PESANAN PENTING DARI PENAJA!

About Me

My Photo
RinnAzrinah
Alam Budiman, Selangor, Malaysia
I am Sabahan! 'Aku,saya,me,I,kami,kita' bagiku maknanya tetap sama..
View my complete profile

ENTRI POPULAR SEPANJANG MINGGU

BISKUT CAMPUR CAP KINGKONG

Dah lama aku tak makan biskut ni.. Kamu pernah makan tak? Time sekolah dulu aku suka beli biskut ni... RM0.10 sebungkus je... Mana nak cari erk sekarang? Dah jarang jumpa dah! Sama juga macam snek Mamee yang RM0.10 sebungkus tu. Dulu, senang je nak dapat. Sekarang dah tak de. Aku ingat dia dah tukar packaging.. merata juga aku cari Mamee tu... Tapi, yang jumpa Mamee monster tu je.... Sila abaikan tentang itu ye sebab aku google dari tadi.. tak jumpa-jumpa juga mamee yang dimaksudkan... 



















Aku memang suka sangat makan biskut ni.. Tapi, lepas makan... kena minum air sebab dia melekat kat tekak macam kita makan kuning telur tu.. Melekat dan melekit. Kena minum air banyak... Kalau tak, nanti tercekik... Agak-agak kilang dah tak keluarkan lagi erk biskut ni? Dah tak jumpa kat mana-mana dah... Eh! aku bukan mengidam nak biskut ni.. Jangan salah faham! karang ada yang stress pula... Cari-cari tak jumpa... Aku juga yang kena nanti....

Aku tiba-tiba teringat je... Tak de maksud apa-apa pun. Tak payahlah kamu semua susah-susah carikan untuk aku... Aku tak mengidam.... Aku cuma teringat cerita-cerita lama je... dengan sengaja ingin mengimbau masa lalu.... 

Biasalah! bila ada depan mata... kita selalu buat tak endah..... tapi, bila dah tak de.... mata melilau cari merata... itulah orang kita.... Tapi, serius! biskut ni memang sedap... Aku suka! Kalau ada depan mata aku sekarang ni... aku sanggup tak update blog.. lepas habis makan biskut baru aku update blog... Hahahaa!!...




BERCINTA DENGAN ADIK IPAR!

Kenapalah mata aku tak mahu lelap malam ni? Aduh! Inchek Hubby dah tidur dengan si kecil tu. Aku je yang tak tidur lagi...Biasanya, aku yang lelap dulu.... Alahaiiiiii mata....

Ok! oleh kerana sang mata masih belum mahu pejam... apa kata kamu semua temankan aku update blog... boleh? Entry ni dah lama terperap dalam draft.. Tapi, belum ada kerajinan nak update.

Dah lama juga aku tak jenguk Nuffnang. So, minggu lepas aku pun bukalah website NN tu.. Konon-konon nak tengok BE.. Alhamdulillah! adalah juga walaupun ada 1 saja... Tapi, aku bukan nak cerita pasal BE tu. Ni  hah! keywords 'cerita bercinta dengan adik ipar'. Aku tercari-cari juga entry aku yang mana satu? tapi, aku tak jumpa... 


















Aku confident! memang aku tak pernah tulis entry yang macam itu. So, aku pun abaikan je persoalan itu... Muncul pula persoalan lain... Apakah motif si pencari cerita itu? Busy body ke? Hal orang pun nak ambil tahu.. Dia nak bercinta dengan adik ipar dia pun... biarlah! manalah tahu kalau-kalau dia tu duda or janda... Ada masalah ke dia nak bercinta dengan adik ipar dia?

Aku fikir yang baik-baik je. Aku tak nak fikir hal-hal yang negatif. Kalau kamu rasa bercinta dengan adik ipar tu suatu kesilapan, terpulang! Aku tak tahu... Eh! pandai-pandai pula aku buat rumusan. Entah betul entah tidak rumusan aku ni...

Tapi, betullah! aku masih tertanya-tanya apakah motif si pencari cerita itu... Mengapa dia beria-ia nak mencari erk? Nak jadi paparazzi ke? Wallahualam!


AF : RELEVAN LAGIKAH?

