PESANAN PENTING DARI PENAJA!

About Me

My Photo
RinnAzrinah
Alam Budiman, Selangor, Malaysia
I am Sabahan! 'Aku,saya,me,I,kami,kita' bagiku maknanya tetap sama..
View my complete profile

ENTRI POPULAR SEPANJANG MINGGU

BUKAN REDMUMMY JE... AKU PUN!!

Tajuk entah apa-apa! hahaha...

Aku pun peminat merah juga! Bukan Redmummy je ok! cuma aku bukan Red Diva... Red Diva hanya untuk Redmummy... hahaha























Ni aku nak tunjukkan 1/3daripada barang-barang aku yang berwarna merah dan maroon...Aku tak nak tunjuk semua... Nanti orang kata aku nak rampas title Red Diva pula... Hehehe!!
























Terbaru! kitchen cabinet berwarna merah...Aku sengaja pilih warna merah untuk my kitchen dengan harapan aku akan dapat aura untuk rajin ke dapur.. Hahaha!.. Bukan disebabkan taksub dengan Redmummy ok! 





















Hahaha!!.... motif? Tak de motif sebenarnya. Aku juga sebenarnya adalah seorang pencinta merah. Cuma, kurang menonjol berbanding dengan Red Diva itu...

Di bawah ni merupakan hasil carian Google tentang warna merah.

"Warna merah sebenarnya membawa maksud keteguhan, keberanian, keceriaan dan  kemegahan. Warna ini  dikatakan memberi dorongan kepada keadaan yang lebih positif dalam kehidupan masyarakat Cina.  Warna ini sering digunakan dalam perayaan dan sambutan majlis kebesaran mereka kecuali hari-hari yang menunjukkan keadaan kesedihan dalam kehidupan mereka.  Warna ini akan terus menjadi simbol kemegahan masyarakat tersebut malah melambangkan keteguhan dan kemegahaan negara apabila  digunakan sebagai simbol pada logo-logo, lencana, bendera dan setem malah turut diterjemahkan pada wang kertas dan duit syiling.

Warna merah sering dikaitkan dengan masyarakat Cina   terutama pada setiap kali sambutan Tahun Baru Cina. Warna tersebut akan mendominasikan persekitaran kehidupan mereka. Namun, warna merah juga menguasai hampir setiap ruang di dalam dan luar rumah mereka.   Bila tibanya perayaan ini hiasan berwarna merah sering  digantung sepanjang jalan yang menandakan perayaan itu kini bukan sahaja disambut oleh masyarakat tersebut tetapi juga sudah menjadi seperti perayaan seluruh masyarakat."

Ada apa dengan merah? Apa kaitan merah dengan aku? Merah hanya sekadar warna. Actually, warna merah mampu memberikan kekuatan semangat kepadaku tatkala diri dilanda pelbagai masalah. Dulu, aku memang sangat lemah... Lemah untuk menghadapi kenyataan hidup. Lemah untuk menerima hakikat kehidupan yang perlu aku harungi. Tapi, setelah aku mendengar kata-kata daripada seorang pakar motivasi tentang warna merah.. Aku cuba menerapkan ia dalam kehidupanku. Alhamdulillah! Kini, aku punya kekuatan untuk meneruskan kehidupan. Aku tidak lagi selemah dulu. Tapi, aku juga tidak sekuat mana. Aku masih memerlukan orang-orang di sekelilingku..  

Apa-apa pun, warna merah itu memberikan aku suatu kekuatan yang tiada dalam diriku... 


1 cakap-cakap:

Ms and Mr Red Ribbon said...

saya dulu xminat kaler merah... tp skrg dalam dunia blog, saya Ms Red Ribbon :)

There was an error in this gadget