PESANAN PENTING DARI PENAJA!

About Me

My Photo
RinnAzrinah
Alam Budiman, Selangor, Malaysia
I am Sabahan! 'Aku,saya,me,I,kami,kita' bagiku maknanya tetap sama..
View my complete profile

ENTRI POPULAR SEPANJANG MINGGU

RUTIN ORANG PEREMPUAN..

Itu aku sedang confuse! tidak tahu kasut mana yang harus dipilih. 






















Dulu, aku bekerja di Pejabat Tenaga Kerja Subang Jaya, atau lebih dikenali sebagai Labor Office. Aku bukan nak cerita pasal pekerjaan aku ok! Apa yang aku nak bagitahu... tempat kerja aku dulu dekat sangat dengan Subang Parade. Boleh dikatakan setiap hari aku akan ada di situ... melantik diri jadi duta.. hahaha! perasankan? 

Rutin harian aku dan Kak Nurul ketika itu adalah mencuci mata di situ. Berbelanja hanya bila poket atau purse masih tebal.. Kalau tidak! cuci matalah jawabnya... Boleh dikatakan aku sering menghabiskan duit gajiku di sana. Subang Parade... apa yang ada? Macam-macam! Kalau tak percaya pun tak pe.. Aku kisahkah? 

Nasib baik aku sudah berpindah ke jabatan lain yang jauh sedikit dari hiruk-pikuk bandar. Wah! ayat... Kalau aku masih di situ... bangunan Empire yang terletak betul-betul berhadapan dengan office di mana aku pernah berkhidmat dulu sudah dibuka... Aku rasa, purse aku akan semakin menipis tanpa menunggu hari gaji... Maklumlah! rutin orang perempuan... pantang jumpa Shopping Mall... pantang dengar ada sale.. tak payah tunggu mega sale...  Tak sempat nak tunggu gaji bulan berikutnya. Takut habis katanya... Hahaha!...

Jangan nak tipulah! semua perempuan memang macam itukan? Tak kiralah makcik-makcik..kakak-kakak... adik-adik yang sekolah tak habis study pun sama! Time tak de sale.. beli juga... sikit... bila ada sale... tetap beli.. siapa kata tak beli... tapi, bila mega sale... mak aiii! mahu diborongnya 1 Shopping Mall tu... 

Tiba-tiba aku teringat seorang makcik... Apa yang orang beli, dia pun nak beli sama... Orang beli harga pasaran... tapi, dia sanggup tunggu ada sale baru nak beli... Time tu, orang lain dah ke depan dah... 

2 cakap-cakap:

Fitrihadi said...

memang dah paham dah perangai perempuan ketagih nak shopping ja..

princess_eryna said...

@Fitrihadi

hahaha!... tuh psl kdg2 hubby x suke nak teman g shopping.....

There was an error in this gadget