PESANAN PENTING DARI PENAJA!

About Me

My Photo
RinnAzrinah
Alam Budiman, Selangor, Malaysia
I am Sabahan! 'Aku,saya,me,I,kami,kita' bagiku maknanya tetap sama..
View my complete profile

ENTRI POPULAR SEPANJANG MINGGU

Salam Ramadhan!

Salam Ramadhan Al-Mubarak untuk semua. 























Maka, secara rasminya diumumkan bahawa esok adalah hari pertama kita semua akan berpuasa. Tapi, time penyimpan mohor besar raja-raja yang baru tu buat announcement... aku tak de feel.. tak berdebar-debar langsung... tak excited.. hahaa...

Sumber : sini





















Anyway, jangan lupa pasang niat berpuasa tau... Ini niat puasa untuk sebulan....








Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta'ala.

Ini pula niat puasa harian... 








Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta'ala.

Sebelum terlupa!... aku sertakan sekali doa berbuka puasa..













Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka  dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Sekali lagi, aku ucapkan selamat menunaikan ibadah puasa dan semoga amalan kita akan diterima oleh Allah SWT...



Durian... oh! durian...

Ingat lagi entry ini? preggy kali ni aku terpaksa ingkar perintah... teringin tau! So, malam jumaat minggu lepas kami bertiga.. aku, Inchek Hubby dan si kakak pergilah berjalan sampai ke Sijangkang sana untuk mendapatkan bekalan durian.. Durian dia marvelous kau! Isi tebal tapi biji kecil je.. Puas hati makan... RM50.00 boleh dapat lebih kurang sepuluh biji aku rasa.. Kami bertolak ke Sijangkang lepas maghrib.. Balik rumah jam dah menghampiri detik 12.00 tengah malam.. Kau ingat sampai-sampai kat rumah tu kami terus terbongkang tidur? tidaklah! sempat lagi menghadap durian.. Inchek Hubby kopek sebiji kononnya nak merasa.. yang lain-lain tu boleh makan esok lusa katanya... si kakak sibuk nak suruh kopek 1 lagi... Hahaha!... Sudahnya, masing-masing tidur kepanasan...




















2 biji aku bagi kat pengasuh si kakak..

Dulu, kami beli durian kat pakcik yang selalu datang dengan motorsikal.. durian dia pun power juga... tapi, sejak akhir-akhir ni... pakcik tu pun dah pandai belit... dia kata durian gred baik punya... sekali buka... dah tak macam dulu dah... bila dah terkena.. kami jadi serik nak beli kat pakcik tu dah... nampak dia kat bus stop depan Sunway Kayangan tu... tapi, dah tak singgah dah... durian dia dah tak best... aku tengok orang lain pun dah tak beli sangat kat dia... Kalau dulu, banyak juga kereta yang singgah beli. Lagi-lagi orang cina... Orang cina kan memang pandai makan durian...  






















Manisan sempena Ramadhan, serendah RM87.50 dan penghantaran adalah percuma di sekitar Lembah Klang.

Dah durian tu melambak-lambak kat rumah.. So, aku pun rajinlah buat bubur durian... Nak resipi? Boleh! tak de hal punya! 

Bahan-bahan yang diperlukan;

1/2 cawan kacang hijau yang telah direbus terlebih dahulu (terpulang kat kau sama ada nak bagi kacang tu masak sampai pecah-pecah atau tak) 
5-6 ulas durian (ikut suka kau nak letak berapa banyak.. )
2 1/4 cawan santan yang tak berapa pekat.. tak berapa cair... (sedang-sedang saja)
1/2 cawan gula putih atau gula melaka (aku guna gula putih je)
sedikit garam untuk menambahkan rasa lemak
daun pandan (aku tak letak sebab daun pandan tak de depan mata)

Cara-cara membuatnya;

Satukan santan, durian, garam dan daun pandan ke dalam periuk. Aku gaulkan semua kecuali daun pandan. Kacau perlahan.. Agak-agak dah menggelegak, baru masukkan kacang hijau tadi beserta gula... Tunggu sampai isi durian dah lerai baru tutup api.. Itu saja... 

Tapi, sebab durian yang aku guna ni isinya agak tebal.. aku tak tunggu lama sangat.. nanti akan jadi lebih pekat... itu pun, aku dah tambah 1 cawan air... Nak bagi bubur pekat, kena masak lama sikit.. Sampai kau puas hati dengan tahap kepekatan bubur tu, baru kau tutup api...  



Pindah...

Actually, dah masuk 5 bulan aku pindah rumah. Tapi, aku tak de masa nak memblogkan urusan perpindahan dari rumah lama ke rumah baru. Anyway, aku masuk rumah baru dalam bulan Februari. Tak ingatlah pula masuk awal bulan.. tengah bulan atau akhir bulan.. yang aku ingat time tu cuti Chinese New Year...

