PESANAN PENTING DARI PENAJA!

About Me

My Photo
RinnAzrinah
Alam Budiman, Selangor, Malaysia
I am Sabahan! 'Aku,saya,me,I,kami,kita' bagiku maknanya tetap sama..
View my complete profile

ENTRI POPULAR SEPANJANG MINGGU

Segmen Lagu Raya : Dari jauh ku pohon maaf!

So sad! siapa suruh pasang lagu raya awal-awal? Kan padan muka! Bukan aku yang pasang ok! akak kat sebelah ni yang pasang.. Aku tumpang dengar je... 

Dalam dingin subuh hatiku terusik
Kenang nasib diri di rantauan
Bergema takbir raya menitis air mata
Terbayang suasana permai desa
Rindu hati ini inginku kembali
Pada ayah bonda dan saudara
Tetapi aku harus mencari rezeki
Membela nasib kita bersama
Hanya ku sampaikan doa dan kiriman tulus ikhlas
Dari jauh kupohonkan ampun maaf
Jangan sedih pagi ini tak dapat kita bersama
Meraikan aidil fitri yang mulia
Restu ayah bonda kuharap selalu
Hingga aku pulang kepadamu
Restu ayah bonda kuharap selalu
Demi anakmu yang kini jauh

Kalau kau jadi aku.. mahu kau tak melalak? Dahlah mak bapak jauh di seberang laut... tahun ni pula tak balik.. menangislah kau... Lagu ni feeling lebih kalau Sudirman yang nyanyi.. Kalau orang lain nyanyi... aku tak feeling langsung..

Bukan aku sengaja tak nak balik kampung.. tapi, memandangkan time nak raya tu kandungan aku baru mencecah usia 7 bulan.. doktor pun tak bagi naik kapal terbang... takut terberanak pula kat dalam tu.. lagi jadi 1 beban kat syarikat penerbangan nak bagi penerbangan percuma seumur hidup untuk aku dengan baby nanti... Hahaha!!... keuntungan di pihak aku tapi satu kerugian kepada mereka. Memang patutlah mereka tak bagi wanita mengandung naik kapal terbang kan? Kos tu.. kos...

Tahun ni memang aku tak dapat nak balik beraya di kampung.. memang sepatutnya tahun ni turn beraya di kampung aku.. tapi, disebabkan keadaan yang tidak mengizinkan.. postpone tahun depan.. Tahun ni 1st time beraya di rumah sendiri... Family In-laws pun beraya di rumah kami juga rasanya tahun ni... Insya Allah!... Dan, yang agak menyedihkan... sehari sebelum raya tu, aku masih lagi bekerja... if, 02/09 tu tak diisytiharkan sebagai cuti umum... pun aku kena bekerja juga.... tapi, aku akan mula bercuti pada 05/09 hingga 09/09/2011 kerana ketiadaan pengasuh si kakak... pengasuh si kakak balik kampung for two weeks. Tak pe! tahun depan giliran aku pula nak cuti... aku tak kira! aku nak juga cuti sebelum dan selepas raya... Nak balik kampung tu.. Dahlah aku bukannya selalu balik kampung... Dahlah tambang pun mahal... lainlah kalau kampung aku tu boleh pergi balik tiap-tiap minggu naik kenderaan darat... Kalau bos tak bagi aku cuti sebelum dan selepas, memang nak kena amuk juga tu... Kiranya tahun ni, tahun ketiga aku tak beraya di kampung... So, kena consider sikitlah.... Kalau tak, memang aku report ke JPA.... Janganlah treat aku seolah-olah aku ni anggota beruniform... Kalau anggota beruniform tu.. lainlah kisahnya... kerja time raya pun tak pe.... ada allowance hours... aku? apa ada?... nak claim OT pun tak boleh... mana boleh........



2 cakap-cakap:

Pojiepooh Abdullah said...

sedihnyaaaaaa......
nasib baiklah bakal bini aku Klang jer, aku pun JOhor..
nasib baik aku dah apply cuti siap2..

RinnAzrinah said...

@Pojiepooh Abdullah

keje kat dept lain x de payah cam gini... kat cnie jer cam hape...

There was an error in this gadget