak sgt keje x de sistematik...

Tanakwagu said...

wah bagusnya dpt bonus..stok tuk raya tingggal 2 minggu lg

*komen anda dibalas
http://www.cakap2u.info/2011/08/patutlah-aku-gagal.html#comments

cikgu isza said...

duit bonus dah tinggal suku..
kena semak tu..
apa-apa yang tak kena agaknya..

RinnAzrinah said...

@cikgu isza

kesilapan teknikal katanya...

There was an error in this gadget