PESANAN PENTING DARI PENAJA!

About Me

My Photo
RinnAzrinah
Alam Budiman, Selangor, Malaysia
I am Sabahan! 'Aku,saya,me,I,kami,kita' bagiku maknanya tetap sama..
View my complete profile

ENTRI POPULAR SEPANJANG MINGGU

DARI KISAH BENAR : MATAKU X-RAY

Dulu, aku selalu pengsan. Pengsan bukan sebab ada apa-apa penyakit yang teruk pun. Tapi, aku pengsan sebab mataku boleh melihat apa yang tak boleh dilihat oleh mata kasar manusia lain. Aku bukan berpura! Aku serius.. Dan, aku tidak pernah bercerita tentang itu dengan sesiapa pun kerana aku tahu... orang yang tak nampak pasti akan angkat kaki dulu kalau tahu benda itu ada di sekeliling mereka.

Iklan : Nak menang Honda City & iPad setiap minggu? Senang aje.Hanya 1 langganan. Cubalah sekarang! #DiGiSenang2Menang

Yes! dulu memang aku selalu pengsan. Itu kerana aku tidak tahu bagaimana mahu mengawalnya. Hakikatnya, benda itu tidaklah seburuk yang kita sangkakan. Dia juga sama seperti kita. Kelebihan mereka cuma boleh menyerupai pelbagai bentuk. Jika kita dapat melihat mereka, jangan sesekali kita tunjukkan yang kita memang sedar akan kewujudan mereka. Buat-buat tak nampak dan tak sedar kerana mereka hanya akan mengganggu orang yang boleh melihat kehadiran mereka.

Serius! aku membesar dengan mereka ada di sekelilingku kerana aku tinggal di bangunan lama.. Kuarters Hospital lama.... Do you know what I mean? Bangunan lama yang pernah dijadikan hospital. Dapat tak kamu bayangkan apa yang ada di situ? Rumah tempat di mana aku membesar itu merupakan bekas wad  penyakit Tibi ... Tahu tak penyakit Tibi tu apa? Nama saintifiknya ialah Tuberculosis.Tahu tak berapa ramai yang mati disebabkan penyakit tersebut? Tak kisahlah berapa ramai pun yang mati disebabkan penyakit itu. Tapi, berapa ramai yang mati dalam wad yang sekarang ini menjadi tempat tinggal keluarga aku? Dan, berapa ramai pula yang duduk menumpang sekali dalam rumah itu? Dapat tak kamu bayangkan keadaan aku macam mana? Jiwa aku memang tak tenang. Aku sentiasa dihimpit ketakutan. Aku tidak pernah melihat hantu. Apa yang aku lihat adalah roh. Namun, agak sukar untuk aku gambarkan ia.

Aku pasti! ada di antara kamu yang kurang  percaya dengan situasi sebegini. Tapi, itulah hakikat yang aku alami selama 29 tahun aku hidup. Kenapa aku kata 29 tahun? Mata anak-anak kecil kan boleh melihat 'benda' cuma dia tidak tahu apa yang sedang dilihatnya. Aku yakin aku juga mengalami keadaan itu sejak kecil. Kamu yang mengenali aku... hari ini aku ungkaikan misteri mengapa aku selalu pengsan. Dan, jangan ditanya lagi selepas ini. 

KATA-KATA SEMANGAT DARI PM

 Perghhh!!!... kalau macam ini, baru bersemangat nak jawab exam nanti.






















Iklan  :I'm on The Great ChurpChurp Race. Are you in it too?! #Churp2Race





















Untuk pengetahuan kamu, aku akan menghidapi menduduki peperiksaan bagi kertas ADS460 pada 06/05/2011 nanti. Aku harap, dengan adanya kata-kata semangat daripada Perdana Menteri kita ni... akan membuatkan aku lebih berkeyakinan untuk menjawab soalan peperiksaan nanti. Dan, kamu semua! tolong doakan kejayaan aku boleh?


ANAK KESAYANGAN?!

