PESANAN PENTING DARI PENAJA!

About Me

My Photo
RinnAzrinah
Alam Budiman, Selangor, Malaysia
I am Sabahan! 'Aku,saya,me,I,kami,kita' bagiku maknanya tetap sama..
View my complete profile

ENTRI POPULAR SEPANJANG MINGGU

CARD CREDIT SERVICE CENTRE

Kisah benar! Aku betul-betul menyampah bila dapat call dari Card Credit Service Centre ni. Rasa macam nak campak jauh-jauh je hand phone tu. Dah tahu kita tengah buat kerja.. lagi nak tanya macam-macam. Tension ok!

Hasil carian google
















Apa yang aku pelik... dari mana pihak tersebut dapat tahu yang kita ada apply credit card erk? Entah-entah ada orang dalam bank sendiri yang jual maklumat kot! Kejap-kejap insurance-lah call... travel agency-lah... lepas tu, sembang panjang-panjang explain pasal mereka punya plan-lah... Silap-silap haribulan, nombor IVR yang ada kat belakang card credit tu pun dia minta. Kamu jangan bagi ok! Mana-mana bank pun dah pesan kat client masing-masingkan? Jangan dedahkan maklumat card credit kepada pihak ketiga. Bahaya ok! Tapi, pihak terbabit sangatlah tak berputus asa. Call berkali-kali. 

Once upon a time.... pihak terbabit ada call aku. Aku layan je.. Minta confirmation pasal card credit. Siap sebut detail tau aku punya nombor card credit. Wah! dahsyat... Aku iyakan je sebab nombor yang dia sebut tu memang betul tapi card tu aku dah potong.. Aku bagi je nombor IVR tu... Hahaha!... Aku cakap aku banyak kerja.. aku terus letak phone. Dia call pula Inchek Hubby. Mak aii!... siap marah-marah lagi tu. 

Ini perbualan antara Inchek Hubby dengan orang itu.

wakil card credit : Hello! ini En.....? Suami Pn.....?

Inchek Hubby : Ye...

wakil card credit : Saya call Pn.. tapi dia tak angkat.. saya tanya En... boleh? tadi Pn.... da bersetuju dengan plan insurance yang kami bincangkan tadi... (tak habis cakap)...

Inchek Hubby : Dia dah ada insurance-lah... Tak nak! tak nak!... 

wakil card credit : mana boleh macam tu En.... ! Pn.... dah setuju tadi... kalau tak saya potong card ni....

Inchek Hubby : potonglah!.......
Ayat lebih kurang je kot... yang lain-lain tu aku tokok-tambah je... Actually, aku pun tak ingat wakil mana yang call aku tu... Maklumlah! banyak sangat call sampah yang aku terima... Ni pun Inchek Hubby cerita semulalah... Ayat confirm tak sama...

Bodoh! siap ugut nak potong tu.... dia tak tahu.. card tu memang dah potong pun... Nampak sangat menipu. Nak buat kerja senang je... Tak berkat hidup dengan hasil menipu ni... 

Sekarang ni, kalau aku dapat call sampah ni lagi.... aku akan tanya dia balik... then, said 'minta maaflah! saya tak berminat.. dah banyak sangat terima call macam ni... "

******************************

Musykil! bukankah setiap bank ada card credit centre sendiri?


7 cakap-cakap:

Anonymous said...

i just got a similar call. its all spam. some insurance company trying their luck on u.

ardmad said...

Aku rasa nak tempeleng je mamat lembut yg call aku tu. Card service center konon...

Aku habihkan masa dekat sejam lebih dgr penerangan dia sebab aku ingat dia wakil maybank.

Patutlah pujuk smpai berejam sebab nakkan RM499 duit customer. Last minute aku batalkan sb tersedar diaorg ni tkde kena mengena dgn maybank. Haramjadah betul. Habiskan masa aku berejam semata2 nk kan RM499 aku!

Boleh plak dia dok main2 dgn no kad kredit aku. Al-hasilnya aku trpksa batalkan kredit kad aku dan kena tunggu kad baru - back to square 1. Nak kena buang masa pegi bank ambik kad dan sign itu ini. Kali ni aku nak maki pihak maybank tu. Diaorg yg sibuk jual detail customer credit card diaorg sendiri.

Pemiliki baru kad akan di-contact oleh haramjadah2 ni. Sb diaorg gilakan RM499 tu. Apasai sibuk promosi kt pemegang kad baru? Apasai tk contact pemegang kad yg dah berkurun2 lama yg ada?? Sb diaorg nk cepat - pemegang kad baru masih ada money inside. Kena la cepat2 sb kalau tidak tk dpt le diaorg RM499 tu!