Melihatkan kepada idea menggabungkan bekas peserta AF untuk konsert tersebut, memang menarik seandainya pihak Astro menerbitkan program khas seperti mana Maharaja LawakDengan menggabungkan juara dan bekas finalis AF sepanjang sembilan musim, memang tidak mustahil ia adalah idea terbaik untuk melengkapkan 10 musim AF. "Secara jujurnya, pihak kami memang mempunyai perancangan seperti yang dikatakan itu dan kami juga sedang menimbangkan idea tersebut. Apa pun, biarlah kami melihat kepada respons AF9 terlebih dahulu," jelas Azlin Reza lagi. - Sumber : Utusan


Sepanjang menonton AF musim ke-9, terus-terang aku katakan... program realiti ini semakin membosankan. Aku tidak pasti sama ada aku yang ketiadaan jiwa atau para pelajar itu yang tidak mampu menjiwai dan mewarnakan program tersebut... Mungkin program itu sendiri sudah kehilangan bisanya. Tidak lagi menyengat seperti sebelum-sebelumnya. Jika benar itu berlaku, relevan lagikah ianya diadakan? Cukup-cukuplah sampai di situ sahaja. Tak perlu ada program khas untuk melengkapkannya.

AF musim pertama, aku akui... tidak menontonnya kerana belum kenal program seperti itu. Dan, musim ke-2... aku mula sukakan program itu. Ya! hampir kesemua pelajarnya aku suka. Walaupun sebenarnya favorite-ku ketika itu adalah Kaer. Aku masih terus menonton program itu hingga ke akhirnya. Bagiku, musim itu adalah musim AF yang terbaik. program itu hidup. AF musim ke-3 pula, penyebab berlakunya gelombang Tsumawi. Maaf! aku tidak minat dia. 

Bermulanya AF musim ke-4... program itu sudah tidak berseri-seri lagi. Mula bosan dengan program itu. Begitu juga AF musim ke-5. Keghairahan dan keterujaan menontonnya tidak sama seperti ketika program itu baru bermula. AF 5 yang melahirkan juara wanita. Kemudian, diikuti dengan AF musim ke-6.. juga melahirkan juara wanita. Ya! aku kembali menontonnya kerana aura yang ada pada sang juara. 

AF7, AF8 dan yang terakhir.. tidak mampu mengujakan aku lagi. Aku semakin bosan dengan kejutan demi kejutan yang mampu dijangka. Sepatutnya ia sudah lama berakhir.   


PENJELASAN!

Aku tension setiap kali orang bertanya kenapa tak belajar driving? Rugilah kalau macam tu.. Kalau diikutkan hati, aku memang teringin nak drive kenderaan sendiri.. Aku nak belajar driving.. Tapi, orang lain tak tahu masalah aku.. Trauma yang aku hadapi... Orang lain tak alami apa yang aku alami.. Orang lain cuma tahu bercakap dan bercakap.. jenuh aku nak menjawab. Aku bosan setiap kali terpaksa menjawab pertanyaan serupa. Untuk memuaskan hati orang-orang yang sibuk bertanya mengapa aku tak belajar driving.. Ok! ini jawapan aku...

Bukan aku tak nak belajar driving. Aku nak! Kalaulah aku ada kemudahan itu, aku pasti tidak akan menyusahkan sesiapa. Apa yang menjadi masalahnya adalah keadaan kesihatan aku yang tidak mengizinkan. Ya! aku boleh pitam dan mengalami kekejangan otot pada bila-bila masa sahaja tanpa sebarang amaran. Itu sangat menakutkan ok! Bayangkan kalau ketika itu aku sedang memandu? Bukan membahayakan diriku seorang sahaja tapi mungkin akan membahayakan orang lain sama. 

Dulu, semangat aku berkobar-kobar juga nak belajar driving.. tapi peristiwa yang berlaku pada 18 November 2007 membuatkan aku takut.  Aku jadi trauma. Terbantut keinginanku untuk belajar driving. Ketika peristiwa itu, khabarnya pemandu yang merempuh kenderaan kami naiki itu sedang diserang sawan. Ya Allah! semuanya berlaku dalam sekelip mata. Kami yang ada dalam kenderaan itu nampak di depan mata bagaimana kenderaan itu datang dari arah bertentangan dan seterusnya merempuh kami.. Memang meninggalkan trauma buat aku. Apatah lagi majlis pertunanganku yang sepatutnya berlangsung pada malam itu digantikan dengan kenduri doa selamat. 

Walaupun sudah hampir 4 tahun peristiwa itu berlalu, aku masih belum dapat melupakannya. Aku takut. Trauma itu bukan sekadar memudarkan keinginanku untuk belajar driving.. tapi, juga memadamkan terus keinginanku. Aku lebih rela naik kenderaan awam yang ramai penumpangnya. Sekurang-kurangnya, mereka ada membantu jika aku pitam atau mengalami kekejangan otot di situ.   

Disebabkan itu, aku sangat bergantung harap kepada Inchek Hubby untuk ke mana-mana sahaja. Mungkin ada orang akan mengata aku manusia lembik.. Biarkan mereka terus berkata kerana mereka tidak berada di tempatku. Kalau aku ada sebuah kereta, sudah pasti aku tidak akan menyusahkan orang lain.. Namun, apakan daya? Aku bukan macam sesetangah orang itu... Kereta ada 2-3 buah... ada lesen memandu... tapi, masih tetap mahu mengharapkan ihsan orang. Situasi aku berbeza. Keadaan kesihatan membuatkan keinginanku goyah dan terus hilang... 


