PESANAN PENTING DARI PENAJA!

About Me

My Photo
RinnAzrinah
Alam Budiman, Selangor, Malaysia
I am Sabahan! 'Aku,saya,me,I,kami,kita' bagiku maknanya tetap sama..
View my complete profile

ENTRI POPULAR SEPANJANG MINGGU

Ambuyat..

Siapa ada tengok Nona 2 minggu lepas? Nona ada tunjuk cara-cara nak masak dan makan ambuyat ni.. Gila! membuatkan aku teringatkan kampung je... Dah lama aku tak makan ambuyat ok!... nak makan kena tunggu my mom datang sini... harap-harap dia ada bawa...






















Cuma 1 je yang kurang... dalam Nona tu, dia tak cakap pun pasal buah bambangan... mungkin bukan musim kot... Makan ambuyat ni kalau tak cicah dengan kuah bambangan.. tak kick! boleh je nak cicah dengan kuah apa pun... janji mesti sedap dan pedas... hehehe... tapi, tekak aku lebih berselera makan ambuyat ni kalau cicah dengan kuah bambangan.. Bila dah makan... sure tak ingat orang lain dah... concentrate! hahha!...

Memang gila! time puasa ni kau cerita pasal ambuyat... tengah buyong pula tu.. tak agak-agak.. Tapi kan... kalau kat kampung, kami selamba je makan ambuyat time sungkai... Sungkai? bukan Sungkai kat Perak tu... kat Sabah ni, iftar atau berbuka tu kami panggil sungkai.... dalam bahasa Inggerisnya pula, break fast... Ada faham? 

Mama..... datang sini jangan lupa bawa sagu..  dalam pantang boleh je makan... tak de effect pun... cuma jangan cicah dengan kuah pedaslah... kalau ada jeruk bambangan pun, bawalah sekali.. tak boleh makan time berpantang tapi masih boleh simpan dalam peti ais kan.. 

0 cakap-cakap:

There was an error in this gadget