PESANAN PENTING DARI PENAJA!

About Me

My Photo
RinnAzrinah
Alam Budiman, Selangor, Malaysia
I am Sabahan! 'Aku,saya,me,I,kami,kita' bagiku maknanya tetap sama..
View my complete profile

ENTRI POPULAR SEPANJANG MINGGU

Batang buruk @yanmie

Hari tu aku ada order batang buruk Sabah daripada @yanmie... So, inilah balang-balang berisi batang buruk tu... Actually, si @yanmie kata dah pos hari Sabtu 2 minggu lepas kalau tak silap aku.. Isnin tu dah dapat dah... Tapi, disebabkan aku guna alamat rumah... dan, rumah pula tak de orang... posmen tu tinggalkan slip je untuk aku... dengan pesanan 'sila ambil dalam tempoh 14 hari daripada tarikh serahan'.... Hari Sabtu berikutnya baru aku pergi collect kat pejabat pos kat Glenmarie tu... 























Si kakak punya excited!... dapat je kotak terus suruh buka.. macam tahu je dalam tu ada kuih raya... Dahlah suruh buka... siap cakap 'mama.. biskut'... hehee.. Aku tak rasa lagi batang buruk ni... tapi, aku tengok si kakak bukan main berulang makan... nak lagi... nak ini... sedaplah tu kan?... aku nak minta resipi kat @yanmie tapi dia tak nak bagi... katanya resipi warisan turun-temurun... tak boleh nak share... hahaha!!...

1 balang aku hantar kat kampung... bagi kat mak aku... 1 balang lagi aku simpan untuk raya... kena sorok dari pandangan mata si kakak.. tak boleh tunjuk kat dia... nanti dia nak lagi.. bukan nak berkira pasal makan.. tapi, si kakak tu tengah batuk... batang buruk ni kan ada serdak.. nanti tak elok-elok pula dia.... tu yang nak kena sorok tu....

Tak pe! malam raya nanti aku try.. kalau sedap... boleh order lagi kat @yanmie... hehehe... dekat je.. bukan jauh mana pun rumah si @yanmie tu.... Klang je... hehee... susah-susah, pergi serbu je rumah dia terus... hahaa!...


Wau dan Sunway Pyramid

Last week, kan kami sekeluarga pergi jalan-jalan cuci mata kat Sunway Pyramid... Ada sesuatu yang buat aku tertanya-tanya... bukan aku saja... tapi, Inchek Hubby juga... Ke mana saja kaki melangkah... mesti ada wau.. terdetik di hati.. apa kaitan wau dengan hari raya? Mengapa Sunway Pyramid menjadikan wau sebagi tema hari raya? Aku memang sangat musykil.. tapi, aku cuma simpan dalam hati.... Tidak lama kemudian, Inchek Hubby pula bertanyakan soalan yang sama... apa kaitan wau dengan hari raya? Hahaha!.. tengok! betapa sehati dan sejiwanya kami... tak sangka dia akan tanya soalan yang sudah lama berlegar-legar dalam kepala aku tadi....




























Lupa nak cerita.. time jalan-jalan kat Sunway Pyramid ni... aku tak bawa stroller si kakak... sebab aku tahu sangat perangai dia... Dia bukan reti nak duduk diam dalam stroller tu... papa dia juga yang kena dukung... Baik tak payah bawa stroller... So, nak dijadikan cerita... kami sewa je stroller yang ada kat Sunway Pyramid tu.. yang warna orange tu.... deposit RM50.00 je... penggunaan selama 4 jam... kami tawaf 1 Sunway Pyramid  tu pun dekat 4 jam juga... Time nak pulangkan stroller tu.. boleh pula tersilap kaunter... hahaha!!.... tapi, apa yang menariknya, di kaunter tersebutlah kami dapat jawapan mengapa wau dijadikan tema untuk hari raya tahun ni... Oh!... begitu rupanya... masing-masing saling berpandangan... Pandai juga pengurusan Sunway Pyramid ni... Mereka sengaja timbulkan persoalan dalam kepala para pengunjung dan jawapan telah pun mereka sediakan di kaunter informasi... hehee.... 

Dah habis baca informasi yang diberi.. kami terus naik ke atas untuk mencari kaunter yang sepatutnya... Dah pulangkan stroller... dalam keadaan yang memang selamat.. tiada sebarang kerosakan... maka, deposit RM50.00 tadi juga dipulangkan semula... Alhamdulillah!... kalau lebih 4 jam, mungkin akan dikenakan charge... Tapi, aku masih lagi musykil.... sepanjang berada di Sunway Pyramid, si kakak langsung tak mengada-ngada minta dukung papa dia.. elok je diam duduk dalam stroller tu.. aik!... itu memang sangat memusykilkan aku... biasanya, kalau naik stroller dia sendiri... tak pernah pula dia nak duduk dia.... maknanya, lepas ni bolehlah sewa lagi erk stroller kat situ.... si kakak pun macam suka je... hehee...


Jusco Shoes & Accessories Fair!

Alamak! dah habislah.... aku baru berangan nak pergi lagi.. nak cari kasut kerja... Rupa-rupanya 12 - 21 Ogos 2011 je... Melepas aku! hari tu dah pergi, mengada-ngada pula tak nak tengok... Kan! dah melepas... 























Ahad minggu lepas, kan Inchek Hubby kata nak ke Sunway Pyramid... So, di situlah destinasinya... Bukan beli apa pun.. saja jalan-jalan cuci mata... Ramai juga umat kat bawah tu... Aku cuma mampu captured gambar dari atas je... Nak meronda ke bawah.. macam malas... sesak.. Mana nak usung perut lagi... mana nak tolak si kakak lagi... mana nak puasa lagi... letih tau!..... Alhamdulillah! hari tu aku puasa penuh... hehehe...walau pun keletihan... tapi, balik rumah tu... memang tidur teruslah jawabnya... 























Macam ok je aku tengok kasut-kasut yang ada tu.. tu pun pandangan dari atas... kalau dari jarak dekat... Allahualam! aku pun tak berani nak cakap apa... takut tersambar je... hehee.... raya kali ni nak kena berjimat-cermat... nak kena berbelanja secara berhemah... tak boleh joli sakan... lepas raya nanti nak guna duit juga... nak bersalin nanti... pun guna duit juga... sekali-sekala nak pakai duit plastik tu... apa salahnya?... hehehe... tapi, aku masih lagi pengguna yang berhemah... kena bayar dulu... sikit-sikit pun jadilah.... janji bayar kan?... tak naklah berhutang banyak sangat... tapi, kalau benda tu sangat diperlukan... sehingga menentukan hidup mati seseorang... terpaksa juga berhutang... 