Kenapa anak kesayangan selalu menyusahkan orang tua? Aku cukup geram dengan orang-orang sebegini. Sudahlah ditatang bagai minyak yang penuh.. balasannya? kau berikan tuba untuk mereka. Manusia jenis apakah kau ini? 

Tahukah kau bahawa kau telah banyak menyusahkan ibu bapa? Dari kecil sampailah dah kahwin pun, kau masih nak menyusahkan orang tua. What the hell? Aku benci orang macam ini. Cukup-cukuplah menyusahkan orang tua. Masa belajar dulu, kau dah habiskan banyak duit orang tua... tapi, apa hasilnya? Kau masih tetap menyusahkan mereka. Apa gunanya kau disayangi? 

Aku bukan berdengki! Tapi, ya... memang aku cemburu. Cemburu kerana kau tidak pernah tahu erti susah. Kau cuma tahu ada! Kau cuma tahu minta. Tapi, tahukah kau betapa payahnya ibu bapamu mencari rezeki demi sesuap nasi? Tahukah kau betapa sukarnya mereka mendapatkan duit demi untuk membayar yuran peperiksaanmu? Ada kau fikir itu? Tidakkan?

Aku juga tahu minta. Tapi, aku meminta apa yang patut aku perolehi. Cuma, aku masih terasa hati sehingga kini kerana aku tidak dapat apa yang patut aku perolehi. Aku merajuk! Dari dulu sampai sekarang, apa yang aku inginkan.... aku dapatkan dengan hasil titik peluhku sendiri. Dulu, aku dapat biasiswa..  Aku tolong berniaga di pasar malam. Aku juga pernah tolong berniaga di kantin sekolah agama.. Jadi, bukanlah  suatu halangan bagiku untuk membeli peralatan sekolah. Sekarang, aku ada duit gaji sendiri untuk aku belanjakan. 
Adik-adik kata aku anak kesayangan tapi aku tidak pernah rasa begitu. Tapi, tidak pula rasa seperti dipersia. Cuma mungkin sedikit rasa kecewa. Janji yang pernah diungkap, tidak ditepati.


DARI KISAH BENAR : PAGAR MAKAN PADI

Cerita seorang teman yang tidak ingin dikenali tetapi mahu kisahnya dikongsikan bersama. Bukan untuk menagih simpati. Tapi, sekadar mengingatkan para readers agar sentiasa berjaga-jaga dengan orang di sekeliling kamu.
---------------------

Sampai sekarang aku masih berdendam dengan lelaki. Mengapa? Semuanya kerana  lelaki itu. Lelaki yang sepatutnya menjaga aku tapi telah mengambil kesempatan terhadap aku. Dendam dalam hati ini kian menebal. Kalaulah membunuh itu dibenarkan, ingin saja aku bunuh dia. 

Dia bukanlah orang lain. Dia adalah saudaraku sendiri. Dia adik ibuku. Tapi tergamak dia melakukan ini semua terhadap diriku yang lemah. Aku pernah berdoa agar dia mati dalam kemalangan. Namun, apa yang aku hajatkan itu tidak dimakbulkan. Mengapa orang seperti dia perlu dipanjangkan nyawanya? 

Dia telah menodai aku. Dia telah meragut kesucianku. Arghhh!... di mana harus aku letakkan muka ini? Kalau aku mengandung, bagaimana harus aku jawab dengan masyarakat? Pastinya masyarakat akan pandang serong kepadaku dan bukan dia. Tidakkah dia terfikir? Suatu hari nanti dia juga akan berkahwin dan memiliki zuriat sendiri. Apa perasaan dia jika itu berlaku terhadap anak perempuannya?

