PESANAN PENTING DARI PENAJA!

About Me

My Photo
RinnAzrinah
Alam Budiman, Selangor, Malaysia
I am Sabahan! 'Aku,saya,me,I,kami,kita' bagiku maknanya tetap sama..
View my complete profile

ENTRI POPULAR SEPANJANG MINGGU

ALAHAN

Ya Allah! aku betul-betul tak dapat tahan mata daripada mengantuk. Bukan kebiasaan ok! Keadaan ini hanya berlaku baru-baru ini. Sejak aku disahkan mengandung anak kedua. Hari ni sudah masuk 17 minggu (4 bulan 1 minggu). Alhamdulillah! kali ni aku tak teruk macam mengandungkan Zahraa dulu. Dah tak ingat pasal Zahraa? Kamu pergilah selak-selak blog ini.. tak pun, pergi selak blog yang satu lagi... http://akudiazahraa.blogspot.com

Bercerita tentang pregnant... tak seteruk dulu. Kali ni, aku cuma loya dan muntah-muntah je. Tapi, muntah pun sakit ok! Makan..buang... kemudian makan lagi.... lepas tu buang lagi... penat! muntah memang sangat meletihkan. Tak lama! 2 bulan lebih je aku berkeadaan seperti itu. Apa yang aku tak boleh tahan ialah mengantuk. Sejak pregnant ni, aku tahu nak tidur je.. Pantang jumpa bantal... terus terlelap. Tak jumpa bantal pun.. aku lelap juga.. hahaha!.. 

Lagi satu.... time-time ni, janganlah suruh aku tanak nasi. Aku tak boleh bau beras.. padahal beras tu wangi... entah apa-apa je.. Perfume pun aku tak boleh bau.. tapi, aku terpaksa control. Aku tak sampai hati nak cakap kat orang. Bau badan or bau nafas jangan cakaplah... memang aku tak boleh bau... kat sini, aku terpaksa harungi semua tu... orang-orang kat office ni suka merokok dalam bangunan.. yang berhawa dingin.. centralize pula tu...   

Petang karang aku ada appointment kat klinik seksyen 7 tu.. Half day! Tunggulah aku update pasal check up tu nanti ye... Itu pun kalau aku rajinlah erk.. Sekarang ni mood nak blogging.. ber-tweet.. ber-facebook pun aku malas...

0 cakap-cakap:

There was an error in this gadget