Ni antara barang-barang kat rumah lama aku angkut sekali.. Tak de 1 pun yang tinggal.. melainkan sampah-sarap belaka. Sebelum ni kan, aku duduk rumah flat kat Sunway Sinar tu... Nak mengangkut barang turun naik... tak sanggup aku!... dahlah rumah kat tingkat 2.. so, aku tunggu kat rumah je.. kemas apa yang patut.. tolong hulur barang-barang kecil je... barang-barang besar dan berat.. aku serahkan kepada driver lori dengan para assistant-nya.. Dalam sibuk-sibuk angkut barang tu.. lupa pula nak posing bagai... time teringat nak tangkap gambar pun... tinggal barang-barang ni je... 
























Tengok macam sikit je barang-barang aku ni.. tapi, penuh juga lori yang kami sewa tu.. aku tak ingat lori tu lori 1 tan ke 3 tan... lupa.. Hahaha!... barang-barang yang ada kat rumah ni pun, hasil shopping dari zaman sebelum kahwin lagi... tambah pula hasil shopping orang yang baru kahwin 2 tahun lebih... Banyak itulah... Itu pun, ada yang aku tinggalkan kat rumah sewa lama di Subang Jaya. Dengan harapan nanti adik aku boleh tolong angkut pindah rumah dia... Tapi, sampai sekarang aku tak tau apa cerita dengan barang-barang tinggalan aku tu... Rumah sewa tu pun, roommate aku juga yang duduk dengan hubby dia.. Selamatlah tu kot.. Tak baik buruk sangka...  
























Tapikan, walaupun aku cuma tolong hulurkan barang-barang kecil yang ringan... penat juga wei... ditambah pula, bila sampai ke rumah baru tu... para pekerja sedang bertungkus-lumus menyiapkan sentuhan terakhir mereka. So, kami belum boleh merehatkan diri di rumah tersebut... Maka, kami pun pergilah meronda-ronda sebentar... Dijangka kami akan masuk ke rumah itu lebih kurang jam 2.00 petang... tapi, disebabkan masih ada kerja-kerja yang perlu mereka siapkan.. kami masuk agak lewat daripada yang dijangka.. 

Apa pun, kami tidak perlu bersusah-payah untuk membersihkan rumah tersebut kerana tugas itu diambil-alih oleh para pekerja itu... kami cuma perlu basuh kaki je... dan, sebahagian daripada barang-barang berat yang perlu diletakkan di tingkat atas... pun mereka tolong angkatkan... 

Officially, kami masuk rumah tu selepas maghrib.. terus naik tingkat atas.. dan, Inchek Hubby settle-kan katil.. Nak tidur mana kalau katil tak set-up lagi? 

Teringin playbook macam ini...

Tertipu!

Actually, aku memang suka beli popia gulung ni... Kat kopitiam ni, popia dia inti kentang.. macam inti karipap tu... Disebabkan aku memang suka makan popia gulung ni... dengan confident-nya, aku belilah sampai RM2.00. Tamak haloba kata kau! Hahahha!... sekali.. nah! padan muka...





























Lain yang diharap... lain yang dapat... Sekali ngap, terjulur keluar inti.. Owh! tidak.... terus buang kau... tak ingin aku makan... tak sedap! bukan nak membazir... tapi, kan tekak orang preggy ni lain sikit. Nak offer orang sebelah, segan.. confirmed dia pun tak mau... dah tak sedap.. kalau sedap... memang dah lama dah aku offer kat dia... Kalau aku offer pun, mesti dalam kepala otak dia ada cakap macam ni.. 'tak sedap! offer kat aku buat apa?'... hahaha!... itu yang aku cuba elakkan... 





























Eh! aku tak bagitau erk popia tu inti apa? Popia tu inti fishcake... Kau pernah makan tak?... Memang tak sedaplah kalau ikut tekak aku... Tak tau pula kalau tekak kau boleh terima...

Sempena Ramadhan, hanya RM 87.50 dan penghantaran percuma di sekitar Lembah Klang..

Sebelum ni pun, aku pernah terkena juga... kau kenal kuih getas? alah!... yang kenyal-kenyal sikit tu... tak kenal?  ni hah!...


















Kuih ini pun, salah-satu daripada favorite aku juga... Susah juga nak jumpa kat sini.. Adalah satu hari tu... ternampak kuih ni kat kopitiam ni... aku pun apa lagi... terus rembat... sampai 6 tu... memang dasar tamak haloba.... aku tak makan kat sana.. aku bungkus... So, dah sampai kat tempat duduk aku.. barulah aku menghadap kuih tu... nak dijadikan cerita... aku pun offer orang sebelah.. kebetulan dia pun peminat kuih yang sama.... maka, kami pun mulalah makan... sekali gigit... Ya Allah! mau aku kena darah tinggi kau... masin yang amat... aku tak tau... dia tertumpah garam ke apa.... tak pun, itu 1st time dia buat kuih tu... Tekak aku memang tak boleh nak terima... aku bawa balik pergi kopitiam dan suruh staff dia pula yang rasa... Kan? masinkan?... gila.... aku pulangkan kuih tu dan ganti dengan kuih pau... masa aku nak patah balik keluar.. aku nampak kuih tu ada kat tempat display... aku sound direct je staff dia.. 'yang tu nak jual lagi ke?'... terkedek-kedek staff dia keluarkan kuih tu dari situ... 


