PESANAN PENTING DARI PENAJA!

About Me

My Photo
RinnAzrinah
Alam Budiman, Selangor, Malaysia
I am Sabahan! 'Aku,saya,me,I,kami,kita' bagiku maknanya tetap sama..
View my complete profile

ENTRI POPULAR SEPANJANG MINGGU

BERCINTA DENGAN ADIK IPAR!

Kenapalah mata aku tak mahu lelap malam ni? Aduh! Inchek Hubby dah tidur dengan si kecil tu. Aku je yang tak tidur lagi...Biasanya, aku yang lelap dulu.... Alahaiiiiii mata....

Ok! oleh kerana sang mata masih belum mahu pejam... apa kata kamu semua temankan aku update blog... boleh? Entry ni dah lama terperap dalam draft.. Tapi, belum ada kerajinan nak update.

Dah lama juga aku tak jenguk Nuffnang. So, minggu lepas aku pun bukalah website NN tu.. Konon-konon nak tengok BE.. Alhamdulillah! adalah juga walaupun ada 1 saja... Tapi, aku bukan nak cerita pasal BE tu. Ni  hah! keywords 'cerita bercinta dengan adik ipar'. Aku tercari-cari juga entry aku yang mana satu? tapi, aku tak jumpa... 


















Aku confident! memang aku tak pernah tulis entry yang macam itu. So, aku pun abaikan je persoalan itu... Muncul pula persoalan lain... Apakah motif si pencari cerita itu? Busy body ke? Hal orang pun nak ambil tahu.. Dia nak bercinta dengan adik ipar dia pun... biarlah! manalah tahu kalau-kalau dia tu duda or janda... Ada masalah ke dia nak bercinta dengan adik ipar dia?

Aku fikir yang baik-baik je. Aku tak nak fikir hal-hal yang negatif. Kalau kamu rasa bercinta dengan adik ipar tu suatu kesilapan, terpulang! Aku tak tahu... Eh! pandai-pandai pula aku buat rumusan. Entah betul entah tidak rumusan aku ni...

Tapi, betullah! aku masih tertanya-tanya apakah motif si pencari cerita itu... Mengapa dia beria-ia nak mencari erk? Nak jadi paparazzi ke? Wallahualam!


2 cakap-cakap:

sabree hussin said...

orang yang carik entry tu dah tersesat blog kot .. banyak sangat bw sampai jadi tak betul

princess_eryna said...

@sabree hussin

agaknye la.....

There was an error in this gadget