PESANAN PENTING DARI PENAJA!

About Me

My Photo
RinnAzrinah
Alam Budiman, Selangor, Malaysia
I am Sabahan! 'Aku,saya,me,I,kami,kita' bagiku maknanya tetap sama..
View my complete profile

ENTRI POPULAR SEPANJANG MINGGU

Buah melaka

Buah Melaka atau dikenali juga dengan nama Onde-onde.. 1st time aku buat ni... tapi, Inchek Hubby kata aku punya buatan sama macam orang jual kat kedai... gula melaka sikit.. kedekut katanya... Hahaha!























Dahlah inti sikit... kecil pula... katanya lagi... Takkan aku nak buat sebesar-besar mulut aku ni... nanti si kakak pun nak makan juga... So far, Inchek Hubby kata sedap jugalah... Nasib baik dia cakap sedap.. kalau tak, aku mogok tak nak try lagi lepas ni... Hahaha!....

Ok! bahan-bahan nak buat buah Melaka a.k.a Onde-onde ni senang je... tak susah.. cuma perlu sedikit kesabaran... hahaha... Adalah cerita di sebaliknya tu... kalau aku rajin, nanti aku share... kalau tak, tak de share-share jawabnya ye...

2 cawan tepung pulut - aku tambah sikit tepung gandum sebab terlebih air..
air - agak-agak sampai tepung tu boleh dibentuk.. 
pewarna hijau - aku tak pakai pandan sebab tak de depan mata..
gula melaka - dihancurkan ok!
kelapa parut
secubit garam

Nak buat kuih ni senang sebenarnya.. cuma, bagi aku yang 1st time buat ni... nampak sangat leceh... Mula-mula sekali, masukkan tepung pulut ke dalam bekas, kemudian tuangkan sedikit air.. masukkan juga pewarna hijau... Lepas tu, kau uli sampai jadi doh... ambil sedikit adunan tepung yang dah diuli tadi.. gentel dan bentukkan ia menjadi bulat dan leper.. letakkan gula melaka di tengah-tengah... dan, bentuk semula menjadi bulat-bulat... Dalam masa yang sama, panaskan air dalam periuk... Bila dah mendidih, masukkan adunan yang telah siap tadi... Macam aku, gentel satu, terus masuk periuk... kalau kumpul banyak-banyak nanti melekat pula... lagi tension... Nak tahu dah masak atau belum? Kalau tak timbul-timbul lagi tu, maknanya belum masak lagi.. Kalau dah timbul tu, dah masaklah tu....

Dalam bekas yang berasingan pula, gaulkan kelapa parut dengan garam tadi... ketepikan seketika... Bila dah masak, angkat dan letakkan di atas kelapa parut tadi... biarkan seketika sehingga airnya kering... Air pun dah kering, bolehlah digaulkan dengan kelapa parut tadi... Nak makan panas-panas boleh.... hahaha!... kau try-lah! Mahu terbakar anak tekak kau... Tunggu sejuklah dulu... baru boleh makan....


0 cakap-cakap:

There was an error in this gadget