Kempunan nak shopping kasut.. hahaha!!.... padahal hari jumaat sebelum tu.. macam dah pergi cuci mata kat Jusco Bukit Raja... hehe.. tapi, tak de yang aku berkenan... Yang aku berkenan, semuanya tak boleh pakai time ni... kena tunggu lepas bersalin nanti... hahaa!.. time tu, aku melaram sungguh-sungguh kau... Aku kan pencinta tegar boots.... gila kau nak pakai boots time preggy ni?... nak kena kutuk?... tapi, sumpah!.. I swear!... time aku beria-ia cari boots dulu.. tak de pula aku jumpa boots yang aku berkenan.... tapi, bila aku dalam keadaan yang macam ini... bersepah pula aku tengok kat kedai... aku dah aimed dah... tapi, kena sabar.... harap-harap boots tu ada lagi 2 bulan akan datang... hahaa....

Sekarang ni aku pakai kasut bodoh-bodoh je... murah pun murah... tak de hati nak melawa... tengoklah nanti.... dah lepas bersalin... dah habis pantang... dah slim balik.... tunggu!.... Aku sengaja tak nak captured gambar kasut yang aku dah aimed tu... bukan apa.. nanti kalau tak de... taklah sakit sangat hati ini kan?.... 


Header Merdeka Raya

Nampak tak header kat atas tu? 1st time aku buat sendiri. Maklumlah! aku bukannya terror bab edit-mengedit ni... Bukan bidang aku pun.. tapi, aku suka mencuba... Jadi tak jadi itu belakang kira... cantik tak cantik.. itu perkara kedua... yang penting, aku cuba belajar sesuatu yang aku tak pernah buat...














Aku edit guna Magic Photo Editor je.... lepas tu, aku buka kat paint... edit mana-mana yang patut pula... kalau aku tak puas hati... aku edit lagi guna photoscape... Hehehe!... aku memang tak reti guna photoshop... so, aku gunalah medium yang simple... yang aku boleh guna dan pandai nak guna... bukan aku tak nak belajar photoshop tu.. tapi, aku rasa masa tu kurang mengizinkan... nak guna photoshop, kena menghadap benda tu lama-lama.. nak kena tenung dengan penuh perhatian... lagi pun, tukang ajar duduk building lain... dah tak sama dah... kalau masih 1 building... bila-bila masa je boleh menghadap tukang ajar... siapa tukang ajar tu? tu!... alaaa... yang tu.... pergi tengok blog dia... tahulah kau orangnya... tapi, dia tak de tulis tutorial bagai... 

Apa pendapat kamu tentang header kat atas tu?... berapa bintang kamu nak bagi? itu hasil tangan orang yang tak de basic dalam edit-mengedit ni... bukan otai besar dalam bidang ini ok!.... aku baru nak belajar... 



Discount 70%!

Hari Jumaat minggu lepas sekali lagi aku follow kak nurul.. tapi, kali ni destinasi kami adalah ke Jusco Bukit Raja... Sales gila-gila aku cakap! Rambang mata pun ada.... So, disebabkan discount 70% tu... dapatlah juga aku belikan sehelai baju raya untuk Inchek Hubby.... dan, sehelai lagi untuk si kakak.... 





























Nampak tak? baju jenama Cheetah tu asalnya berharga RM99.90... tapi, setelah ditolak harga discount 70%.. maka, dapatlah aku membelinya dengan harga RM29.97... hehehe!!.... time bagi kat Inchek Hubby aku tak tunjuk pun resit tu... aku biarkan je tag harga tu melekat di baju... konon-konon aku dah belikan baju raya mahal kat dia... hehee... ada extra lagi tau! tu yang kat atas tu.... tu pun untuk dia juga... baikkan aku?.. hehehe... baik ada makna tu! jaga-jaga...

Tapi, betul! aku sampai rambang mata hari tu... aku sebenarnya nak cari kemeja untuk Inchek Hubby... ada yang aku memang dah berkenan... masalahnya, aku takut dia pula yang tak berkenan.... sudahnya, aku belikan t-shirt je... ingatkan hari Sabtu esoknya tu... nak ajak Inchek Hubby ke situ lagi... tapi, belum sempat nak buat ayat... dia dah cakap nak pergi Mydin or Sunway Pyramid pula... aku ok je... 

Aku nak juga beli baju melayu untuk Inchek Hubby... cuma tak jumpa yang berkenan je... Nak cari warna purple... boleh pakai untuk kenduri adik dia hujung tahun nanti... tapi, kalau bukan warna yang jadi masalah... harganya pula yang mahal... mana nak cari baju melayu yang murah sekarang ni? kalau tempah pun standard lebih kurang RM250++... Pakai pun setahun sekali... time sembahyang raya je... lepas tu, simpan dalam almari... tunggu pula raya tahun depan baru pakai balik.... Baju melayu yang aku beli 2 tahun lepas warna maroon.... lari tema pula.... kalau aku, banyak baju purple dalam almari tu... Inchek Hubby je yang tak de... nak kena cari juga ni... adik dia punya kenduri kahwin hujung tahun... betul-betul jatuh pada tarikh lahir Inchek Hubby... time tu aku tengah dalam pantang... memang tak de masa nak cari dah.. kalau nak cari juga... time ni je yang boleh...  



WordlessWednesday #4


















Kad Raya kedua tahun ini...

Sebelum ni, aku ada mention pasal kad raya dalam twitter kan?.. So, inilah kad raya yang aku dapat daripada si @TaufiqHelios tu.... Suci murni je warna... 




























yang tak tahan tu... siap selit duit raya sekali... letak duit seringgit pula tu... hahaha! Dah reply dah kad si @TaufiqHelios ni... tapi, tak de duit raya... Sebab aku reply sebelum kad si @TaufiqHelios ni sampai... hahaha!... terbaikkan? kata nak buat sistem barter.... 
























