PESANAN PENTING DARI PENAJA!

About Me

My Photo
RinnAzrinah
Alam Budiman, Selangor, Malaysia
I am Sabahan! 'Aku,saya,me,I,kami,kita' bagiku maknanya tetap sama..
View my complete profile

ENTRI POPULAR SEPANJANG MINGGU

BUKAN DELUSI III

Bukan delusi I
Bukan delusi II

Apakah mimpi ini sekadar mimpi? Atau, gangguan tidur semata-mata?...

*******************************************

Mengapa aku perlu mengalami semua ini? Mengapa mesti aku? Apakah makna di sebalik mimpi-mimpi itu? Ya Allah! kau berilah aku kekuatan.. Kau tunjukkan aku kebenaran di sebalik semua yang mengganggu lenaku ini.. Aku seperti tidak sanggup mengharunginya lagi.. 

Siapa lelaki berjubah putih itu? Apa kaitannya dengan selendang keemasan itu dengan diriku? Apa perlunya aku dijaga oleh orang-orang itu? Aku tidak pernah mengenal mereka. Aku tidak pernah tahu dari mana mereka datang. Mereka datang dan pergi begitu sahaja. Tanpa sebarang petunjuk. Arghh! kepalaku bertambah sakit memikirkan mimpi-mimpi itu. 

Mulai saat itu, hidupku seolah-olah tidak tenteram. Ada sahaja yang datang mengganggu. Apakah itu yang dikatakan sebagai gangguan iblis? Aku tidak pasti! Apa yang aku lakukan, terasa diri sedang diperhati. Cuma. tidak ternampak dengan mata kasar. Aku mula pengsan. Tidak sedarkan diri. Berulang-kali keadaan itu berlaku. Anehnya, bila dibawa ke hospital.. doktor yang merawatku tidak dapat memastikan apakah penyakitku. Aku sendiri berasa hairan. Sejak mengalami mimpi-mimpi itu, kepalaku sering sahaja sakit. Dek kerana tidak mampu menahan kesakitan, aku pernah menghantukkan kepala ke dinding. Dengan harapan agar kesakitan itu segera beredar. Tapi, ia tetap berterusan begitu. Aku juga bertindak menarik-narik rambutku. Terasa sedikit lega bila berbuat demikian. Cuma, terkejut melihat segumpal rambut berada di genggaman. Perasaan terkejut itu datang hanya seketika. Aku cuba menarik rambutku sekali lagi. Kali ini di bahagian lain pula. Bukan di tempat yang sakit itu. Tiada sehelai rambut pun yang tercabut. Aku kehairanan seketika tapi rambutku tetap berterusan dicabut. Habis botak rambutku di bahagian yang mengalami kesakitan itu. Memang lega sebenarnya. 

Selang beberapa minggu, sepatutnya anak rambut akan naik mencacak di atas kepala. Tapi, tiada! Malah, kesakitan itu beralih ke tempat yang lain pula. Keadaan yang sama terus berlaku. Rambut di bahagian yang mengalami kesakitan itu gugur sendiri. Aku malu! aku memiliki rambut yang panjang dan lurus tapi botak. Sangat malu. 

Suatu masa, aku pengsan lagi. Aku dibawa ke hospital. Kali ini aku terpaksa dimasukkan ke dalam wad bagi membolehkan para doktor mengesan apakah sebenarnya yang berlaku. Aku tak boleh bangun. Bila aku cuba memaksa diri untuk bangun dari katil, pandanganku menjadi gelap. Dan, aku jatuh lagi. Terjelepok di lantai. Melihat keadaan itu, aku sangat-sangat memerlukan seseorang untuk membantu melancarkan pergerakanku. Mama. Ya! mama yang menemani aku sepanjang berada di hospital. Dialah yang memapahku jika ingin ke tandas. 

Sesuatu telah berlaku semasa aku berada di dalam tandas. Aku bukan sahaja membuang najis cair berwarna kehitaman. Tapi, juga muntah! Muntah yang berwarna kehitaman. Aku sempat membersihkan diri. Dan, terus jatuh lagi. Terjelepok! pengsan di situ. Sedar-sedar, aku sudah berada di atas katil. Ya Allah! aku terseksa dengan keadaan ini. 

Keesokkan hari, aku dibawa berjumpa pakar mata. Mungkin, mereka sudah kehabisan punca. Masih tidak berjaya mencari apa sebenarnya penyakitku. Di dalam bilik itu, pandangan mataku diuji. Hasil pemeriksaan itu, aku disahkan rabun! Aneh sekali aku rasa. Perlukah aku mengalami kejadian-kejadian pelik semata-mata kerana rabun? Aku sudah mula merasa sesuatu yang lain sedang berlaku dalam diri. Ya! aku dapat melihat apa yang tidak patut dilihat oleh pandangan mata kasar manusia biasa. Sesuatu yang tidak pernah aku bayangkan sebelum ini. Terbukakah hijab? Allahualam! 

Rabun di alam nyata tapi tidak di situ.  

bersambung..........





0 cakap-cakap:

There was an error in this gadget