Kek Pisang

Wah! sejak-sejak preggy ni, rajin sangat buat kek. Baby dalam perut ni teringin nak makan kot.. Hahaha!.. Jangankan baby dalam perut, mama dengan kakak dia pun sama. Kalau si kakak tu... kek..kek.. nak..nak.. itulah yang dia cakap bila nampak kek.. 






















Nak resipi? Boleh! hal kecil je..

Bahan-bahan yang diperlukan;

2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 cawan gula
3 biji pisang lenyek (lebih kurang setengah cawan)
1/2 cawan minyak masak
sedikit vanilla essence 
2 biji telur

Cara-cara membuatnya pula;

Putar telur dan gula sehingga kembang, masukkan vanilla essence dan pisang. Putar lagi... Kemudian masukkan tepung (yang telah diayak bersama baking powder dan soda bikarbonat).. tapi, aku tak bubuh soda bikarbonat.. sebab tak de kat depan mata. Akhir sekali masukkan minyak masak... Kacau hingga sebati..  Bila dah sebati, bolehlah dimasukkan ke dalam acuan... bakar pada suhu 180 darjah selama 40 minit...

Biasanya, aku akan panaskan oven selama 15 minit terlebih dahulu... lepas tu baru aku masukkan adunan kek tadi ke dalam oven.. Bukan apa.. sebab aku dah biasa buat macam tu... oven aku pun dah terbiasa. So, aku cuma teruskan kebiasaan tu.. Hanya tuan punya oven lebih mengenali oven miliknya... Aku cuma guna api bawah je... sebab oven aku tak biasa guna api atas bawah... takut kek tak masak kat tengah-tengah nanti...

Kek pisang yang aku buat ni tak gebu macam tuan punya resepi ni buat... sebab aku tak letak soda bikarbonat... pandai-pandai je aku adjust orang punya resipi.. hahaha!.. anyway, credit to www.jintanmanis.com untuk resipi ini... Kalau kau nak kek kau gebu! kau boleh klik terus url tu...  


Saya Mesti Pilih!

Hahahaha!... macam iklan bank rakyat pula dah... Ingat lagi tak entry iniSo, aku dah buat keputusan.. aku nekad! aku pilih yang ini.. Dah tukar secara rasmi dah pun... 

















Actually, aku pilih template ini bukanlah disebabkan aku obses sangat dengan pink color. Aku pilih template ini kerana aku nampak ianya sangat simple. Sesuai dengan taste aku buat masa ini... Jangan kata aku copycat pula...sebab aku bukan obses pada warna.. Kalau aku rasa nak tukar purple.. aku tukarlah.. kalau nak pakai orange.. orange-lah... tak copycat sesiapa ok! 

Time aku mula berjinak-jinak dalam dunia blogging ni, aku memang rajin tukar-tukar template.. bukan apa! saja nak mengasah minda dengan bermain coding mak nenek semua tu.. Time tu, aku bukan saja rajin buat carian pasal template... kalau aku jumpa sesuatu yang menarik dalam mana-mana blog yang aku singgah... aku akan bertanya how to do like that? sekurang-kurangnya, aku ada minat untuk mempelajari sesuatu yang baru. 

Sebenarnya, ramai juga blogger yang rajin buat tutorial pasal blog ni. Kita cuma perlu buat carian je... macam-macam kita akan jumpa.. Kau nak tau pasal apa?.. nak hidden-kan shoutbox? nak center-kan header? semua tu ada.. hanya di hujung jari je..  

Layout ni aku ambil kat pyzam je.. Selain daripada pyzam, aku juga suka refer kat btemplate. Ada banyak website lagi yang boleh kita refer pasal template ni.. tapi, aku lebih serasi dengan kedua-dua website ni... 



Cerita check up

Dah 6 bulan dah aku preggy kan? Tak pernah sekali pun aku update pasal check up yang terbaru ni kan? Memang aku sangat malas nak cerita pasal preggy kali ni.. Sorry to say that! Bukan tak nak share dengan kamu... tapi, entah! memang tahap kemalasan nak bercerita tu sangat tinggi.. Hahaha!.... Aku bagi lump sum boleh? aku update mana yang aku rasa perlu saja ye... yang lain-lain tu, bukan aku tak nak share tapi sebab aku tak faham bahasa perubatan yang digunakan.. Hahaha!

1st check up;

Tarikh : 04/05/2011

Ujian; 
ALB - N
Gula - B
Hb (gm%) - 10.1

Pemeriksaan;

Berat badan (kg) - 44.9
Tekanan darah - 110/70
Edema - -/-

Jangkamasa;
Tempoh hamil (minggu) - 13
Tinggi rahim (sm) - 12

Janin;
Kedudukan / presentasi - mass
jantung - -
gerak - -

2nd check up;

Tarikh : 01/06/2011

Ujian; 
ALB - N
Gula - B
Hb (gm%) - 10.0

Pemeriksaan;

Berat badan (kg) - 46.1
Tekanan darah - 89/64
Edema - -/-

Jangkamasa;
Tempoh hamil (minggu) - 17 1/7
Tinggi rahim (sm) - 16

Janin;
Kedudukan / presentasi - mass
jantung - -
gerak - -


3rd check up;