Anyway, thanks ye @TaufiqHelios bagi kad raya ni.. tahun depan bagilah lagi.... duit raya tu pun kena tambah juga ye tahun depan.... hehee... tahun depan anak aku dah dua... hahaa... jangan lupa ok!... Hah! agak-agak kad raya yang aku pos untuk si @TaufikHelios tu dah selamat sampai atau belum ye? Budak @TaufikHelios ni pun senyap je kat twitter.. macam dah lama tak nampak dia kat timeline.. Dia dah balik kampung ke?...





Selamat Menyambut Aidilfitri!

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin. Tiada kata yang dapat diungkap melainkan ucapan selamat hari raya untuk kamu semua. 

























Aku rindu nak terima kad raya macam dulu-dulu. Tapi, tak de sesiapa pun yang sudi nak hantar kad raya untuk aku.. Mesti kau kata aku old school kan? Tak kisahlah! aku tetap suka kad raya yang dulu-dulu tu... Boleh tak kalau aku start simpan balik kad raya yang aku dapat tu? Ada orang bagi kad raya lagi erk? ada... ada... setakat ni, aku dah terima 2 keping kad raya ok! 1st kad raya yang aku dapat.. daripada si Ad.. Baca balik entry yang ini... 

Kad raya yang kedua nanti aku cerita ok!.... Anyway, selamat hari raya Aidilfitri kepada kamu semua... Harap agar dapat dimaafkan sekiranya aku ada terkasar bahasa.. terkasar gaya penulisan.. hingga menyentap kalbu... segalanya tidak disengajakan... mungkin ketika itu aku sedang marah.... 

Terimalah kad raya yang tak seberapa ini.......... daripada kami sekeluarga.........



Antara kelupis, lamban, burasa' dan lemang...

Aku geram betul bila tengok rancangan masakan 'Opoto Bo' tu... Eh! betulkah aku eja tu? sorry kalau salah.. aku type je.. aku tak tahu.. kalau bukan dalam bahasa kadazan, mesti bahasa dusun... Alah! pengacara dia yang nama Eyeja Arshad ke apa entah.. finalist bintang RTM tahun bila aku pun tak ingat... dalam rancangan tu, dia tunjuk cara-cara memasak kelupis.. 





























Tension aku! time-time puasa ni dia tunjuk pasal kelupis.. Dahlah aku tak balik beraya di kampung tahun ni... tengok kat TV je jawabnya... Actually, kelupis or lamban ni sama je.. cuma sesetengah kampung memanggilnya dengan nama yang berbeza... cara masak pun, sama je.. tak de beza... cuma, daun yang digunakan untuk membungkus je kot yang berbeza... aku pun kurang pasti.. sebab aku tahu makan je.. masaknya aku tak tahu... hehehe... Eleh! kau pun sama kan? makan je tahu... 























Kalau sebelah Tawau pula, ada burasa'.. lebih kurang je dengan kelupis ni.. mungkin rasanya je yang berbeza kot... aku pun tak pernah makan lagi burasa' ni.. aku cuma dengar je orang cerita pasal burasa' ni... tapi, aku tahulah makanan ni makanan tradisi orang Bugis...

Sumber : sini



















Kan? lebih kurang je macam kelupis kan? Bukan tu je.. aku rasa, sama juga macam lemang... Tapi, bagi orang Bugis, burasa' ni sesuai dimakan dengan asam pedas ikan parang... Kalau nak tahu lebih lanjut tentang burasa'... klik je di sini dan di sini...

Sumber : sini























tiba-tiba teringat lemang yang aku beli untuk berbuka puasa hari tu... tak kick langsung! Harap-harap raya tahun ni adalah lemang yang kick ye... hehehe


Sampul duit raya

Aku dah dapat dah sampul duit raya.. Actually, yang warna biru tu last year punya... yang purple tu tahun ni punya... Kau ingat free? tak de maknanya! aku yang kerja dengan mereka pun kena beli juga... yang biru tu, disebabkan ianya stock lama, dijual dengan harga RM0.50 untuk 1 pek... yang purple tu pula, dijual dengan harga RM1.00 untuk 1 pek... Dalam 1 pek tu pula, isinya ada 10 keping sampul... aku ada 10 pek sampul biru dan 10 pek sampul purple... So, berapakah harga yang aku bayar untuk sampul-sampul tersebut? Belajar Math kita hari ni ya... hahahaa!...





























Aku sengaja beli banyak-banyak sebab tahun ni, rumah aku meriah dengan anak-anak buah Inchek Hubby.. Banyaknya? Nak buat apa banyak-banyak tu? belanja besar kau tahun ni... hehehee... tahu dah! soalan tu mesti keluar punya... kalau tak habis pun boleh simpan... lain tahun boleh pakai lagi... sampul raya tu bukan ada expired date pun... Alah membeli menang memakai... 

Kalau tak pun.... boleh buat hiasan kat dinding sempena raya ni... tak de lah membazir... Kata kreatif... Jangankan sampul raya, kain batik pun kau boleh buat hiasan dinding.. tu hah! shawl kau yang banyak-banyak tak pakai... tersadai kat almari tu... pun boleh buat hiasan dinding juga.... Elakkan pembaziran! hahaa...

Dapat lagi 1 pek sampul raya... tapi, aku tak tengok lagi isi dalam tu ada berapa... kali ni dapat dari bank pula... maybank tak nak bagi sampul raya percuma untuk client dia kah? asyik hantar statement credit card je... hantarlah pula sampul raya... baru ada semangat nak bayar hutang credit card... hehehe... 



Segmen Lagu Raya : Indahnya beraya di desa

Mood raya! so, post entry pun tetap pasal raya... Hahaa!.. kali ni aku nak share lagu ni pula... Actually, semua lagu raya yang aku post dalam entry memang ada kena-mengena dengan aku...