Aku tak sanggup untuk berdepan dengan ibuku. Apatah lagi untuk berterus-terang. Siapa yang akan mempercayai kata-kataku? Paling tidak, pasti aku dituduh bohsia. Aku tak mahu itu berlaku. Aku terpaksa mendiamkan diri. Bertahun-tahun aku simpan rahsia diriku agar tidak diketahui orang lain... kerana itu juga aku tolak pinangan lelaki-lelaki lain. Aku takut! Takut kalau mereka tahu aku sudah tidak suci lagi.. sudah ternoda dan akhirnya diceraikan. Aku tidak mahu jadi begitu. Biarlah aku tolak saja pinangan mereka. 
Sampai kini, aku masih terus berdendam dengan lelaki itu. Memandang wajahnya pun sudah buat aku benci apatah lagi mahu bersalaman dan mencium tangannya di pagi Syawal... Tidak! aku tidak sanggup untuk mencium tangan itu. Aku sanggup tak balik ke kampung asalkan tidak perlu bertentang mata dengannya. Bertentang mata dengannya akan membuatkan dendam ini lebih membara. 
------------------------------------

Actually, kisah ini telah diceritakan kepadaku beberapa tahun yang lalu. Cuma, aku tidak berkesempatan untuk menulis dan mengolahnya semula. Ia sekadar luahan rasa seorang kawan yang hidupnya pernah ternoda. Alhamdulillah! apa yang aku dengar.. sekarang dia sudah bahagia dengan suaminya. Dia tidak lagi berdendam dengan lelaki. Syukur! Tapi, dendamnya terhadap lelaki itu tetap membara seperti dulu.



DEDIKASI BUAT @pojiepooh

Pojiepooh - Hanya Satu!














Aku bertemu dia hanya di alam maya. Dan, belum berkesempatan untuk bertentang mata. Serius! aku memang tak kenal dia. Aku mula mengenali dia di laman twitter dengan nama @pojiepooh. Aku juga tidak tahu bahawa dia seorang blogger. Seperti biasa, aku selalu bersembang dengan dia seolah-olah sudah kenal lama. Hakikatnya, kami belum pernah bersua muka.

Disebabkan kami selalu bersembang di laman twitter, baru aku terfikir untuk melihat profile dia dengan lebih dekat lagi. Owh! rupa-rupanya dia juga seorang blogger. Dari situlah aku mula mengikuti blog dia. Kalau ditanya mengapa aku suka baca blog dia... Transparent! aku tiada sebarang alasan untuk itu. 

Di awal perkenalan maya antara aku dan dia, dia memperkenalkan dirinya sebagai duda anak dua. Dan, aku hampir-hampir percaya. Cis! tak guna... dia mempermainkan aku rupanya. Umur lebih muda daripada aku takkanlah dah menduda. Rupa-rupanya apa yang dia katakan sebagai anak itu adalah pets kesayangannya iaitu LV dan Prada.
Gambar aku curi dari tuan punya. Nampak tu nama dia?



















Kepada @pojiepooh, kamu bolehlah gelak sekarang kerana aku telah kehilangan 2 buah novel tulisan Ramlee Awang Murshid. Mandatori dan Anugerah Pertama. Aku tahu kamu juga peminat RAM kan? Tapi, tak apa! aku akan cari  novel-novel itu sampai dapat. Tak mahu kalah dengan kamu ok!..

Kepada readers di luar sana... kalau belum pernah mendengar nama @pojiepooh, silalah click image header di atas. Ia akan bawakan kamu terus kepada dia....


TELUR..OH! TELUR....

Macam-macamlah dunia sekarang ni. Makanan pun nak dipalsukan. Aku ingat gigi je palsu.. Telur pun palsu juga? Hurmmmm.....Naik takut pula aku nak beli atau makan telur. Tapi, untungkah jual telur tiruan ni. Berapa ribu dia boleh dapat erk? Telur kat peti ais tu ada balance lebih kurang 10 butir kot. Kalau lepas ni tak payah beli, boleh tak? Bukan apa! untuk keselamatan sendiri juga. Takut tersilap beli...Kuang..kaung..kuang...

Carian dengan bantuan Google



































Kalau ikut info yang yang ada dalam gambar di atas, ini merupakan cara-cara untuk mengenal-pasti telur yang original dengan yang bukan original. Ini kalau dah masak. Kalau belum masak? Macam mana kita nak kenal pasti? Aku confuse-lah! Ada sesiapa boleh tolong explain untuk aku?

Kalau kamu ada terbaca blog yang ada info macam mana nak bezakan telur yang ori dengan yang bukan ori... share-lah kat sini. Anak aku pula memang hantu telur. Aduh! memang kena hati-hatilah lepas ni. Jangan sampai tersalah beli telur.

