PESANAN PENTING DARI PENAJA!

About Me

My Photo
RinnAzrinah
Alam Budiman, Selangor, Malaysia
I am Sabahan! 'Aku,saya,me,I,kami,kita' bagiku maknanya tetap sama..
View my complete profile

ENTRI POPULAR SEPANJANG MINGGU

JANGAN TERPEDAYA!

Ingat lagi entry ini? Kali ni, aku copy & paste je dari e-mail.. Ketiadaan idea untuk blogging.. Dan, tak tahu nak blog about what... 

-----------------------------------

Hi, I came back from oversea trip to Scotland.I am Miss.A.Dayan Hayley,I work with Avocet Mining PLC in UK as assistant senior supervisor.We may not know ourselves for now but it is my heart desire to take vacation leave from our company to visit Malaysia for the first time because my  father originally came from M'sia.It is no longer a news that Asia is developing so fast and catching up with developed countries with a lot of tourist attraction  centers,it gives me so much joy because I want to witness it and be part of it.

I do not mean to inconvenience you,I want to build a close relationship with you.I will appreciate it if you can spare your time to welcome and accompany me,never mind I will take care of the expenses.If you are interested  could you please tell me little about yourself and let me know the nearest airport to you that will be easier for you to come and fetch me on arrival?
I await for your reply

My Regards
Miss.Ascroft

*****************

Dear Friend,

I want to transfer US$10.5 Million to your bank account. The fund belong to our deceased customer who died with his entire family in Iraq War 2006, leaving nobody for the claim and as such, I decided to contact you as to enable us claim the fund. Your share is 40% while 60% for me. Contact me only through my private e-mail mr.abal2@gmail.com for more details: This transaction is 100% risky free.

Thanks,
Mr.Abal Ali,
Banque Regionale De Solidarite
Ouagadougou, Burkina-Faso.

*************

MY LAST WISH, KINDLY USE IT WELL.

Dear friend,

I am Mrs Blake Bianca and i have been suffering from ovarian cancer disease and the doctor said that i will give up anytime from now. I am from (Ottawa) Canada but based in Africa Burkina Faso since eight years ago as a business woman dealing with gold exportation. Now that i am about to end the race like this, without any family members and no child. I have $3 Million US DOLLARS in Africa Development Bank (ADB) Burkina Faso which i instructed the bank to give to St Andrews Missionary Home in Burkina Faso. But my mind is not at rest because i am writing this letter now through the help of my computer beside my sick bed.

I also have $4.5 Million US Dollars at Ecobank here in Burkina Faso and i instructed the bank management(ECOBANK PLC) to transfer the money to you as soon as you apply to the bank, because i am on my seek bed and my illness is increasing seriously, my eyes are feed with tears, the doctor said that i will give up anytime from now, so i don't know if i will see tomorrow.

As i am ending this race without any family or child, i want you to assure me that you will take 50% of the money and give 50% to the orphanages home in your country for my heart to rest in peace. You are to contact the bank management(ECOBANK PLC) through this email address (ecobankplc.bfaso@gmail.com) immediately you receive this message. May God bless and give you strength to carry out my last wish as i told you.

Yours fairly friend,
Madam Blake Bianca.

--------------------------------------------------

Kamu di luar sana! jangan terpedaya apabila menerima e-mail sebegini. Semua ini tipu! Dear friend....dear friend... bila masa pula aku pernah jadi kawan mereka ni... 




CARD CREDIT SERVICE CENTRE

Kisah benar! Aku betul-betul menyampah bila dapat call dari Card Credit Service Centre ni. Rasa macam nak campak jauh-jauh je hand phone tu. Dah tahu kita tengah buat kerja.. lagi nak tanya macam-macam. Tension ok!

Hasil carian google
















Apa yang aku pelik... dari mana pihak tersebut dapat tahu yang kita ada apply credit card erk? Entah-entah ada orang dalam bank sendiri yang jual maklumat kot! Kejap-kejap insurance-lah call... travel agency-lah... lepas tu, sembang panjang-panjang explain pasal mereka punya plan-lah... Silap-silap haribulan, nombor IVR yang ada kat belakang card credit tu pun dia minta. Kamu jangan bagi ok! Mana-mana bank pun dah pesan kat client masing-masingkan? Jangan dedahkan maklumat card credit kepada pihak ketiga. Bahaya ok! Tapi, pihak terbabit sangatlah tak berputus asa. Call berkali-kali. 