Wahai perantau-perantau di kota
Pulanglah ke desa berhari raya
Ayah serta bonda amat mengharapkan
Kepulangan mu di hari bahagia
Dalam kerinduan ayah dan bonda
Segala juadah disediakan
Mengharap pulangnya anak yang tersayang
Usaha 'pakar' hati orang tua
Indahnya beraya di desa
Kaya dan miskin sama meraikan
Mengikut kemampuan diri-sendiri
Bergembira
Kunjung-mengunjung wajib amalkan
Bertukar juadah tanda berjiran
Sebuah desa bagaikan bersaudara
Oh seronoknya
Teruskan amalan desa di kota
Kunjungi jiran di hari raya
Kesibukan kerja bukannya alasan
Kita beraya selama sebulan


Mesti parents aku fikir macam ni kan? Kalau time aku bujang-bujang dulu... bolehlah balik kampung tiap-tiap tahun... Kalau bukan balik guna waran perjalanan udara... aku balik naik Airasia... Tapi, aku pernah balik dua kali dalam masa setahun ok!... time tu, duit tengah lebat... overtime tak ingat dunia... Weekdays, Isnin sampai Jumaat tu pun, walaupun habis kerja pukul 4.30 petang tapi aku sambung overtime sampai pukul 9-10 malam ok!... Weekend kau jangan cakap! time aku duduk Putrajaya, memang tak de life... workaholic ok! sebelum nak ambil cuti panjang tu, aku claim duit dulu.... dah dekat-dekat nak balik kampung tu, aku claim cuti pula... hahaha!!... duit dapat... cuti pun panjang... hehee! time tu, boss aku walaupun garang macam singa... tapi, hal-hal macam tu, dia tak kisah... aku selalu ambil cuti raya hampir sebulan kau.... 

Tapi tu dulu... Sekarang dah tak boleh nak cuti lama-lama dah... komitmen dah makin bertambah.... memanglah kesibukan kerja bukan alasan... bukan penghalang.. tahu raya tu sebulan... tapi, aku dah ada keluarga yang perlu aku uruskan... dah tak boleh pentingkan diri-sendiri... Apa-apa pun, aku kena berdiskusi dengan Inchek Hubby.. Aku tak boleh nak buat keputusan terburu-buru... Dan, bagi aku keluarga kedua-dua pihak juga perlu ada toleransi... tak balik bukan bermakna tak ingat atau lupa... tapi, komitmen kerja itu menjadi penghalang.. Orang lain bolehlah bersuara sebab mereka tidak tinggal di kawasan yang kos sara hidupnya tinggi macam di KL ni... Lagi pun, aku kerja makan gaji.. bukan kerja sendiri... kalau aku kerja sendiri, anytime boleh balik kampung... 


Kuih tarap!

Aku dah bosan. So, saja nak baca balik entry-entry lama.. Sebenarnya, tak de idea nak update blog.. hehehe! tapi, tertengok pula gambar ni.. Aduh!.. yang dalam entry ini...























Betul-betul bikin panas.. Siapa suruh kau gatal tangan pergi belek-belek entry lama tu? kan kau sendiri juga yang gigit jari... Bila tengok gambar ni, aku terus teringatkan kuih tarap.. means, cucur tarap.. terbayang-bayang... itulah kau... kan? aku dah cakap dah... jangan! degil.. kan kau juga yang terbayang-bayang... Salah sendiri... padan muka!

Lupa! cucur tarap tu macam mana? Alah! macam cucur pisang..cucur udang... tak pe! ni aku ada buatkan carian untuk kamu... Don't worry!

Sumber : sini






















Kalau nak ambil resipi pun boleh... kat blog ni ada... tapi, jenuhlah nak mencari buah tarap ye... mana ada kat sini... kat Sabah.. Sarawak sana.. senanglah cari.. itu pun kena tengok musim juga... bukan setiap masa ada... Aku tengok resipi yang ada dalam blog tu, dia ada guna marjerin dan pewarna... Biasanya, aku tak guna marjerin atau pewarna tu.. Hehehe!... lain orang, lain caranya kan? Aku buat biasa je.. aku guna tepung gandum, gula, garam dengan air je... yang basic je... Rasanya? kau pernah makan cucur cempedak? hah! macam itulah lebih kurang rasa dan bentuknya... cuma, buah tarap ni kecil sikit daripada buah cempedak tu... 

Tengok ni...

Sumber : sini




















Ini buah cempedak... sama tak tekstur buah dia dengan buah tarap kat atas tu? Samakan? Cuma, kulit je yang membezakan... 

Sumber : sini























Tengok! ini gambar cucur cempedak... buah cempedak besar sikit daripada buah tarap.. So, bolehlah goreng sebiji-sebiji macam kat atas ni... tapi, buah tarap kecil sikit... tak sesuai goreng sebiji-sebiji.. 

Eh! jangan kata aku teringin.. aku cuma kehilangan idea nak update blog.. tu yang rajin membelek entry-entry lama.. mana tahu kalau boleh dijadikan rujukan.... Aku tak mengidam pun.. 


Rumah Lama Rumah Baru

Siapa tahu aku dah pindah rumah? Hah! ada yang tak tahu lagi? Dah...dah.. pergi baca entry ini dulu.. Dah 5 bulan duduk, baru nak bagitahu sekarang? Hahaha!... kan aku dah cakap awal-awal.. Time tu, aku diserang mood M. so, nak buat apa-apa pun aku memang sangat malas.. Baru sekarang datang balik mood rajin nak update blog tu... Lagi pun, time berpindah-randah tu.. aku baru je jadi wanita preggy... bertambah-tambah malaslah nak update blog.. Nak bercerita itu-ini... Sebelum ni pun, aku pernah bagitahu macam nak cuti dari dunia blogging kan?...

Ok! dulu aku tinggal di sini. Nampak tak? Gambar ni aku rakamkan ketika hujan sedang turun.. aku sengaja tak nak focus kat nama blok tu... hahaha... Aku duduk rumah ni dari bulan Jun 2008 kalau tak silap aku.. Lepas kahwin terus masuk rumah sewa ni.. Aku jumpa rumah ni secara tak sengaja.. Aku tengok dalam mudah.com.my. 1st impression tengok gambar rumah tu, aku dah tertarik.. dan, aku ambil contact number tuan rumah dan bagi kat Inchek Hubby.. dia yang pergi tengok rumah tu.. dan, dia juga jatuh cinta pandang pertama dengan rumah tersebut.. Tuan rumah dah renovate siap-siap.. Dah pasang tails.. cabinet dapur.. simple je.. Malah, sebelum masuk rumah tu.. tuan rumah dah tolong basuh.. Actually, Inchek Hubby masuk dulu.. kalau tak silap, bulan April dia dah pindah masuk.. Pengasuh lama si kakak pun tinggal kat sini juga... blok yang sama.. floor yang sama... berjiran.. selang sepintu.. cuma, bila pergi dan balik kerja... kena lalu depan pintu rumah dia dulu... baru sampai rumah kami... Bila tukar pengasuh, masih lagi floor yang sama.. kali ni lagi dekat... kalau tengah masak kat dapur, sempat lagi jeling-jeling tingkap dapur rumah sebelah.. Hahaha!...




