Tarikh : 29/06/2011

Ujian; 
ALB - N
Gula - B
Hb (gm%) - 9.4

Pemeriksaan;

Berat badan (kg) - 49.9
Tekanan darah - 106/64
Edema - m/m

Jangkamasa;
Tempoh hamil (minggu) - 21
Tinggi rahim (sm) - 20

Janin;
Kedudukan / presentasi - mass
jantung - + 169
gerak - +


4th check up;


Tarikh : 13/07/2011

Ujian; 
ALB - N
Gula - B
Hb (gm%) - 9.3

Pemeriksaan;

Berat badan (kg) - 51.2
Tekanan darah - 106/85
Edema - -/-

Jangkamasa;
Tempoh hamil (minggu) - 23/52
Tinggi rahim (sm) - 24

Janin;
Kedudukan / presentasi - mass
jantung - + 141
gerak - +

5th check up

Tarikh : 27/07/2011

Ujian; 
ALB - N
Gula - B
Hb (gm%) - -

Pemeriksaan;

Berat badan (kg) - 52.9
Tekanan darah - 106/70
Edema - -/-

Jangkamasa;
Tempoh hamil (minggu) - 25/52
Tinggi rahim (sm) - 25

Janin;
Kedudukan / presentasi - mass
jantung - + 152
gerak - +

* pada tarikh ini tiada blood test sebab aku dah sertakan keputusan ujian thalassaemia yang aku buat kat klinik luar...



Next check up pada 10/08/2011 jam 8.00 pagi...

Biasanya, aku suka buat appointment sebelah petang sebab bila dah habis check up... aku terus ke Kompleks PKNS.. tunggu Inchek Hubby datang jemput... tak nak aku melepak lama-lama kat klinik... Kat kompleks boleh lepak McD sambil menghadap lappy. Boleh cuci-cuci mata.. kalau rajin, boleh cuci purse sekali.. Hahaha!.... 

Tapi, sepanjang bulan Ramadhan nanti, aku dah set appointment jam 8.00 pagi.. time tu, masih fresh lagi.. bertenaga.. kalau pergi sebelah petang.. aku tak confident... takut rebah ke bumi.. dahlah tak boleh nak lepak kat McD... baik aku set pagi... lepas tu masuk office... kat office boleh tidur jap.. hehee...

Insya Allah! aku try untuk puasa penuh sepanjang Ramadhan nanti... Harap-harap bolehlah hendaknya... tapi, baby dalam perut ni pula sangat menduga.. Sangat kuat makan... Hahaha!.... 

Betulkah aku pregnant?

Aku tau ramai yang tak tau aku tengah pregnant.Siap godek-godek blog aku tu nak tengok bukti.. Hahaha! nah! gambar aku preggy tahun 2008 adalah... yang terbaru? aku pun baru perasan... aku tak de upload langsung gambar-gambar terbaru aku tengah preggy ni kan?... Dalam facebook pun tak de.. Kau tak payah cari... Aku memang tak de upload.. Aku malas nak bergambar... atau, lebih tepat lagi... tak de orang boleh tolong ambilkan gambar untuk aku. Lagi pun, preggy kali ni.... aku selekeh... tak make up langsung... tak pakai perfume pun... tu yang malas nak tunjuk gambar aku tengah preggy.. Tapi, kalau kau follow twitter aku.. kau akan tau perkembangan aku sepanjang preggy ni...

Apa-apa pun, layan dululah gambar aku preggy tahun 2008 ni erk... Hahaha!.. aku nak godek-godek lappy ni kalau-kalau ada terjumpa gambar preggy yang terbaru... tunggu tau!...





























So, untuk tidak menghampakan kamu semua... inilah dia gambar terbaru aku tengah preggy.. Aci tak?  hahaha! bolehlah daripada tak de langsung... 




























Hahaha!... mesti kamu bengangkan? tunjuk perut je... mesti kamu tak percaya itu aku kan?... Nantilah.... aku tengah tak rajin nak posing-lah sekarang... kalau nak tengok juga gambar terbaru aku.... kau tunggulah gambar raya keluar nanti ye... itu pun, kalau aku ada dalam gambar... Hahaha!... kan last year punya raya pun, tak de gambar... 

Ok! ok! aku akan usahakan jugalah demi kamu semua... hari raya nanti aku try ambil gambar sekeluarga. Tunggu tau!....


Tak Ingin Menghina...

Aku tengah marah! marah sangat dengan makhluk tuhan yang 1 ini. Siapa? Kalau kamu follow twitter aku.. kamu akan tahu siapa dia.. Tapi, aku tak de nak mention nama dia. Buat apa? Buang masa! 

Dia sebenarnya bekerja sebagai PAP... PAP tu apa? Pembantu Am Pejabat atau dulu dikenali sebagai Pembantu Am Rendah.. yang juga lebih dikenali sebagai PEON.  

