PESANAN PENTING DARI PENAJA!

About Me

My Photo
RinnAzrinah
Alam Budiman, Selangor, Malaysia
I am Sabahan! 'Aku,saya,me,I,kami,kita' bagiku maknanya tetap sama..
View my complete profile

ENTRI POPULAR SEPANJANG MINGGU

LANGSIR BUKAN LANGSUIR!

Aku sebenarnya tengah sakit hati dan bengang kat sebuah gedung kain yang terkemuka di Shah Alam ni. Nak aku mention nama gedung tu ke? Tak payahlah! Tak pasal-pasal aku pula yang kena saman nanti. Nak dijadikan cerita.. Kira-kira 2 minggu yang lalu, aku dengan Inchek Hubby pergilah gedung tersebut untuk tempah langsir. Boleh pula minah yang ambil tempahan tu tanya aku bila nak pakai langsir tu... Inchek Hubby tanya balik... hari ni boleh siap tak... Nah! pertanyaan balas yang tak agak-agak. Sila jawab! Tersengih-sengih minah tu jawab... Hari ni memang tak sempatlah.... So, aku bagilah tempoh seminggu untuk menyiapkan langsir tu... Dan, tanpa teragak-agak minah tu pun menjawab dengan penuh confident.

Dah nama pun gedung kain terkemuka di Malaysia.. mesti orang lain punya expectation tinggi kan? Dengan penuh mengharap.. petang hari Sabtu bersamaan dengan 14/05/2011 aku pun call-lah gedung kain tersebut untuk bertanya tentang status langsir aku tu... Sangat menyakitkan hati kerana jawapan yang diberikan adalah MASIH ADA KAT TAILOR... APA-APA PUN, KALAU PERSON IN CHARGE TU MASUK KERJA ESOK.. SAYA AKAN SURUH DIA CALL PUAN... Aku pun tertunggu-tunggulah call dari orang yang bertanggungjawab dalam hal itu.... Memang aku ada terima call tapi malangnya bukan person in charge yang call aku... kawan dia yang call aku... siap bagitahu aku yang tailor tengah siapkan langsir.. Then, suruh aku datang ambil pada hari Selasa.. Ok! aku bagi change lagi... Hari Selasa tu aku call lagi... Lagi bertambah sakit hati aku dibuatnya. masih lagi kawan kepada person in charge yang jawab call... Katanya person in charge tu ada bagitahu dia yang tailor tu akan hantar langsir tu pada hari Rabu.... Nanti kita akan suruh staff kita hantar ke rumah puan.... Kepala otak kau! Sampai sekarang aku tak dapat.... Tak pe..tak pe... nanti aku datang jumpa supervisor kau...

Kalau dah tahu tak boleh nak siapkan dalam tempoh seminggu kenapa tak bagitahu awal-awal? Aku boleh bagi masa untuk kau siapkan langsir aku tu..... Kau nak berapa lama? Sebulan? 2 bulan?..setahun?... Aku boleh bagi ok... Boleh tak kalau aku bayar separuh daripada balance yang patut aku bayar tu? Lagi pun, kau tak siap ikut tempoh yang aku minta.. Kalau macam itulah kau punya service...hurmmm..... baik aku tempah kat kedai-kedai kecil je... kalau tak boleh siap cepat.. confirm mereka inform awal-awal.... 

p/s : pandai-pandailah jaga nama.... jangan disebabkan service yang macam itu... kau hilang pelanggan....





0 cakap-cakap:

There was an error in this gadget