PESANAN PENTING DARI PENAJA!

About Me

My Photo
RinnAzrinah
Alam Budiman, Selangor, Malaysia
I am Sabahan! 'Aku,saya,me,I,kami,kita' bagiku maknanya tetap sama..
View my complete profile

ENTRI POPULAR SEPANJANG MINGGU

Kek Batik...

Memandangkan hari ni hari Khamis.. dan, diwajibkan memakai baju batik kepada mereka yang bekerja dengan kerajaan.. So, aku ingin mengambil kesempatan ini untuk berkongsi hasil resipi yang aku dari Hasue @ sue-hasue.blogspot.com sebab aku tak pakai baju batik hari ni.. cutting lari.. hehehe!... kongsi resipi kek batik pun jadilah...























Ok! bahan-bahan yang diperlukan adalah;

200g milo
250g marjerin
3 sudu makan serbuk koko
1 tin kecil susu pekat manis
biskut marie

Cara-cara membuatnya;

Mula-mula sekali cairkan marjerin dalam kuali dengan api yang kecil. Setelah cair, masukkan pula susu dan milo.. Sedikit demi sedikit. Kacau hingga milo hancur (guna hand mixer). Kemudian, masukkan serbuk koko. Kacau hingga tidak berketul-ketul lagi.. Setelah pekat dan kerak halus terbentuk, bolehlah padamkan api.. Susunkan biskut marie ke dalam loyang dan selang-selikan dengan adunan cokelat tadi... Sebelum itu, lapik dengan plastik terlebih dahulu agar kek mudah dikeluarkan.. Biarkan semalaman.. Nak simpan dalam peti ais dulu pun boleh.. 

aku ikut resipi ni 100% ok! tak de edit-edit... bila dah sejuk, perghh!!.... teksturnya sama macam cokelat cloud9 tu.. Wah! agak-agak percubaan pertama aku ni berjaya ke tidak? Si kakak pun suka.. asyik minta je..  Nak kek biskut katanya... hahaha!.... 

Sejak preggy ni, aku memang sangat rajin nak try buat kek ataupun kuih.. Bila dah buat, menjadi... teringin nak buat lagi... tapi, kalau masak lauk-pauk... 100 kali try pun, belum tentu lulus... Aku pun tak tahu di mana silapnya... 


2 cakap-cakap:

pinky_liscious said...

ooo kamu buat sy lapa ngan entry kamu ni...

RinnAzrinah said...

@pinky_liscious

Hahaha!.... sorry!... da petang2 mcm nih.... elok sgt post entry makanan...

There was an error in this gadget