PESANAN PENTING DARI PENAJA!

About Me

My Photo
RinnAzrinah
Alam Budiman, Selangor, Malaysia
I am Sabahan! 'Aku,saya,me,I,kami,kita' bagiku maknanya tetap sama..
View my complete profile

ENTRI POPULAR SEPANJANG MINGGU

AF : RELEVAN LAGIKAH?

Melihatkan kepada idea menggabungkan bekas peserta AF untuk konsert tersebut, memang menarik seandainya pihak Astro menerbitkan program khas seperti mana Maharaja LawakDengan menggabungkan juara dan bekas finalis AF sepanjang sembilan musim, memang tidak mustahil ia adalah idea terbaik untuk melengkapkan 10 musim AF. "Secara jujurnya, pihak kami memang mempunyai perancangan seperti yang dikatakan itu dan kami juga sedang menimbangkan idea tersebut. Apa pun, biarlah kami melihat kepada respons AF9 terlebih dahulu," jelas Azlin Reza lagi. - Sumber : Utusan


Sepanjang menonton AF musim ke-9, terus-terang aku katakan... program realiti ini semakin membosankan. Aku tidak pasti sama ada aku yang ketiadaan jiwa atau para pelajar itu yang tidak mampu menjiwai dan mewarnakan program tersebut... Mungkin program itu sendiri sudah kehilangan bisanya. Tidak lagi menyengat seperti sebelum-sebelumnya. Jika benar itu berlaku, relevan lagikah ianya diadakan? Cukup-cukuplah sampai di situ sahaja. Tak perlu ada program khas untuk melengkapkannya.

AF musim pertama, aku akui... tidak menontonnya kerana belum kenal program seperti itu. Dan, musim ke-2... aku mula sukakan program itu. Ya! hampir kesemua pelajarnya aku suka. Walaupun sebenarnya favorite-ku ketika itu adalah Kaer. Aku masih terus menonton program itu hingga ke akhirnya. Bagiku, musim itu adalah musim AF yang terbaik. program itu hidup. AF musim ke-3 pula, penyebab berlakunya gelombang Tsumawi. Maaf! aku tidak minat dia. 

Bermulanya AF musim ke-4... program itu sudah tidak berseri-seri lagi. Mula bosan dengan program itu. Begitu juga AF musim ke-5. Keghairahan dan keterujaan menontonnya tidak sama seperti ketika program itu baru bermula. AF 5 yang melahirkan juara wanita. Kemudian, diikuti dengan AF musim ke-6.. juga melahirkan juara wanita. Ya! aku kembali menontonnya kerana aura yang ada pada sang juara. 

AF7, AF8 dan yang terakhir.. tidak mampu mengujakan aku lagi. Aku semakin bosan dengan kejutan demi kejutan yang mampu dijangka. Sepatutnya ia sudah lama berakhir.   


0 cakap-cakap:

There was an error in this gadget