PESANAN PENTING DARI PENAJA!

About Me

My Photo
RinnAzrinah
Alam Budiman, Selangor, Malaysia
I am Sabahan! 'Aku,saya,me,I,kami,kita' bagiku maknanya tetap sama..
View my complete profile

ENTRI POPULAR SEPANJANG MINGGU

Mangsa Lemas Akibat Terlebih Dos!

Gambar ni aku simpan dah lama. Dari tahun lepas lagi. Tapi, tak de masa nak upload dan update dalam blog. Hahaha! tak de masa konon. Padahal dah lupa. Tak ingat letak dalam folder mana. Nampak tak apa yang ada dalam gambar tu? Tu! yang terapung tu! Nampak? Nampak? Siapa tak nampak pendek umur.. Itu Pak Belalang yang kata..






























Tak nampak juga? Ok! aku close-up sikit. Hah! nampak tak? Ada mangsa lemas ok! ni mesti terlebih dos ni.. Nasib baik aku nampak. Kalau tak, peratusan tahap keterlupaan aku mesti makin bertambah.. Makan kicap semut.  




























Aku kan pencinta kicap. Mana boleh tinggal.. Hahaha!.. Kak Nurul pun sama ok! hantu kicap. Kejadian lemas ni pun berlaku depan mata kami juga. Benda terapung itu sebenarnya adalah sang semut. Pelik juga! macam mana semut boleh masuk dalam itu botol kicap? Mesti staff kat canteen tu tak check betul-betul. Tengok! dah terlepas seekor ke dalam botol tu. Seekor tu yang kami nampak...yang kami tak nampak? silap-silap dah selamat berenang-renang dalam perut.. 

Kau agak lepas kejadian lemas ni... kami serik tak nak minta kicap? No! No! No! tak serik... dan, tak akan serik. Tak sedaplah makan kalau tak de kicap. Tapi, kali ni.. kalau nak minta kicap, kami akan check betul-betul.. pastikan tiada bendasing yang berada dalam botol kicap.. Silap-silap haribulan, botol kicap tu pun suruh staff tu basuh dulu sebelum serve. Cerewet sangat? Bukan pasal cerewet atau apa.. tapi, kebersihan ok! Macam-macam penyakit muncul sekarang ni. Bukan calang-calang penyakit. Siap boleh bawa maut. So, apa salahnya kita berhati-hati kan? 

Sekarang ni je aku tak makan kicap.. Bukan sebab kejadian itu. Tapi, sebab doktor tak bagi aku makan atau minum sebarang jenis produk soya.. termasuklah kicap. Katanya, soya boleh menghalang pertambahan darah. Maklumlah! aku kan wanita preggy.. So, produk tersebut tidak sesuai untuk aku buat masa ini.  Bukan serik ok! 




4 cakap-cakap:

Nazri Razra said...

Abe yakin semut tu mati dalam keadaan senyum sebab kenyang ngan kicap

pu3mawar said...

kicap kat cafe bawah ek...? seb baik dapat kesan.. kalo tak lupa semedang...

RinnAzrinah said...

@Nazri Razra

hahaha!... agaknye...

RinnAzrinah said...

@pu3mawar

cafe kat menara 2 la kak... x kan x hengat?

There was an error in this gadget