Nak tau deskripsi tugas PAP yang sebenarnya? Aku nak bagitaulah ni...
Pembantu Am Rendah (PAR) adalah bertanggungjawab untuk membantu melicinkan perjalanan urusan pejabat seharian dengan memastikan pergerakan fail, penghantaran serta pendaftaran surat, memo, dan lain-lain dokumen serta membuat salinan fotostat surat, memo dan dokumen sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Jabatan. - Sumber JPA..
Nampak? patut tak dia boleh suruh aku ambil file dari bilik file? Bukankah pergerakan file tu memang kerja dia? Tapi, suka-suka hati dia nak suruh aku pula.. dahlah aku ni tengah mengandung.. tak agak-agak.. kalau tak mengandung pun, tak nak aku ikut arahan dia... dia siapa? PAP je pun... Sorry to say-lah! bukan semua PAP perangai macam dia.. Ada juga PAP yang rajin dan baik.. 

Pembantu Am Rendah (PAR) yang cekap perlu ;
mempunyai pengurusan diri dan masa yang baik;
Aku tengok dia tak de ciri-ciri yang ini. Datang kerja pun ikut suka hati dia.. macam office tu dia yang punya.. tapi, punch card masuk sebelum jam 8.00 pagi... Entah! hantu mana yang punch-kan card dia....
mahir dalam sistem pengurusan fail-fail terperingkat;
Urus file pun tak reti.. how?  padahal itu kerja hakiki dia....
mahir dalam urusan menghantar, mengasingkan dan merekod keluar-masuk surat-surat rasmi kerajaan;
Kerja ni? langsung dia tak buat... kerja dia besarkan telur je... Sorry! aku dah mencarut lagi... 
mahir mengendalikan mesin-mesin pejabat di jabatan;
Jangan harap! aku rasa aku lagi terror guna machine yang ada kat office tu.. Nak harapkan dia? Jauh panggang dari api...
mempunyai pengetahuan mengenai kod etika penjawat awam; dan
Jauh sekali! pergi kerja pun ikut suka hati dia... entah-entah dia tak pernah nak ambil tahu pun pasal kod etika semua ni... 
mempunyai kemahiran asas komunikasi / interpersonal.
Bab yang ni dia memang failed! Tak tau nak hormatkan orang. Pegawai kanan pun dia tak respect.. Inikan pula kerani macam aku? Hell-lah! ingat aku hairan?

Aku tulis dalam blog ni bukan bertujuan untuk mengaibkan dia.. Lagi pun, aku tak mention nama sesiapa kan?.. Aku cuma nak melepaskan geram atas sikap biadap dia.. Kalau tak kena batang hidung sendiri.. aku tak kisah... aku boleh buat selamba lagi.. tapi, pagi tadi memang buat aku naik angin.. Time preggy ni, aku punya temperature memang tak boleh nak dikawal. Siapa yang buat hal.. memang cari nahaslah.

Aku copy dari twitter aku...



















Kepada PAP tersebut, bilalah nak insaf? kerja dah lama.. patutnya dah terror tapi tak juga..



Beta Thalassaemia Trait

Mulai daripada tarikh 19/07/2011 maka sahlah aku memang ada Thalassaemia Minor ataupun dikenali sebagai Beta Thalassaemia Trait! Siap ada kad pengenalan pesakit tu! Wajib bawa ke mana saja bagi memudahkan orang ramai menghulurkan bantuan jika berlaku sesuatu yang tidak diingini. 




















Pembawa (Thalassaemia trait) selalunya tidak mempunyai simptom (asimptomatik).
Namun demikian, kejadian batu karang jenis bilirubin boleh berlaku di pundi hempedu dan ini mungkin memerlukan pembuangan jika ia menimbulkan masalah. Thalassaemia trait selalunya dijumpai secara kebetulan apabila seseorang itu menjalani ujian darah.
Kan? kalau aku tak suka-suka buat ujian darah, sampai sekarang pun aku masih tak tahu yang aku salah-seorang daripada mereka.
Bilangan sel-sel darah merah seseorang itu selalunya sama ada normal atau kurang sedikit (anemia) dan saiz sel-sel darah merah ini selalunya dilaporkan sebagai mempunyai saiz yang kecil. Seperti keadaan thalassaemia lain, pengenalpastian dilakukan dengan menjalankan Haemoglobin Electrophoresis.
Kekurangan zat besi boleh memberikan keadaan saiz sel darah merah yang kecil dan thalassaemia trait ini boleh tersilap diberikan diagnosis sebagai anemia yang berpunca daripada kekurangan zat besi.
Sebelum ini aku pernah buat ujian darah di Klinik Kesihatan seksyen 7 tu.. dan, result menunjukkan bahawa aku cuma anemia. See? Telah berlaku kesilapan diagnosis di situ..
Pemberian zat besi kepada individu yang mempunyai thalassaemia trait tidak akan menyebabkan saiz (serta kuantiti) sel darah merah itu bertambah. Sebaliknya, ia boleh melibatkan seseorang itu terlebih zat besi. Namun demikian, kekurangan zat besi boleh berlaku dalam kehamilan dan pendarahan.
Bila aku maklumkan kat jururawat yang aku ada Thalassaemia, terus mereka stop-kan pemberian iron tablet. Katanya, kalau dah confirm Thalassaemia buat apa bagi iron tablet.. 