AH AH AHMAD?

Hai Ahmad
Ahmad… Ahmad…

Pertama kali si aku malu-malu
Saat ku dekat ku ragu-ragu
Mungkinkah dia suka padaku
Ah Ah Ahmad…

Ternyata tanpa ku duga-duga
Aku terima salam darinya
Bergetar saatku membalasnya
Ah Ah Ahmad…

Dialah idola,
Dialah superstar
Mampu menggetarkan ranah jiwa

Dia yang ku nanti
Selalu terpuji
Ingin ku dekat, selalu ku dekat

Ahmad
Kau selalu dihatiku
Ahmad
Luluhkan keangkuhanku
Ahmad
Ingin aku cepat-cepat
Bercinta dengan lelaki paling hebat

Ahmad
Peribadinya sederhana
Ahmad
Tiada banyak bicara
Ahmad
Ku tak mahu lama-lama
Mendekat kepadaku dengan segera

Ah Ah Ahmad….
Ah Ah Ahmad….
Ah Ah Ahmad….
Ah Ah Ahmad….


--------------------------------------

1st time aku dengar lagu ni, aku tertanya-tanya siapakah penyanyinya? Aku tak tahu sama ada aku terhibur atau tidak dengan lagu ini. Apa yang pasti... dalam fikiranku, sinis bertanya lagu macam ini pun ada? Tapi, bila dah selalu dengar kat Era.fm... rasa macam kelakar pun ada. 

Jangan tak percaya! kerana Ahmad inilah aku banyak membuang masa mencari siapakah pelontarnya. Siap google ok! Manis juga orangnya.. 

Sumber : Murai.com





















Sedikit tentang pelontar lagu ini...

"Kemudian Arrora mengenali Usop Koperatasa. Arrora memberanikan diri untuk menyampaikan hasrat hati untuk bergelar penyanyi. Usop Kopratasa adalah orang pertama yang membawa Arrora ke studio rakaman yang terletak di Sungai Buloh. Lagu pertama Arrora nyanyikan Adalah "Takdir Cinta". Lagu tersebut adalah lagu milik Rossa. Arrora nyanyikan semula lagu ini adalah untuk menguji kemampuan vokal dan melihat bagaimana penerimaan masyarakat terhadap vokal Arrora. Alhamdulillah semuanya memberi pendangan yang positif".... untuk membaca dengan lebih lanjut, sila baca di sini...

Ok! berbalik kepada tajuk di atas... dalam aku sibuk memikirkan mengapa nama lelaki ini yang dipilih... Rupa-rupanya, Murai.com.my sudahpun menjawab persoalan itu.... Untuk mengetahui apakah jawapan itu, sila baca di sini....


LAURENCE FISHBURNE TINGGALKAN 'CSI'

Tahu tak siapa Laurence Fishburne ni? Tak tahu? Hah! Inilah dia orangnya...

Sumber : mStar.com.my



















Dah nak dekat-dekat episod penghabisan CSI : Vegas season 11 barulah aku terjatuh cinta dengan Dr. Raymond Langston ni.. Hahaha!... Tapi, sayang! Langston akan meninggalkan CSI. Menurut sumber ini , Langston memilih untuk tidak memperbaharui kontraknya dengan CSI : Vegas yang akan memasuki musim baru September nanti. Menurut sumber itu lagi, Langston yang juga pernah membintangi filem Matrix itu sedang menimbang untuk kembali ke layar perak sepenuhnya. Aku frust ok! 

Pernah tengok tak Matrix yang si Laurence ni berlakon? Aku tak ingat wei... tapi, ni ada gambar dia... Kalau tak silap dia bawa watak Morpheus.. Kalau salah tolong perbetulkan ok!.. jangan pula dicaci bagai.....

Sumber : sini





























Dulu, aku jarang nak tengok CSI : Vegas ni... kalau tertengok.. hah! baru tengok.. Kalau kata nak tunggu depan TV.. Sorry-lah! Aku kurang minat dengan CSI : Vegas yang sebelum-sebelum ini hanya kerana watak utamanya nampak tua dan kurang macho!.. Hahaha!.. Siapa erk nama pelakon asal tu? Nak ingat balik ni yang susah... Kan aku jarang tengok. Hah! William Petersen kalau tak silap... Alah! yang pegang watak Gil Grissom tu... 

Tak ingat muka dia? hah! ni dia orangnya...

