PESANAN PENTING DARI PENAJA!

About Me

My Photo
RinnAzrinah
Alam Budiman, Selangor, Malaysia
I am Sabahan! 'Aku,saya,me,I,kami,kita' bagiku maknanya tetap sama..
View my complete profile

ENTRI POPULAR SEPANJANG MINGGU

Kad Raya pertama tahun ini

Aku dah dapat dah kad raya yang pertama untuk tahun ni... Daripada salah-seorang rakan facebook.. merangkap rakan twitter.. yang juga bekas rakan sekementerian... hahaa! Katanya balasan kad raya tahun lepas... Tak sempat nak hantar... Maklumlah! dia terima kad raya yang aku kirim tu lepas raya... Sabar je lah....





























Sweet je aku tengok kad raya ni.. Putih suci je... Hahaha!... Actually, bukan harga yang kita pandang... bukan reka bentuk juga yang kita pandang.. Apa yang penting, ketulusan si pengirim... Nostalgia beb! Kalau zaman sekolah dulu, aku simpan ok! kad raya yang dah lekat tahun-tahun sebelum tu pun, aku cabut balik dan simpan dalam kotak kasut... Tak tahu sama ada kad raya tu ada lagi atau tidak.. Yalah! parents aku kan dah pindah rumah yang agak selesa sikit dari yang dulu.. Pindah pun dah lama... dah masuk 4 tahun rasanya... Mereka pindah sebelum aku kahwin.. Aku kahwin pun dah 3 tahun lebih... Betullah tu... aku pasal kira-mengira ni malas sikit... Mesti kotak kasut tu pun dah tercicir mana-mana entah...

Dulu-dulu, time aku baru kerja kat semenanjung ni... parents aku rajin juga kirim kad raya untuk aku... tapi, sejak akhir-akhir ni... tak de lagi kad raya yang aku terima... maklumlah! masing-masing dah ada handphone.. semua main hantar SMS atau MMS raya je.... tak best! Aku nak juga kad raya tu... Ucapan SMS atau MMS tu bukan boleh simpan lama-lama pun.. kalau handphone rosak? Hah! dah tak de dah ucapan-ucapan semua tu... Hilang! Tak de sentimental value langsung... Kalau kad raya macam dulu-dulu tu, boleh juga aku baca balik time boring... Kadang-kadang boleh buat aku senyum..sengih seorang diri... Lagi-lagi kalau baca kad raya zaman sekolah rendah dulu... mesti ada 'pecah kaca pecah gelas, habis baca harap balas'... hehee... tak pun, 'pecah kaca pecah tong, habis baca harap gantung'... lepas tu lekat duit 5 sen.. Nostalgia wei..... mana nak dapat sekarang? 

Aku selalu juga dapat kad raya online tu... Member-member selalu bagi... tapi, bila buka balik untuk tempoh yang agak lama.... dah tak boleh dah... Hah! tengok! itulah beza antara kad raya online dengan yang manual... Dari segi design, memanglah kad raya online tu lebih creative... lebih cantik daripada yang biasa... tapi, tiada sentimental value di situ.... Kadang-kadang, kau boleh print out kad raya online tu.. tapi, kalau yang guna flash tu? kau nak print macam mana? statik je... 


0 cakap-cakap:

There was an error in this gadget