PESANAN PENTING DARI PENAJA!

About Me

My Photo
RinnAzrinah
Alam Budiman, Selangor, Malaysia
I am Sabahan! 'Aku,saya,me,I,kami,kita' bagiku maknanya tetap sama..
View my complete profile

ENTRI POPULAR SEPANJANG MINGGU

CUKUP DUA KALI...

Aku sudah mencuba untuk kali kedua. Tapi, keadaannya tetap begitu. Maknanya, itu bukan rezeki aku. Dan, setelah 2 kali mencuba... aku terpaksa akur! akur dengan kegagalan. Sudah tertulis di situ bukan tempatku.. Apa perlunya aku mencuba buat kali ketiga lagi? Cukuplah! bukan serik.. tapi, biarlah peluang itu aku berikan kepada orang lain yang benar-benar berkelayakan. 

Rasanya, aku tahu di mana tempat yang harus aku tuju. Cuma, ia perlu diasah. Selama ini aku bukan tidak perasan tentang itu.. Aku perasan dan aku sedar. Tapi, aku tidak pernah terfikir untuk sampai ke situ. Ya! aku kekurangan semangat. Aku tidak yakin dengan kebolehan diri-sendiri. Kali ini, biarkan aku terus mencuba hala tuju itu. Mana tahu... di situ ada sinar buatku... 

Baru sekarang aku sedar... namun keyakinanku masih belum utuh... Aku masih perlukan suntikan semangat daripada mereka yang ada di sekelilingku... Insya Allah! dengan suntikan keyakinan daripada mereka itu... aku akan bangkit untuk mencapai hala tuju tersebut... Apa dia? Buat masa ini, biarlah aku rahsiakannya dahulu. Apabila aku benar-benar bersedia... Akan aku kongsikan jua....

Apa pun, hala yang ingin aku tuju itu ada kaitannya dengan minat dan kecenderunganku.. Orang kata, jika kita melakukan sesuatu itu kerana minat... Insya Allah! ia pasti akan berjaya... sama ada cepat atau lambat sahaja. Aku juga tidak berani untuk menguar-uarkannya... biarlah! sampai masa dan ketikanya... kalian akan tahu.... 



2 cakap-cakap:

dwaty said...

yg penting jgn cepat putus asa....

princess_eryna said...

@dwaty

mencuba utk kali ke-2 rasanya bukan putus asa... tp, bila keadaan sama terus berlaku... maknanya... bukan itu tempatnya.....

There was an error in this gadget