PESANAN PENTING DARI PENAJA!

About Me

My Photo
RinnAzrinah
Alam Budiman, Selangor, Malaysia
I am Sabahan! 'Aku,saya,me,I,kami,kita' bagiku maknanya tetap sama..
View my complete profile

ENTRI POPULAR SEPANJANG MINGGU

Check up 10/08/2011

Hari ni la tu... Aku punya appointment pukul 8.00 pagi tapi aku dah tercongok kat depan pintu klinik seksyen 7 tu seawal jam 7.00 pagi.. Eh! belum pukul 7.00 lagi aku dah sampai... Semangat.. Hahahaa! taklah... aku memang kena keluar pagi-pagi subuh sebab Inchek Hubby kena masuk kerja sebelum pukul 7.10 pagi... kerja dengan company Jepun kan? biasalah tu... kepimpinan melalui tauladan... Bos kena datang awal... baru anak-anak buah boleh respect... berlainan pula dengan resam kita di Malaysia ni.. Kau pergilah mana-mana jabatan kerajaan... anak buah yang kena tunggu bos.. lebih-lebih lagi kat tempat aku berkhidmat sekarang ni... 

Ok! berbalik pada cerita check up tadi... 


6th check up; today.

Ujian;
ALB - M
Gula - B
Hb(gm%) - 10.0

Pemeriksaan;

Berat badan (kg) - 52.6
Tekanan darah - 99/68
Ederma - -/-

Jangkamasa;
Tempoh hamil (minggu) - 27/52
Tinggi rahim (sm) - 28

Janin;
Kedudukan / presentasi - FPF
Jantung - + 149
Gerak - +

Next appointment pada 07/09/2011... lepas raya... time tu aku tengah cuti seminggu.. pengasuh si kakak balik kampung.. 2 minggu.. 

Alhamdulillah! Hb aku dah naik.. 10.0.. Nurse pun tak banyak songeh dah.. tak banyak soal.. lagi pun, dia nak marah apa kan? Dah aku memang ada thalasaemia.. darah tu tetap macam itu juga.. makanlah apa pun.. pantanglah apa pun.. sama juga resultnya kan? memandangkan aku ada thalasaemia, appointment aku dilanjutkan jadi sebulan.. so, aku tak perlu nak datang 2 minggu sekali.. penat kau! dah tak de apa yang nak dimonitor. Monitor pun sama juga... hehehe!... 

Dalam tempoh seminggu sebelum today punya check up, aku dah langgar pantang sebenarnya.. Kan doktor tak bagi aku minum soya.. teh.. tapi kan... hari tu kan...  aku dah minum soya... soya campur cincau... hehehe!... lepas tu kan... time sahur tadi kan... aku... aku kan.. dah makan telur dadar dengan kicap... tapi, aku tak cakap dengan nurse... takut! nanti dia marah... hehee... Ya lah! aku pantang pun, sama je.. tak pantang pun sama je... 





0 cakap-cakap:

There was an error in this gadget