Once upon a time.... pihak terbabit ada call aku. Aku layan je.. Minta confirmation pasal card credit. Siap sebut detail tau aku punya nombor card credit. Wah! dahsyat... Aku iyakan je sebab nombor yang dia sebut tu memang betul tapi card tu aku dah potong.. Aku bagi je nombor IVR tu... Hahaha!... Aku cakap aku banyak kerja.. aku terus letak phone. Dia call pula Inchek Hubby. Mak aii!... siap marah-marah lagi tu. 

Ini perbualan antara Inchek Hubby dengan orang itu.

wakil card credit : Hello! ini En.....? Suami Pn.....?

Inchek Hubby : Ye...

wakil card credit : Saya call Pn.. tapi dia tak angkat.. saya tanya En... boleh? tadi Pn.... da bersetuju dengan plan insurance yang kami bincangkan tadi... (tak habis cakap)...

Inchek Hubby : Dia dah ada insurance-lah... Tak nak! tak nak!... 

wakil card credit : mana boleh macam tu En.... ! Pn.... dah setuju tadi... kalau tak saya potong card ni....

Inchek Hubby : potonglah!.......
Ayat lebih kurang je kot... yang lain-lain tu aku tokok-tambah je... Actually, aku pun tak ingat wakil mana yang call aku tu... Maklumlah! banyak sangat call sampah yang aku terima... Ni pun Inchek Hubby cerita semulalah... Ayat confirm tak sama...

Bodoh! siap ugut nak potong tu.... dia tak tahu.. card tu memang dah potong pun... Nampak sangat menipu. Nak buat kerja senang je... Tak berkat hidup dengan hasil menipu ni... 

Sekarang ni, kalau aku dapat call sampah ni lagi.... aku akan tanya dia balik... then, said 'minta maaflah! saya tak berminat.. dah banyak sangat terima call macam ni... "

******************************

Musykil! bukankah setiap bank ada card credit centre sendiri?


LANGSIR BUKAN LANGSUIR!

Aku sebenarnya tengah sakit hati dan bengang kat sebuah gedung kain yang terkemuka di Shah Alam ni. Nak aku mention nama gedung tu ke? Tak payahlah! Tak pasal-pasal aku pula yang kena saman nanti. Nak dijadikan cerita.. Kira-kira 2 minggu yang lalu, aku dengan Inchek Hubby pergilah gedung tersebut untuk tempah langsir. Boleh pula minah yang ambil tempahan tu tanya aku bila nak pakai langsir tu... Inchek Hubby tanya balik... hari ni boleh siap tak... Nah! pertanyaan balas yang tak agak-agak. Sila jawab! Tersengih-sengih minah tu jawab... Hari ni memang tak sempatlah.... So, aku bagilah tempoh seminggu untuk menyiapkan langsir tu... Dan, tanpa teragak-agak minah tu pun menjawab dengan penuh confident.

Dah nama pun gedung kain terkemuka di Malaysia.. mesti orang lain punya expectation tinggi kan? Dengan penuh mengharap.. petang hari Sabtu bersamaan dengan 14/05/2011 aku pun call-lah gedung kain tersebut untuk bertanya tentang status langsir aku tu... Sangat menyakitkan hati kerana jawapan yang diberikan adalah MASIH ADA KAT TAILOR... APA-APA PUN, KALAU PERSON IN CHARGE TU MASUK KERJA ESOK.. SAYA AKAN SURUH DIA CALL PUAN... Aku pun tertunggu-tunggulah call dari orang yang bertanggungjawab dalam hal itu.... Memang aku ada terima call tapi malangnya bukan person in charge yang call aku... kawan dia yang call aku... siap bagitahu aku yang tailor tengah siapkan langsir.. Then, suruh aku datang ambil pada hari Selasa.. Ok! aku bagi change lagi... Hari Selasa tu aku call lagi... Lagi bertambah sakit hati aku dibuatnya. masih lagi kawan kepada person in charge yang jawab call... Katanya person in charge tu ada bagitahu dia yang tailor tu akan hantar langsir tu pada hari Rabu.... Nanti kita akan suruh staff kita hantar ke rumah puan.... Kepala otak kau! Sampai sekarang aku tak dapat.... Tak pe..tak pe... nanti aku datang jumpa supervisor kau...

Kalau dah tahu tak boleh nak siapkan dalam tempoh seminggu kenapa tak bagitahu awal-awal? Aku boleh bagi masa untuk kau siapkan langsir aku tu..... Kau nak berapa lama? Sebulan? 2 bulan?..setahun?... Aku boleh bagi ok... Boleh tak kalau aku bayar separuh daripada balance yang patut aku bayar tu? Lagi pun, kau tak siap ikut tempoh yang aku minta.. Kalau macam itulah kau punya service...hurmmm..... baik aku tempah kat kedai-kedai kecil je... kalau tak boleh siap cepat.. confirm mereka inform awal-awal.... 

p/s : pandai-pandailah jaga nama.... jangan disebabkan service yang macam itu... kau hilang pelanggan....