Sekarang.. kami dah pindah sini.. Inilah rumah kami... 























Kalau jalan tak jammed, 5 minit dah boleh sampai ke rumah lama kami kat Sunway Sinar tu.. Pergi balik kerja masih tempuh jalan yang sama.. cuma, nak ke rumah kami yang ini kena jalan straight je sampai jumpa bangunan kedai batu-bata warna merah... atas sikit dari UiTM Puncak Perdana.. lepas tu ada traffic light, masuk simpang kiri.... hah! kat situlah rumah baru kami... rumah sendiri... Nombor berapa? hehehe.. mana boleh bagitahu.... haha.. kalau nak juga, kau google-lah 'Alam Budiman' erk... 


Segmen Lagu Raya : Dendang Perantau

Jangan marah! aku kan perantau... merantau di negeri orang demi mencari sesuap nasi... Hahaha!... Lagu ni lagi mendayu-dayu bila P.Ramlee yang nyanyi... menangis aku... 

Di hari raya
Terkenang daku kepada si dia
Kampungku indah nun jauh di sana
Ayah serta bondaku
Di tepian mandi
Danauku hijau yang aman damai selalu
Nun di sanalah tempat aku bertemu
Aku dan dia
Apakan daya
Masa tak akan kembali
Hancur musnahlah semuanya
Impian yang murni
Tinggal menjadi kenang-kenanganku
Hanya rangkaian kata dan lagu
Dendang perantau


Bukan sekadar rangkaian kata dan lagu, kalau boleh... iringi dengan doa sekali agar mereka nun di sana sihat-wal'afiat hendaknya... Lagu ni membawa makna yang sangat mendalam bagi perantau macam aku... Kalau kau tengok segmen lagu raya.. semua lagu-lagu tu memang kena dengan aku kan? jauh dari parents... tapi, jauh pun, tak bermakna aku tak pernah ambil tahu pasal mereka.. Aku masih lagi ambil tahu ok! Aku tak nak jadi anak derhaka macam si Tenggang tu... cuma, kalau nak suruh aku transfer balik kampung... tak mungkin! kerjaya aku bermula di sini.. Balik kampung sekali-sekala itu lebih meriah rasanya berbanding dengan tinggal di kampung.. Bukan nak berlagak... tapi, itu kenyataan... 

Lagi pun, aku dah ada rumah kat sini.. Ada keluarga.. Susah untuk aku buat keputusan sendiri.. Apa-apa pun, kena ada diskusi antara aku dengan Inchek Hubby... Segala tindak-tanduk aku, perlu mendapat kebenaran daripada dia... Dulu, aku dibawah jagaan parents walaupun duduk berjauhan... Sekarang, aku dibawah jagaan Inchek Hubby.. So, everything kena dapatkan kebenaran dia dulu... Mana boleh pandai-pandai... Kalau suami tak bagi keluar rumah... kau ingat boleh keluar suka-suka hati?.. Itu bukan mengongkong tapi itulah yang dikehendaki agama kita kan? 

Ada banyak lagi lagu aku nak up-kan ni... tapi, nanti kau bosan pula... 


Kad Raya pertama tahun ini

Aku dah dapat dah kad raya yang pertama untuk tahun ni... Daripada salah-seorang rakan facebook.. merangkap rakan twitter.. yang juga bekas rakan sekementerian... hahaa! Katanya balasan kad raya tahun lepas... Tak sempat nak hantar... Maklumlah! dia terima kad raya yang aku kirim tu lepas raya... Sabar je lah....





























Sweet je aku tengok kad raya ni.. Putih suci je... Hahaha!... Actually, bukan harga yang kita pandang... bukan reka bentuk juga yang kita pandang.. Apa yang penting, ketulusan si pengirim... Nostalgia beb! Kalau zaman sekolah dulu, aku simpan ok! kad raya yang dah lekat tahun-tahun sebelum tu pun, aku cabut balik dan simpan dalam kotak kasut... Tak tahu sama ada kad raya tu ada lagi atau tidak.. Yalah! parents aku kan dah pindah rumah yang agak selesa sikit dari yang dulu.. Pindah pun dah lama... dah masuk 4 tahun rasanya... Mereka pindah sebelum aku kahwin.. Aku kahwin pun dah 3 tahun lebih... Betullah tu... aku pasal kira-mengira ni malas sikit... Mesti kotak kasut tu pun dah tercicir mana-mana entah...

Dulu-dulu, time aku baru kerja kat semenanjung ni... parents aku rajin juga kirim kad raya untuk aku... tapi, sejak akhir-akhir ni... tak de lagi kad raya yang aku terima... maklumlah! masing-masing dah ada handphone.. semua main hantar SMS atau MMS raya je.... tak best! Aku nak juga kad raya tu... Ucapan SMS atau MMS tu bukan boleh simpan lama-lama pun.. kalau handphone rosak? Hah! dah tak de dah ucapan-ucapan semua tu... Hilang! Tak de sentimental value langsung... Kalau kad raya macam dulu-dulu tu, boleh juga aku baca balik time boring... Kadang-kadang boleh buat aku senyum..sengih seorang diri... Lagi-lagi kalau baca kad raya zaman sekolah rendah dulu... mesti ada 'pecah kaca pecah gelas, habis baca harap balas'... hehee... tak pun, 'pecah kaca pecah tong, habis baca harap gantung'... lepas tu lekat duit 5 sen.. Nostalgia wei..... mana nak dapat sekarang? 

Aku selalu juga dapat kad raya online tu... Member-member selalu bagi... tapi, bila buka balik untuk tempoh yang agak lama.... dah tak boleh dah... Hah! tengok! itulah beza antara kad raya online dengan yang manual... Dari segi design, memanglah kad raya online tu lebih creative... lebih cantik daripada yang biasa... tapi, tiada sentimental value di situ.... Kadang-kadang, kau boleh print out kad raya online tu.. tapi, kalau yang guna flash tu? kau nak print macam mana? statik je... 


Baju Raya?