Aku harap pemegang kad kredit baru baca komen aku ni supaya terselamat dari haramjadah2 pundek mcm ni. Promosi dapat diskaun la, cover insuran RM150,000 la, percutian ke 6 star hotel la...Ada ke 6 star hotel??? Bagi aku, aku prnah dgr 5 star hotel saja!! Sesiapa yg prnah dgr - lantak korang!

AKU NAK REPORT POLIS! Aku nak hantar no2 syarikat haramjadah mcm ni biar polis siasat!

- ManDan
www.ersante.com

azury said...

huh..aku pun baru kena tdi dia siap call mintak no credit card dan expired date card, mati2x aku ingat card centre bank..aku terbagi yg aku muskil dia call guna hp, dn yg paling buat aku marah bila dia cuba nk mintak no ivr...siap mintak nama mak aku dan ic lagi, disitulah aku tahu aku kena tipu!!! terpaksa aku call credit card service centre utk block card aku dan terpaksa juge la aku tukar ke card baru!

moral off the story bank xkan call mintak no cc, expired date,ivr dn nama mak, hati2x semua dan buat diri aku juga.

Anonymous said...

Aku pun baru je kena call dgn minah service card centre tadi.. Aku dah banyak kali kena call benda2 sampah mcm ni kerana kad kredit.. Bila aku tak terima tawaran minah tu marah2 pulak dah.. Siap cakap " awak ni baru bangun tidur ke?" huh! Begitu rupanya mereka bila tak berjaya tipu org kan... Kalau nak cari makan pun wat la secara halal.. Bukan nak tipu org..

Anonymous said...

omg aku pun baru ja dpt call yg sama..kononnya nk dpt cover insurance rm 150,000 la dpt percutian free la...luar negara dlm negara la....whatever!!aku pun x sedar yg aku ditipu aku tersedar bila diarang siap passing 2 dua tiga org da...1st org utk penerangan...lembut gigi dari lidah..org kedua utk confirmation.org ketiga untuk memujuk yg aku nk tergelak tu kali keempat call aku manager bengong pulak dok buat soalan monyet mengapa,kenapa,siapa,bagaimana, n so on!!yg aku bengang tu nk mintak aku pnya ivr number diarang ingat kita ni bodoh sangat ka..klu serius credit card centre memang x de nk passing 4 5 org...dah jadi satu kerja dh nk kena call credit card centre buat cancel n buat kad baru....konannya bila bg dkt diarng ivr number x pyh la nk byr government tax.....ingat la wahai kwn 2 ku ingat la sebelum terkena..khas untuk pemegang credit card!!!tipah tertipu tipu tertipah..omg

Anonymous said...

as'salam. citer psal service centre nie..pakcik pun dah tkena..igt dr pihak bank..uper2nye dr pihak lain..baik punyer pyamaran. dia kata kad kedit pakcik akan dcaj oleh pihak satu lag...(iaitu pihak yg dah mkantoikan pakcik, masa mula2 guna k/kedit). lagak mmg macam pgawai bank..x abis cakap..dia kata kalau p/cik setuju ngan syarat yg dkemukakan..jad kad p/cik x dpt dguna oleh pihak lain..(dia kata pihak yg dulu bleh caj trus dr k/kedit p/cik tanpa kebenaran dr p/cik) trus je setuju..kata x perlu bayar apa2...tap yg last skali kene bayar gak utk bayaran pgurusan sbyk rm599..byk tu. dlm2 setuju tu tlintas kat hati nie...betui ka nie. last trus tpon pihak bank..dan pihak bank kata, x der pun wat pomoc sprt yg service centre nie wat..sah kena tpu hidup2 dan bulat2. dlm b'ingat kena gak..

Anonymous said...

Cerita ni sama kena kat aku...adoi aku punyalah jujur semua nombor aku bg. Pada hal aku dah kena sekali. Ini kali kedua aku kena..tp dua2 kali tu aku terselamat sbb lps call tu hati aku tak sedap. Cepat2 aku block kad aku... Tak pasal2 kad aku asyik kena tukar baru. Yg aku herannya semua maklumat ttg aku dia ade.... Zaman skarang. Cara menipu pun canggih.. Tak sedar kita ditipu. Aku harap benda ini tak berulang. Satu perkara yg aku pelajari jgn bg tau sape2 nombor rahsia tu..kalu betul customer service centre pun dia x kan mintak no tu...aku harap aku tak kena lagi dan lagi dan lagi

There was an error in this gadget