Apa yang merisaukan aku adalah tentang ini...
Sekiranya seseorang itu adalah pembawa Beta Thalassaemia Trait, bolehkah penyakit itu diturunkan kepada generasi akan datang seandainya suami atau isteri adalah normal atau, pembawa?
 Dan, ini jawapannya...
Jika suami adalah normal, 50 peratus daripada anak mungkin turut menjadi pembawa (Beta Thalassaemia Trait) dan yang lainnya normal. Jika suami atau isteri adalah pembawa, 50 peratus dari anak mungkin menjadi pembawa, 25 peratus normal manakala yang 25 peratus lagi mungkin mempunyai Beta Thalassemia Major.
Oleh kerana aku adalah carrier, besar kemungkinan anak-anak aku juga akan turut menjadi carrier. Inchek Hubby juga perlu menjalani ujian ini bagi mengurangkan kerisauanku. Harap-harap semuanya ok!

Untuk bacaan lanjut berhubung dengan Thalassaemia ini, klik di sini saja.. 




Winners of the Night Race

Berita penuh di sini...

Wah! dah ada pemenang... Congrats kepada mereka yang berjaya. 

3rd Place























Tempat ketiga dimenangi oleh Mohd Aizat Bin Asha'ari dengan 95,100 kilometer... Dia menang HTC Desire S. 

2nd Place






















Tempat kedua pula dimenangi oleh Yumiko Bebe dengan 111,054 kilometer. Dia menang Canon EOS 550D.

1st Place

























Dan, pemenang tempat pertama adalah Nicky Kuan dengan 115,365 kilometer. Dia lagilah! menang iPad..



























Hebat-hebatkan mereka? Jealous aku! Aku cuba macam-macam contest tapi tak pernah menang... Hahaha!... muka tak de rezeki.. So, aku pun dah fed-up nak masuk mana-mana contest... Kecewa! 

Bila churp2 nak buat contest macam ini lagi?... Nak try again-lah... Dare to fail ok!... Usaha tangga kejayaan!... hahaa!... tapi, kalau dah banyak kali gagal tu... faham-faham sendiri sudah!... memang muka tak de rezeki kan?.... berundurlah... hahaa.. kalau tak, asyik kena kutuk dengan orang je nanti... hahaa!



Harga dan kualiti..

Sejak-sejak pregnant ni, selera aku lebih terarah kepada Char Kuey Teow. Padahal sepanjang hidup aku, susah aku nak pilih menu ni... Makanan favorite aku adalah bihun sup. Tapi, bila aku terkena hari tu... aku terus reject bihun sup daripada senarai makanan favorite aku. Patut tak dia letak harga RM5.50 untuk bihun sup yang rasa macam makan mee suhun tu? Dahlah tak de bergedil bagai... kosong je... 'kita letak harga kopitiam sebab nama pun kopitiam kan?'... Sakit otak ke? Kalau nak letak harga kopitiam pun, agak-agaklah!. Kalau standard tak macam kopitiam memang kena sumpahlah hari-hari. Tak maju business macam itu.. Aku rasa macam nak report kat Tribunal Pengguna je... agak-agak boleh tak? 






















Nasib baiklah Char Kuey Teow dia masih boleh diterima oleh anak tekak.. kalau tak, aku tak tau nak cari makan kat mana lagi.. Dahlah kopitiam tu je satu-satunya cafe yang ada kat sini. Hari-hari menu yang aku makan, kalau bukan Char Kuey Teow... mesti nasi goreng paprik... hahaha!... kau ingat tak bosan? bosan jugalah... tapi, itu je makanan yang anak tekak aku boleh terima... Nak buat macam mana?...  

Char Kuey Teow dia memang boleh dikategorikan sedaplah juga. Kalau tak sedap, confirm anak tekak aku dah tolak makanan tu keluar.. pedas tapi sedap! cuma apa yang jadi masalah... mahal! Disebabkan kemahalan makanan yang ada di kopitiam tersebut, aku dah lama tak turun breakfast kat bawah. Pagi-pagi, aku breakfast dengan biskut marie cicah air milo je.. Jimat sikit duit.. Kalau tak, dalam sehari mahu lebih RM10.00 juga.. Kadang-kadang boleh mencecah sampai RM15.00. Lagi-lagi kalau ambil nasi campur. Kalau sebulan? Kau kiralah sendiri.. Bukan nak berkira.. tapi, bila harga melampau-lampau dengan kualiti yang tak seberapa.... sakit jiwa ok! Dahlah nak kena saving untuk baby... raya lagi... Aduh! memang tenat rasanya. Macam hidup segan mati tak mahu... 

Menurut sumber yang boleh dipercayai, sales sehari pun tak sampai RM1k.. Hasil jualan kantin kat bangunan satu lagi tu yang banyak cover kopitiam ni.. Kalau semua orang pakat-pakat hantar complaint kat KP ni... boleh tutup kau! Silap-silap tukar orang lain... Tapi, itulah.... kalau setakat orang-orang cikai macam kami je yang dok complaint.. Tak de makna juga! Orang lain tak rasa mahal sebab gaji mereka pun besar. Macam-macam elaun ada. Kami? apa yang ada?.... 

