PESANAN PENTING DARI PENAJA!

About Me

My Photo
RinnAzrinah
Alam Budiman, Selangor, Malaysia
I am Sabahan! 'Aku,saya,me,I,kami,kita' bagiku maknanya tetap sama..
View my complete profile

ENTRI POPULAR SEPANJANG MINGGU

CITA-CITA

Kamu ada simpan lagi tak buku kemajuan pelajar masa sekolah dulu? Aku dah tak tahu simpan kat mana. Dah kena gigit dengan tikus kot.. Maklumlah! dah berapa tahun dah aku tinggalkan bangku sekolah. Kalau buka page yang terakhir, perasan tak column yang ada tanya cita-cita tu?

Time aku belajar dulu, aku akan isi tiga cita-cita. Pertama, cikgu.. kedua, jururawat dan ketiga, doktor... Hahaha!.. dan, cita-cita tersebut akan bertukar setiap tahun...  Untuk pengetahuan semua... tak de satu pun di antara cita-cita tersebut yang menjadi kerjaya aku sekarang. 

Aku tak de keinginan untuk menjadi seorang cikgu kerana kerjaya sebagai seorang cikgu memerlukan tahap kesabaran yang amat tinggi.. Dan, aku tiada itu. Aku bukan seorang yang sangat penyabar. So, aku memang tidak layak untuk menjawat profession itu.   

Jururawat? Doktor? lagi aku tak minat. Bukan aku tak pernah try isi form SPA-8 untuk minta separa perubatan tu... tapi, memang bukan rezeki aku agaknya. Reason yang paling kuat mengatakan aku tidak layak untuk menjadi jururawat atau doktor adalah disebabkan oleh darah... Hahaha!.. I was so afraid of blood. I can not see the blood. I'll faint. Tak percaya? tak pe... Tapi, itulah kenyataannya...  

Sudahnya, sehingga kini aku masih lagi bekerja makan gaji di sektor awam sebagai Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) yang lebih dikenali dengan nama kerani... orang dulu-dulu suka cakap 'aku kerja kerani cabuk je'... Hei! kerani pun kerja ok! Janji kau ada mata pencarian yang halal. Aku tak malu nak mengaku yang aku cuma seorang kerani. Aku dah bekerja dengan sektor awam lebih kurang 9 tahun. Aku mula bekerja pada Januari 2003 ketika aku berusia 21 tahun. 

Aku tak pernah menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang kerani. Cita-cita aku tinggi.. Tapi, mungkin rezeki aku hanya setakat ini.. Aku harus menerimanya dengan redha. 



0 cakap-cakap:

There was an error in this gadget