123...

Nice number!













Tengok! 123... cantikkan susunan angka tu? Tapi, lagi cantik kalau angka 153 yang muncul.. Haha!!... Agak-agak angka 153 itu akan jadi milik siapa ye? Ini kalau buat contest ni memang cantik sangat...

Kenapa dengan 153? Kamu tak ingat ye? 153 itu sangat sinonim dengan diriku. Kalau kamu nak tahu.. silalah teruskan membaca segala apa yang ada dalam blog ini ye. Maka, kamu akan dapat jawapannya. Dan, kamu! tolong ingat angka itu ye... Hahha!... Ok!...ok!.. angka itu ada kena-mengena dengan my birthday ok!... 

Ikhlasnya aku nak bagitahu dengan kamu semua... bakal follower-ku yang ke 153 akan aku berikan sesuatu sempena angka itu.. Tapi, ini bukan contest ok! Ia datang dari hati.. Ini janji aku sendiri... Sesiapa saja yang bakal menduduki carta 153 itu akan aku berikan hadiah. Tak perlu ditanya apakah hadiahnya kerana aku masih belum memikirkannya...jumlah Follower pun tak sampai ke angka yang berhampiran dengannya. 
Aku sekadar ingin menghargai mereka yang bergelar follower.


BUKAN REDMUMMY JE... AKU PUN!!

Tajuk entah apa-apa! hahaha...

Aku pun peminat merah juga! Bukan Redmummy je ok! cuma aku bukan Red Diva... Red Diva hanya untuk Redmummy... hahaha























Ni aku nak tunjukkan 1/3daripada barang-barang aku yang berwarna merah dan maroon...Aku tak nak tunjuk semua... Nanti orang kata aku nak rampas title Red Diva pula... Hehehe!!
























Terbaru! kitchen cabinet berwarna merah...Aku sengaja pilih warna merah untuk my kitchen dengan harapan aku akan dapat aura untuk rajin ke dapur.. Hahaha!.. Bukan disebabkan taksub dengan Redmummy ok! 





















Hahaha!!.... motif? Tak de motif sebenarnya. Aku juga sebenarnya adalah seorang pencinta merah. Cuma, kurang menonjol berbanding dengan Red Diva itu...

Di bawah ni merupakan hasil carian Google tentang warna merah.

"Warna merah sebenarnya membawa maksud keteguhan, keberanian, keceriaan dan  kemegahan. Warna ini  dikatakan memberi dorongan kepada keadaan yang lebih positif dalam kehidupan masyarakat Cina.  Warna ini sering digunakan dalam perayaan dan sambutan majlis kebesaran mereka kecuali hari-hari yang menunjukkan keadaan kesedihan dalam kehidupan mereka.  Warna ini akan terus menjadi simbol kemegahan masyarakat tersebut malah melambangkan keteguhan dan kemegahaan negara apabila  digunakan sebagai simbol pada logo-logo, lencana, bendera dan setem malah turut diterjemahkan pada wang kertas dan duit syiling.

Warna merah sering dikaitkan dengan masyarakat Cina   terutama pada setiap kali sambutan Tahun Baru Cina. Warna tersebut akan mendominasikan persekitaran kehidupan mereka. Namun, warna merah juga menguasai hampir setiap ruang di dalam dan luar rumah mereka.   Bila tibanya perayaan ini hiasan berwarna merah sering  digantung sepanjang jalan yang menandakan perayaan itu kini bukan sahaja disambut oleh masyarakat tersebut tetapi juga sudah menjadi seperti perayaan seluruh masyarakat."

Ada apa dengan merah? Apa kaitan merah dengan aku? Merah hanya sekadar warna. Actually, warna merah mampu memberikan kekuatan semangat kepadaku tatkala diri dilanda pelbagai masalah. Dulu, aku memang sangat lemah... Lemah untuk menghadapi kenyataan hidup. Lemah untuk menerima hakikat kehidupan yang perlu aku harungi. Tapi, setelah aku mendengar kata-kata daripada seorang pakar motivasi tentang warna merah.. Aku cuba menerapkan ia dalam kehidupanku. Alhamdulillah! Kini, aku punya kekuatan untuk meneruskan kehidupan. Aku tidak lagi selemah dulu. Tapi, aku juga tidak sekuat mana. Aku masih memerlukan orang-orang di sekelilingku..  

Apa-apa pun, warna merah itu memberikan aku suatu kekuatan yang tiada dalam diriku... 


There was an error in this gadget