Dulu, ada orang berceritalah... siapa? biarlah rahsia... Ada seorang pegawai berpangkat tinggi jugalah.. dok kata 'mahallah makanan kat Putrajaya ni.. Macam manalah kerani-kerani kat sini boleh hidup?'.... Aku yang pernah hidup kat Putrajaya selama 5 tahun setengah, tak rasa pun makanan kat sana mahal.. Banyak choice! Kalau kau rasa kat stall ni mahal.. kau pergi stall sebelah... kau carilah sampai kau jumpa makanan yang kau rasa kau mampu nak makan dan bayar. Setakat 5 tahun setengah aku hidup kat sana, tak pernah aku dengar kerani-kerani kat sana merungut sebab harga makanan yang mahal. Kau tengok! makanan kat sini yang memang mahal sangat-sangat, dia tak complaint... 

Aku tak pernah berkira tentang makanan. Aku sanggup bayar mahal kalau sesuatu makanan itu memenuhi kehendak aku. Sedap dan berkualiti. Aku pun tak kisah makan kat tepi jalan kalau makanan dia memang sedap dan berkualiti. Tapi, aku kisah bila makan kat tempat yang nampak gah tapi tak de kualiti. 



Pendapat Kamu?

Aku sebenarnya sedang rajin nak mengubah-suai template blog ni.. Aku nak tukar theme tapi terasa masih sayangkan theme yang ada sekarang. Walaupun bukan hasil buatan sendiri, tapi penat-lelah time menokok-tambah segala coding mak nenek itu yang membuatkan aku berfikir banyak kali untuk mengubah-suai sekali lagi...

Tapi, dek kerana semangat ingin mengubah-suai template yang sangat meluap-luap... aku gagahkan juga membuat carian berkenaan layout dengan bantuan google.com.. Dan, aku menemui beberapa layout yang menepati citarasaku... Apa yang menjadi masalah.... aku tak tau nak guna template yang mana.. Bagi aku, semua pun cantik-cantik belaka. Aku memerlukan pandangan kamu dalam hal ini... 

Ok! ini dia layout yang aku katakan tadi.. 

Theme : Belonging together


Theme : Delicate Flower

Theme : Hope Blooms (Pink)













Theme : Hope Blooms (Purple)

Theme : Pink Flower










































Banyakkan? Mesti kamu kata aku tamak haloba.. Aku bukan tamak... tapi, aku confused! tak tau nak pilih yang mana. So, aku sangat memerlukan pendapat kamu... Tolong! 

Semua theme ni aku ambil dari pyzam je... Aku nak create sendiri memang tak reti. Rabun IT... Sangat perlukan pandangan kamu semua.. Bila dah dapat pandangan dan pendapat daripada kamu semua... Aku akan decide nak pilih yang mana.... Lepas tu, barulah aku fikirkan sama ada nak guna 2 column atau 3 column. Tolong ye! Sangat memerlukan pertolongan kamu.....



McD & Coca-Cola Glass Meal

Apa-apa pun, baca dulu entry sebelum ini. Untuk makluman, glass itu sudah pecah! Aku tak pasti sama ada aku yang terpecahkan.. atau, budak kecil di rumah itu yang pecahkan. Actually, aku baru collect 3 daripada semua warna yang ada. Tapi, apakan daya? Bukan milikku selama-lamanya. Aku redha! 

Sebagai ganti, aku cuba untuk dapatkan koleksi yang ini pula. 
Sumber : website McD..






















Dan, aku cuma berjaya mendapatkan 2 daripadanya. Maklumlah! office dah jauh dari hiruk-pikuk shopping mall. Alah! dulu, office dekat dengan Shopping mall pun, kau malas nak pergi juga kan? Hahaha!.... Betul! betul! betul!






















Inilah 'can' glass yang aku berjaya perolehi. Aku kan tengah pregnant. Mana boleh makan fast food sangat. Tak baik untuk kesihatan aku dan juga baby dalam perut ni.. Haha!... Konon je! Padahal dalam sebulan tu lebih kurang 5-6 kali juga kau melantak McD... Hah! sudah....  

Gila! Bulan ni dah berapa kali makan McD.. Gemuklah aku macam ni... Time pregnant-kan si kakak dulu, aku paling suka makan Pizza Hut... Boleh dikatakan tiap-tiap hari aku nak makan pizza... Orang kata kalau asyik makan fast food je nanti baby besar dalm perut. Takut juga aku dengar. Tapi, Alhamdulillah! bila si kakak dilahirkan... dia tak de besar sangat. Dengan berat 2.98 kilogram je.. Harap-harap si adik pun sama. Biar kecil di dalam tapi bila dah lahir... membesar bagai johan...  

So, esok jika tiada pilihan lain.... maka, McD jugalah destinasi pilihanku... sambil cuci mata.... purse sudah nipis... Balance duit dalam bank pun makin menyusut. Isnin nanti baru gaji.. itu pun, banyak yang perlu disettle-kan terlebih dahulu. 

aku agak confused! nak iPhone 4 atau Sony Ericsson W8? Bantu aku buat keputusan boleh? 