Last year, aku sibuk cari baju warna coklat. This year? entah! aku pun tak tahu.. tak de satu pun yang aku berminat.. Boleh percaya tak?.. Hahaha! kat rumah tu ada lagi kain yang belum berjahit.. tak jumpa tailor pun.. tunggu aku lepas bersalin nanti kot.. baru mood melaram tu datang balik... aku nak melaram sekarang pun, tak de baju yang aku berminat.. Kalau ada pun, size pula tak de.. Bila size ada... warna pula tak berkenan.. tapi, bila size dan warna tu aku dah berkenan... design pula yang tak cantik... susahkan? 





























Inilah masalahnya preggy time perayaan macam ni... Susah nak cari baju yang berkenan.. Susah nak puaskan hati sendiri.. Susah! tak boleh nak pow Inchek Hubby... Hahaha!.. itu sebenarnya.. Hajat hati nak beli jubah.. tapi, faham-faham je lah... cutting jubah macam mana? aku dahlah comel je... tang panjang tu bolehlah di-adjust.. tang perut? nak adjust? that's mean, kena tunggu lepas aku bersalinlah gamaknya... baru boleh melaram.. 

Tapi kan... sekarang mood nak membeli-belah sudah datang balik... hari tu baru je beli bag dan kasut baru... kasut murah je pun... without brand! pakai kat kaki je pun.. yang penting, aku selesa pakai sepanjang preggy ni... 

rasanya tahun ni theme purple.. boleh pakai terus time kenduri kahwin Sister In-Laws aku nanti.. Tak payah nak beli lain dah... kena jimat sikit...

Segmen Lagu Raya : Airmata Syawal

Tahun ni aku beraya di perantauan lagi... Tahun ketiga aku tidak balik menyambut Aidilfitri bersama keluarga di kampung... Bukan tak nak balik.. Tapi, ada saja yang menghalang.. Tahun ni sepatutnya memang kena balik beraya kat kampung aku... tapi, disebabkan aku sedang berbadan dua... so, postpone sampai raya tahun depan.. Jangan raya tahun depan pun mengandung lagi... Haru! memang menangis tak berlagu aku nanti... Sebagai tanda aku masih mengingati kampung halaman dan kedua orang tuaku yang jauh di sana... Jom kita kongsikan lirik lagu ini bersama ye... 

Sayu... hati ini makin sayup
Rindu... terkenangkan desa permai
Wajah ayah bonda bermain di mata
Mengajak ku pulang ke desa
Di hari bahagia hari raya
Lama kutunggu
Bertemu di pagi mulia
Namun tidak kesampaian
Airmata jatuh berlinangan
Kuingin berulang manisnya bersama
Menyambut hari bahgia
Jarak memisahkan rindu pertemuan
Bilakah hasrat jadi nyata
Duhai ayah bonda ampunkan anakanda
Tak dapat beraya bersama
Jauh dari mata dekat dalam jiwa
Teguh kasihku tidak berubah


Inilah nasib anak yang bekerja di perantauan... Padahal, bukannya tak balik langsung dalam tempoh 3 tahun tu... Ada je aku balik... Last year, aku balik time raya cina... itu pun sekejap je... sebab aku kan baru pindah kerja kat tempat baru.. mana boleh cuti lama-lama time tu... Lagi pun, last year turn beraya kat kampung Inchek Hubby... memang tak dapat nak baliklah...

Sekali sampai turn aku punya kampung.... mengandunglah pula... postpone sampai next year... So, no more excuse! next year kena balik kampung aku juga... Hahaha!.... melainkan kalau aku termengandung lagi... 


Buah melaka

Buah Melaka atau dikenali juga dengan nama Onde-onde.. 1st time aku buat ni... tapi, Inchek Hubby kata aku punya buatan sama macam orang jual kat kedai... gula melaka sikit.. kedekut katanya... Hahaha!























Dahlah inti sikit... kecil pula... katanya lagi... Takkan aku nak buat sebesar-besar mulut aku ni... nanti si kakak pun nak makan juga... So far, Inchek Hubby kata sedap jugalah... Nasib baik dia cakap sedap.. kalau tak, aku mogok tak nak try lagi lepas ni... Hahaha!....

Ok! bahan-bahan nak buat buah Melaka a.k.a Onde-onde ni senang je... tak susah.. cuma perlu sedikit kesabaran... hahaha... Adalah cerita di sebaliknya tu... kalau aku rajin, nanti aku share... kalau tak, tak de share-share jawabnya ye...

2 cawan tepung pulut - aku tambah sikit tepung gandum sebab terlebih air..
air - agak-agak sampai tepung tu boleh dibentuk.. 
pewarna hijau - aku tak pakai pandan sebab tak de depan mata..
gula melaka - dihancurkan ok!
kelapa parut
secubit garam

Nak buat kuih ni senang sebenarnya.. cuma, bagi aku yang 1st time buat ni... nampak sangat leceh... Mula-mula sekali, masukkan tepung pulut ke dalam bekas, kemudian tuangkan sedikit air.. masukkan juga pewarna hijau... Lepas tu, kau uli sampai jadi doh... ambil sedikit adunan tepung yang dah diuli tadi.. gentel dan bentukkan ia menjadi bulat dan leper.. letakkan gula melaka di tengah-tengah... dan, bentuk semula menjadi bulat-bulat... Dalam masa yang sama, panaskan air dalam periuk... Bila dah mendidih, masukkan adunan yang telah siap tadi... Macam aku, gentel satu, terus masuk periuk... kalau kumpul banyak-banyak nanti melekat pula... lagi tension... Nak tahu dah masak atau belum? Kalau tak timbul-timbul lagi tu, maknanya belum masak lagi.. Kalau dah timbul tu, dah masaklah tu....

Dalam bekas yang berasingan pula, gaulkan kelapa parut dengan garam tadi... ketepikan seketika... Bila dah masak, angkat dan letakkan di atas kelapa parut tadi... biarkan seketika sehingga airnya kering... Air pun dah kering, bolehlah digaulkan dengan kelapa parut tadi... Nak makan panas-panas boleh.... hahaha!... kau try-lah! Mahu terbakar anak tekak kau... Tunggu sejuklah dulu... baru boleh makan....


Hantu Game!

Aku memang gila game.. Macam budak-budak kan? Hahaha! nak buat macam mana.. Inchek Hubby pun gila game juga.. tapi, dia tak layan game yang macam ini.. dia layan strategy game...























