PESANAN PENTING DARI PENAJA!

About Me

My Photo
RinnAzrinah
Alam Budiman, Selangor, Malaysia
I am Sabahan! 'Aku,saya,me,I,kami,kita' bagiku maknanya tetap sama..
View my complete profile

ENTRI POPULAR SEPANJANG MINGGU

PENJELASAN!

Aku tension setiap kali orang bertanya kenapa tak belajar driving? Rugilah kalau macam tu.. Kalau diikutkan hati, aku memang teringin nak drive kenderaan sendiri.. Aku nak belajar driving.. Tapi, orang lain tak tahu masalah aku.. Trauma yang aku hadapi... Orang lain tak alami apa yang aku alami.. Orang lain cuma tahu bercakap dan bercakap.. jenuh aku nak menjawab. Aku bosan setiap kali terpaksa menjawab pertanyaan serupa. Untuk memuaskan hati orang-orang yang sibuk bertanya mengapa aku tak belajar driving.. Ok! ini jawapan aku...

Bukan aku tak nak belajar driving. Aku nak! Kalaulah aku ada kemudahan itu, aku pasti tidak akan menyusahkan sesiapa. Apa yang menjadi masalahnya adalah keadaan kesihatan aku yang tidak mengizinkan. Ya! aku boleh pitam dan mengalami kekejangan otot pada bila-bila masa sahaja tanpa sebarang amaran. Itu sangat menakutkan ok! Bayangkan kalau ketika itu aku sedang memandu? Bukan membahayakan diriku seorang sahaja tapi mungkin akan membahayakan orang lain sama. 

Dulu, semangat aku berkobar-kobar juga nak belajar driving.. tapi peristiwa yang berlaku pada 18 November 2007 membuatkan aku takut.  Aku jadi trauma. Terbantut keinginanku untuk belajar driving. Ketika peristiwa itu, khabarnya pemandu yang merempuh kenderaan kami naiki itu sedang diserang sawan. Ya Allah! semuanya berlaku dalam sekelip mata. Kami yang ada dalam kenderaan itu nampak di depan mata bagaimana kenderaan itu datang dari arah bertentangan dan seterusnya merempuh kami.. Memang meninggalkan trauma buat aku. Apatah lagi majlis pertunanganku yang sepatutnya berlangsung pada malam itu digantikan dengan kenduri doa selamat. 

Walaupun sudah hampir 4 tahun peristiwa itu berlalu, aku masih belum dapat melupakannya. Aku takut. Trauma itu bukan sekadar memudarkan keinginanku untuk belajar driving.. tapi, juga memadamkan terus keinginanku. Aku lebih rela naik kenderaan awam yang ramai penumpangnya. Sekurang-kurangnya, mereka ada membantu jika aku pitam atau mengalami kekejangan otot di situ.   

Disebabkan itu, aku sangat bergantung harap kepada Inchek Hubby untuk ke mana-mana sahaja. Mungkin ada orang akan mengata aku manusia lembik.. Biarkan mereka terus berkata kerana mereka tidak berada di tempatku. Kalau aku ada sebuah kereta, sudah pasti aku tidak akan menyusahkan orang lain.. Namun, apakan daya? Aku bukan macam sesetangah orang itu... Kereta ada 2-3 buah... ada lesen memandu... tapi, masih tetap mahu mengharapkan ihsan orang. Situasi aku berbeza. Keadaan kesihatan membuatkan keinginanku goyah dan terus hilang... 


2 cakap-cakap:

EMMY said...

sama la ngan emmy
dah lama bekerja tapi masih tak ada lesen lagi
tapi target akhir tahun nih mesti ada juga
sebab plan nak tukar tempat kerja

princess_eryna said...

@EMMY

teringin gak nak blajar kete.. tp.. ntah laaa....

There was an error in this gadget