Kek Marmar!

Sejak aku pregnant kali ke-2 ni, aku memang rajin buat cake. Dan, satu-satunya cake yang aku suka buat adalah Kek Marmar.. Hah? Kek Marmar? Tak pernah dengar? Itulah! mak suruh belajar masak dengan dia tak nak. Kek Marmar tu bukan kek si Marimar ye.. Aku saja je translate ke Bahasa Melayu. Biasanya, orang di luar sana akan sebut Marble Cake























Gambar kat atas ni sebelum dipotong 24. 

Nak try? boleh! tak de masalah.. Aku sedia berkongsi resipi. Lepas tu, kamu buat sendiri kat rumah ok! Aku pun ambil resepi ni dari sini juga. Anyway, thanks to resepi4u.com

Antara bahan-bahan yang diperlukan;

250 gram mentega (ikut suka nak guna brand apa pun - aku guna marjerin)
1 cawan gula halus
3 butir telur
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
sedikit vanilla essence
3 sudu besar milo - tambah air untuk dijadikan pes




























Cara-cara membuatnya pula;

Putar marjerin dan gula halus hingga keputihan. (Hah! jangan fikir benda lain ok!) 
Bila dah nampak keputihan, masukkan telur satu demi satu.. dan, masukkan vanilla essence. Putar hingga kembang. (Putar dengan electric mixer ye.. tak payah susah-susah nak pukul dengan tangan).
Masukkan pula tepung. Sedikit demi sedikit. Kacau dengan senduk kayu. 
Bahagikan kepada 2 bahagian. Bahagian yang 1 lagi, biarkan dengan warna asal manakala baki yang tinggal pula campurkan dengan pes milo.
Tuangkan berselang-seli....Bakar selama 50 minit.

Actually, nak membakar pun.. kena tengok oven kita ye.. Hanya jauhari yang mengenal manikam. Ada oven yang perlu dipanaskan selama 15 minit terlebih dahulu.. ada juga yang tak perlu... Ada yang perlu pasang api atas bawah... tapi, tidak bagi oven aku. Oven aku cuma perlu pasang api bawah je... Kadang-kadang, bila pasang api atas bawah.... takut cake tadi masak kat bahagian bawah dan atas je tapi tengah-tengah tak masak. Lagi 1, jangan usik cake yang kamu bakar tadi dalam tempoh 30 minit awal.. kerana ketika itu cake sedang mengembang. 

Aku dah try 3 kali dah resipi ni. 1st time menjadi.. tapi, silap guna loyang... cake tak rata. 2nd time, tak berapa jadi sebab aku try guna pewarna hijau dan merah.. campur dengan kismis. Kismis mendap ke bawah dan hangus. How erk? nak buat macam mana ye supaya kismis tak mendap ke bawah? Kali ke-3, cantik! everything nampak macam perfect! sekali potong.... hangus juga kat bahagian bawah. Terlebih set timer pula.. Bukan apa, aku tengok api tak menyala.. so, aku kurangkan timing membakar tu... Bila dah bunyi, aku tengok dan cucuk dengan garfu.. melekat pula. Aku pun pergi set timer oven tu balik... ikut timing yang aku kurangkan tadi.. At the end, terlebih sudah!.... tapi, masih boleh makan lagilah. Tak de lah teruk sangat hangusnya. 

Lagi pasal telefon.


Wordless Wednesday #3




Geram! Marah!

Entahlah! memang sudah menjadi rutin untuk aku meluahkan segala kemarahan yang terbuku di hati ke dalam sini. Aku jujur! jujur menyatakan kemarahan dan juga kegeraman itu. Aku tidak hipokrit sama sekali. Aku bosan dengan tingkah manusia itu. Dan, aku juga sedar bahawa mereka di luar sana turut tidak menyenangi tingkahku. Peduli apa? Bukan mereka yang memberikan aku sesuap nasi. Mereka cuma tahu memperlekehkan tingkahku.

Cuma, kali ini aku perlu berhati-hati bila mengeluarkan kata-kata. Bukan takut dilambung ombak tapi siapa tahu musibah yang bakal menimpa diri? Tiada siapa yang tahu kan? Malang memang tak pernah berbau.. Juga tidak pernah menampakkan dirinya. Jadi, aku perlu menjauhkan diri daripada kemalangan yang tidak pernah berbau itu. 

Apa yang membuatkan aku geram? Membuatkan aku marah? Biarlah ia tertanam di mindaku. Tak ingin aku merosakkan fikiran kamu di luar sana dengan masalahku. Biar aku mengatasinya sendirian. Aku sekadar mencoretkan isi hati tanpa ingin memberitahu apakah masalah itu. 

Kepastiannya! aku benci dengan situasi ini. Aku benci kerana ia mengganggu perjalanan fikiranku hari ini. Tapi, aku tak nak ia terus menggangguku. Ingin aku tanam ia sedalam-dalamnya. Jadi, jangan dipersoalkan! itu adalah keinginanku. 

Confused? Maaf! hari ini aku sangat bosan! geram dan marah! segalanya bercampur-baur. 

Try itTop up Adventure Game


There was an error in this gadget