Time mengandungkan si kakak dulu, aku asyik layan game je.. Sampaikan si kakak pun sekarang dah pandai layan game... Pantang tengok papa dia menghadap lappy... nak agem.. nak agem.. katanya.. nak main game-lah tu.... Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan?... 

Kalau dulu, aku selalu dapatkan koleksi game daripada Kak Nurul... Dia tokan besar ok! External hard disk dia penuh dengan koleksi game je... Hahaha!... tapi, sekarang... tidak lagi... sebab aku dah tahu nak cari kat mana... Lagi pun, nak jumpa Kak Nurul pun dah susah dah sekarang.. sejak aku dah pindah bangunan baru ni... memang payahlah nak jumpa.... Kalau ada peluang pun, hari Jumaat je... itu pun, kalau...

Berbalik kepada cerita game tadi... 1 cd tu ada banyak game.. tak rugi beli... haha!... aku ni, bukan setakat layan game kat pc.. game hand phone pun aku layan juga... tapi, yang tak best-nya game kat hand phone tu... kena charge data.. Mahal!

Kalau ada masa nanti, aku ingat nak ke Plaza Masalam.. Macam dah lama tak ke sana.. nak buat apa? nak tengok stock-lah! Aku memang selalu beli cd game kat sana... sekali beli sampai 2 cd kau.. hahha!... Tapi, tak tahu bila nak pergi.. Kena tengok mood Inchek Hubby juga... Tak pun, time dia rajin nak shopping raya tu... bolehlah jeling kiri-kanan kan? mana tahu ada kedai jual cd game... hehee... sambil menyelam minum air kata orang... tak salahkan? sesekali kita nak juga entertainment.. macam aku, aku lebih suka menghadap game untuk mengurangkan stress.. Ada orang pula, stress je pergi shopping... dah lepas shopping tu pun, stress lagi.. macam mana kau tak stress? kau tengoklah bil yang kau dah belanja tu berapa banyak... kan mendatangkan stress tu?.. hehehe... Ada juga yang mengurangkan stress dengan makan. Hahaha!... kadang-kadang je aku buat... kau? stress je makan... stress je makan... bila berat badan naik.. hah! stress lagi? itulah kau... apa-apa pun yang kita lakukan sebenarnya tidak mampu untuk menghindarkan diri daripada stress.. Hanya kembali kepada tuhan sajalah jalan terbaik untuk menghindarkan stress... Terpulang!

Tapi, betul! dengan menghadap game je baru aku dapat release tension... kepala otak kita ni nak guna lama.. kalau 24 jam sehari kau menghadap kerja yang tak settle-settle.. boleh jadi gila kau!... So, pilihlah jalan yang terbaik... 




Segmen Lagu Raya : Ku pohon restu ayah bonda

Segmen baru sempena hari raya... Sempena hari raya yang bakal menjelang tidak lama lagi... aku nak post entry pasal lagu raya je... Hehehe!... Jangan marah! bukan sebab excited nak raya... tapi, sebab tak dapat balik beraya di kampung... So, layankanlah lagu Ku Pohon Restu Ayah Bonda ni ye....

Duhai bonda duhai ayahanda
Dengarlah rayuan anakanda
Yang jauh di mata..
Tanpa ku sedari airmata ku mengalir
Terdengar ayat suci seruan takbir
Betapa daku gembira dekat di samping keluarga
Di pagi mulia hari raya
( korus )
Kan ku sujud di kakimu bila kita bertemu
Kan ku cium tangan mu ku pohon restu
Oh maafkan daku kesalahan diri ku
Walau jauh di mata namun kau tak dapat ku lupa
Doa ku sepanjang masa agar kau bahagia
Ku pohon restu dari mu oh ayah dan ibu
Agar tercapai cita ku membela nasib mu
( ulang korus )
Kesalahan diri ku...

Lagu ni asalnya dinyanyikan oleh Al-Jawaher kan? Tapi, aku tak berapa minat nak dengar version Al-Jawaher... Aku suka layan Mamat punya version... Sebak ok! mendayu-dayu rasa... 

Biasalah.. orang jauhkan? memang macam ini keadaannya... Time raya je kau sedih.. melalak.. time lain?.. hahaa.... mood dia lain kan? tak sama macam time hari raya.... Sebab hari-hari lain tak de sesi bersalaman.. tak de sesi kutip duit raya... kan?.. kan? Time raya baru kau nak call parents nak minta maaf bagai kan?... Hurmm... aku pun... tapi, aku tak kira time... kalau aku rasa nak call parents aku... aku call... tak tunggu raya dah...   



Perihal bonus yang tak seberapa..

Ini bukan cerita pasal kacang soya jenama bonus tu.. Ini kisah benar yang berlaku pada diri aku.. Macam yang semua orang tahu, penjawat awam sudah pun menerima bonus pada hari semalam... Apa yang aku tahu dan kamu tahu... penjawat awam akan menerima setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500.00. So, berdasarkan angka di bawah... setelah dibahagi 2, bukan amaun itu yang aku layak dapat... 















Katanya setengah bulan gaji? maksudnya gaji basic bahagi 2 kan? Setahu aku, kalau 1,219.66 dibahagi dengan 2, jawapannya adalah ...... (sila isi tempat kosong).. tapi, macam mana boleh keluar angka 510.01 tu? Salah siapa? silap siapa? kalkulator yang silapkah? atau, kau kira guna sempoa?....tak pun, guna jari erk?.. maklumlah! setelah ditambah bilangan kesemua jari-jari yang ada, kita cuma ada 20 batang jari je.... tak cukup! nak pinjam jari orang sebelah.. dia pun tengah mengira juga.... Kau nak salahkan siapa? takkan kau nak salahkan aku pula? bukan aku yang buat silap... anyway, aku tunggu balance duit tu masuk minggu depan... Kalau tak masuk juga, memang nak kena amuklah jawabnya...

Person In-Charge ni nak kena sekolahkan balik ni... macam mana boleh silap.. kalau aku seorang je yang kena... oklah! tapi, ramai juga rupanya yang terkurang duit bonusnya... walau pun tak banyak mana... duit juga tu wei.... lagi-lagi nak pakai raya.... Kalau duit bonus yang aku dapat tu ribuan ringgit.. aku tak hairanlah kau salah kira... tapi, duit bonus yang tak seberapa tu pun kau boleh salah kira... 


