PESANAN PENTING DARI PENAJA!

About Me

My Photo
RinnAzrinah
Alam Budiman, Selangor, Malaysia
I am Sabahan! 'Aku,saya,me,I,kami,kita' bagiku maknanya tetap sama..
View my complete profile

ENTRI POPULAR SEPANJANG MINGGU

Apakah kata maaf akan menyelesaikan masalah?

Maaf! tajuk entry kali ini agak panjang. Berbeza dengan entry-entry terdahulu. Sebenarnya, aku ambil terus keywords yang ada dalam statistik blogger.com. Tanpa edit. Aku sebenarnya tertarik dengan keywords tersebut. Kalau ada orang lain yang bertanya kepadaku soalan ini... Aku dengan penuh keyakinan akan menggelengkan kepala. Aku benar-benar tidak yakin untuk menjawab pertanyaan itu. Jika kamu ditanyakan soalan sebegini, apakah jawapan yang mampu kamu berikan? 











Sememangnya agak mudah untuk melafazkan perkataan maaf. Tapi, mampukah kata-kata kemaafan itu diterima dengan hati yang tulus ikhlas? Mulut mengatakan maaf, namun hati seperti tidak ingin memaafkan. Nampak tidak seiringkan antara kata lidah dan kata hati? Itulah yang berlaku. Lebih-lebih lagi, kita cuma manusia biasa. Tidak seperti Rasulullah S.A.W yang telah disucikan hatinya oleh Allah S.W.T.

Kadangkala, kata-kata maaf juga sudah dihulur. Dan, huluran itu bersambut. Cuma, mampukah hati melupakan apa yang telah berlaku? Tidak mungkin! kerana aku sendiri tidak mampu memaafkan orang itu. Orang yang telah menyakitkan hatiku. 

Jika berdosa kepada Allah S.W.T. tadahkan saja kedua telapak tangan. Hulurkan saja kata-kata pujian kepada-Nya. Sulami dengan keikhlasan di jiwa. Insya Allah! keampunan akan kau perolehi. Tapi, jika berbuat dosa sesama manusia.. selagi perbuatanmu itu tidak dimaafkan, bawalah bersama dosa-dosamu itu hingga ke mati. Ya! aku tidak pernah mahu memaafkan 2 orang itu. Siapa mereka? Mengapa aku membenci mereka? Mengapa aku tidak ingin memaafkan mereka? Biarlah terus menjadi tanda-tanya. Cukup hanya aku dan mereka sahaja yang tahu.. Terlupa! tuhanku juga tahu.  

Apakah kata maaf akan menyelesaikan masalah? Jawapannya jika ditanyakan sekali lagi kepadaku. Dengan yakin aku akan menjawab tidak! Ya! kata-kata maaf tidak mampu menyelesaikan sengketa kerana hati kita lain-lain. Aku begini. Dan, kau begitu. Mereka pula? Tepuk dada tanyalah iman masing-masing. 



0 cakap-cakap:

There was an error in this gadget