Sumber : sini























Dalam gambar ni nampak handsome-lah pula si Grissom ni... Bila tengok CSI tu, nampak dia macam dah tua... itu pasal aku tak suka tengok... Hahaha!.... Jahat aku kan?... Tapi, Horatio lagi macho... aik tiba-tiba nama Horatio pula yang keluar... hehhe!.. itu Horatio cerita lainlah.............

Agak-agak siapa yang akan menggantikan tempat si Langston erk?... Adakah William Petersen akan kembali? Sama-sama kita nantikan ok!


CITA-CITA

Kamu ada simpan lagi tak buku kemajuan pelajar masa sekolah dulu? Aku dah tak tahu simpan kat mana. Dah kena gigit dengan tikus kot.. Maklumlah! dah berapa tahun dah aku tinggalkan bangku sekolah. Kalau buka page yang terakhir, perasan tak column yang ada tanya cita-cita tu?

Time aku belajar dulu, aku akan isi tiga cita-cita. Pertama, cikgu.. kedua, jururawat dan ketiga, doktor... Hahaha!.. dan, cita-cita tersebut akan bertukar setiap tahun...  Untuk pengetahuan semua... tak de satu pun di antara cita-cita tersebut yang menjadi kerjaya aku sekarang. 

Aku tak de keinginan untuk menjadi seorang cikgu kerana kerjaya sebagai seorang cikgu memerlukan tahap kesabaran yang amat tinggi.. Dan, aku tiada itu. Aku bukan seorang yang sangat penyabar. So, aku memang tidak layak untuk menjawat profession itu.   

Jururawat? Doktor? lagi aku tak minat. Bukan aku tak pernah try isi form SPA-8 untuk minta separa perubatan tu... tapi, memang bukan rezeki aku agaknya. Reason yang paling kuat mengatakan aku tidak layak untuk menjadi jururawat atau doktor adalah disebabkan oleh darah... Hahaha!.. I was so afraid of blood. I can not see the blood. I'll faint. Tak percaya? tak pe... Tapi, itulah kenyataannya...  

Sudahnya, sehingga kini aku masih lagi bekerja makan gaji di sektor awam sebagai Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) yang lebih dikenali dengan nama kerani... orang dulu-dulu suka cakap 'aku kerja kerani cabuk je'... Hei! kerani pun kerja ok! Janji kau ada mata pencarian yang halal. Aku tak malu nak mengaku yang aku cuma seorang kerani. Aku dah bekerja dengan sektor awam lebih kurang 9 tahun. Aku mula bekerja pada Januari 2003 ketika aku berusia 21 tahun. 

Aku tak pernah menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang kerani. Cita-cita aku tinggi.. Tapi, mungkin rezeki aku hanya setakat ini.. Aku harus menerimanya dengan redha. 



ALAHAN

Ya Allah! aku betul-betul tak dapat tahan mata daripada mengantuk. Bukan kebiasaan ok! Keadaan ini hanya berlaku baru-baru ini. Sejak aku disahkan mengandung anak kedua. Hari ni sudah masuk 17 minggu (4 bulan 1 minggu). Alhamdulillah! kali ni aku tak teruk macam mengandungkan Zahraa dulu. Dah tak ingat pasal Zahraa? Kamu pergilah selak-selak blog ini.. tak pun, pergi selak blog yang satu lagi... http://akudiazahraa.blogspot.com

Bercerita tentang pregnant... tak seteruk dulu. Kali ni, aku cuma loya dan muntah-muntah je. Tapi, muntah pun sakit ok! Makan..buang... kemudian makan lagi.... lepas tu buang lagi... penat! muntah memang sangat meletihkan. Tak lama! 2 bulan lebih je aku berkeadaan seperti itu. Apa yang aku tak boleh tahan ialah mengantuk. Sejak pregnant ni, aku tahu nak tidur je.. Pantang jumpa bantal... terus terlelap. Tak jumpa bantal pun.. aku lelap juga.. hahaha!.. 

Lagi satu.... time-time ni, janganlah suruh aku tanak nasi. Aku tak boleh bau beras.. padahal beras tu wangi... entah apa-apa je.. Perfume pun aku tak boleh bau.. tapi, aku terpaksa control. Aku tak sampai hati nak cakap kat orang. Bau badan or bau nafas jangan cakaplah... memang aku tak boleh bau... kat sini, aku terpaksa harungi semua tu... orang-orang kat office ni suka merokok dalam bangunan.. yang berhawa dingin.. centralize pula tu...   

Petang karang aku ada appointment kat klinik seksyen 7 tu.. Half day! Tunggulah aku update pasal check up tu nanti ye... Itu pun kalau aku rajinlah erk.. Sekarang ni mood nak blogging.. ber-tweet.. ber-facebook pun aku malas...

There was an error in this gadget