Nasi kuning

Hari Sabtu lepas, aku buka balik e-mail yang @yanmie hantar kat aku... Nak tahu e-mail pasal apa? Ni hah! resipi nasi kuning... Dah lama dah aku minta resipi ni daripada @yanmie tapi tak berkesempatan nak mencuba... So, petang tu juga aku try masak... 






















Nasi je yang aku masak.. lauk-pauk semua aku beli kat bazaar ramadhan juga... Hehehe!.. Nak masak nasi kuning ni tak rumit sangat.. Macam masak nasi lemak je.. Cis! nasi lemak pun aku belum pernah try masak.. Hahaha!... tapi, betullah.. itu apa yang @yanmie bagitahu aku.. 

Bahan-bahan untuk masak nasi kuning ni pun senang je...

Beras - ikut suka nak masak berapa banyak..
Santan - ikut berapa banyak nasi yang nak dimasak..
Sedikit garam - untuk memberikan rasa lemak
Daun pandan - aku tak bubuh sebab tak de depan mata
Sedikit halba - untuk menjadikan nasi lebih sedap agaknya..

Cara-cara nak masak, cuci beras dulu... sama macam masak nasi biasa tu... cuma, kali ni... kita tak bubuh air... kita bubuh santan je... masukkan sedikit garam, pandan dan halba... gaulkan sebentar supaya sebati.. Lepas tu, biarkan je sampai masak.... 

Kalau nak tahu dengan lebih terperinci pasal nasi kuning ni.. apa kata kamu tanya @yanmie sendiri... dia lagi expert... nasi kuning ni terkenal kat kampung dia...



Segmen Lagu Raya : Dari jauh ku pohon maaf!

So sad! siapa suruh pasang lagu raya awal-awal? Kan padan muka! Bukan aku yang pasang ok! akak kat sebelah ni yang pasang.. Aku tumpang dengar je... 

Dalam dingin subuh hatiku terusik
Kenang nasib diri di rantauan
Bergema takbir raya menitis air mata
Terbayang suasana permai desa
Rindu hati ini inginku kembali
Pada ayah bonda dan saudara
Tetapi aku harus mencari rezeki
Membela nasib kita bersama
Hanya ku sampaikan doa dan kiriman tulus ikhlas
Dari jauh kupohonkan ampun maaf
Jangan sedih pagi ini tak dapat kita bersama
Meraikan aidil fitri yang mulia
Restu ayah bonda kuharap selalu
Hingga aku pulang kepadamu
Restu ayah bonda kuharap selalu
Demi anakmu yang kini jauh

Kalau kau jadi aku.. mahu kau tak melalak? Dahlah mak bapak jauh di seberang laut... tahun ni pula tak balik.. menangislah kau... Lagu ni feeling lebih kalau Sudirman yang nyanyi.. Kalau orang lain nyanyi... aku tak feeling langsung..

Bukan aku sengaja tak nak balik kampung.. tapi, memandangkan time nak raya tu kandungan aku baru mencecah usia 7 bulan.. doktor pun tak bagi naik kapal terbang... takut terberanak pula kat dalam tu.. lagi jadi 1 beban kat syarikat penerbangan nak bagi penerbangan percuma seumur hidup untuk aku dengan baby nanti... Hahaha!!... keuntungan di pihak aku tapi satu kerugian kepada mereka. Memang patutlah mereka tak bagi wanita mengandung naik kapal terbang kan? Kos tu.. kos...

Tahun ni memang aku tak dapat nak balik beraya di kampung.. memang sepatutnya tahun ni turn beraya di kampung aku.. tapi, disebabkan keadaan yang tidak mengizinkan.. postpone tahun depan.. Tahun ni 1st time beraya di rumah sendiri... Family In-laws pun beraya di rumah kami juga rasanya tahun ni... Insya Allah!... Dan, yang agak menyedihkan... sehari sebelum raya tu, aku masih lagi bekerja... if, 02/09 tu tak diisytiharkan sebagai cuti umum... pun aku kena bekerja juga.... tapi, aku akan mula bercuti pada 05/09 hingga 09/09/2011 kerana ketiadaan pengasuh si kakak... pengasuh si kakak balik kampung for two weeks. Tak pe! tahun depan giliran aku pula nak cuti... aku tak kira! aku nak juga cuti sebelum dan selepas raya... Nak balik kampung tu.. Dahlah aku bukannya selalu balik kampung... Dahlah tambang pun mahal... lainlah kalau kampung aku tu boleh pergi balik tiap-tiap minggu naik kenderaan darat... Kalau bos tak bagi aku cuti sebelum dan selepas, memang nak kena amuk juga tu... Kiranya tahun ni, tahun ketiga aku tak beraya di kampung... So, kena consider sikitlah.... Kalau tak, memang aku report ke JPA.... Janganlah treat aku seolah-olah aku ni anggota beruniform... Kalau anggota beruniform tu.. lainlah kisahnya... kerja time raya pun tak pe.... ada allowance hours... aku? apa ada?... nak claim OT pun tak boleh... mana boleh........



BabyTv on 618

Aku geram dengan channel ni... Disebabkan channel inilah aku tak dapat nak tengok channel lain... Geram! si kakak dah pandai conquer TV.. Asyik nak layan channel dia je... aku nak tengok berita pun payah... 

Sumber : googleimages
























Kalau dengan Inchek Hubby, boleh consider lagi... tapi, dengan si kakak... jangan harap! kalau dia kata nak 'takan' maknanya apa? confirmed kau takkan ada peluang nak tengok TV... Bayangkanlah! Isnin hari tu kan dia demam.. aku terpaksa ambil cuti kecemasan... Aku ingat dalam dia demam-demam tu, dia tak ingatlah channel 618 tu... Tidaklah! dari pukul 10.00 pagi dia bangun tidur sampailah ke petang.. time Inchek Hubby nak balik... BabyTv memanjang... sampai aku pun terlelap... Rasa macam nak potong je astro tu... kalau asyik tengok channel 618 je... buang masa aku ok!... dahlah sepanjang Ramadhan ni banyak rancangan best-best katanya... tapi, satu pun aku tak dapat nak tengok... semuanya pasal BabyTv... kadang-kadang rasa menyesal pula introduce-kan channel ni kat si kakak... Dulu, sebelum dia tahu ada channel ni... elok je.. tak payah nak berebut TV... Apa-apa tentang si kakak, kamu boleh baca di sini juga.. Kisah tentang dia... dan dia...



There was an error in this gadget