Agak-agak telur Omega tu ada yang palsu tak? Harap-haraplah tak de yang palsu.


HIDUNGKU SENSITIF!

Tengah aku duduk diam-diam di kerusi office aku ni... tiba-tiba hidung aku terhidu sesuatu.. Terus terbayang dalam kotak fikiran aku... Sotong bakar! Mengapakah hidung ini menjadi semakin sensitif? Aku tercari-cari dari mana datangnya bau itu.. Tapi, tidak ketemu. Arghh! sudah... terdera jiwa dan ragaku. Apakah maksudnya aku teringinkan ia? Owh! tolonglah! di mana harus aku dapatkan ia? 






















Dek kerana hidungku masih terbau-bau hingga ke petang... Sanggup aku buang sedikit masa untuk meng-google gambar sotong bakar itu agar dapat sedikit ketenangan di jiwa. Tak sanggup aku untuk berhadapan dengan keinginan yang semakin membuak-buak ini. Tolong! tolong! aku memang teringin sangat.. Di mana boleh aku dapatkan ia? Inchek Hubby, tolong!

Sotong bakar itu tetap menghantui diriku. Aduh! Jangan sampai aku termimpi-mimpi akan sotong Paul pula. Cis! baru tengok gambar pun air liur dah meleleh. Kalau dah ada di depan mata.. apa agaknya yang berlaku ye? Mesti aku tak sempat nak pandang kiri-kanan... Depan-belakang...jauh sekali! Terbayang-bayang akan kelazatan menikmati sotong bakar itu... 

Wah! jauh sungguh aku berangan. Entahkan dapat..entah tidak... Kat Shah Alam ni, di mana boleh  aku dapatkan sotong bakar erk? Aku tak nak masak sendiri.. Aku nak orang bakarkan untuk aku...Hahahaa!...Demand-lah pula.


MOTIF??

Ada orang cari 'blog marah-marah' kat blog aku. Cuba specific-kan sikit pencarian tu. Taklah pening aku nak fikir. Dalam blog aku ni banyak juga entry yang marah-marah. Tapi, marah siapa? Hah! So, specific-kanlah pencarian tu. Boleh aku baca sekali lagi. Kot-kot kalau ada yang terasa dengan tulisan aku ni kan? Boleh aku edit balik.. Maklumlah! aku ni sebenarnya seorang yang sangat pendiam apabila berada di luar ruang lingkup  alam maya. Aku banyak berceloteh cuma di alam maya je.. Takut juga kalau-kalau ada yang terasa hati. Akukan blogger picisan je.. Harap-harap kamu tak de terasa hati ye. 




















Nak bukti? Hah! itu buktinya. Gambar memang aku malas nak edit. Kalau kamu boleh baca. Ok-lah tu! Aku musykil.. kenapa orang itu beria-ia mencari 'blog marah-marah' erk? Adakah kerana dia terasa dengan penulisan seseorang? Atau, dia seorang yang sukakan kontroversi? beria-ia benar menjejak kontroversi? Atau, ingin dijadikan sebagai inspiration? Entah! aku tetap tak faham! Apa sebenarnya motif orang itu menjejak 'blog marah-marah' erk?  

Kalau ada pun entry yang marah-marah. Aku bukan maksudkan kamu. Aku cuma marah orang yang sepatutnya aku marah kerana aku tidak berkemampuan untuk marah secara berhadapan. Aku tak mampu! kerana aku seorang yang agak emosional. Aku murah dengan air mata. So, bila aku nampak keywords 'blog marah-marah' dalam blog aku... cepat-cepat aku check balik. Takut ada yang tersalah tulis. Tapi, setakat ini.. semuanya memang apa yang aku maksudkan. Kalau aku marah orang itu.. memang itulah berlaku.

Apa motif???
Cari kontroversi?
Lupakanlah niat itu...
Aku bukan macam sesetangah orang...
Mencaci-cerca blogger dalam blog.










KUCING ITU MENYALAK!!!

Aku tak faham! mengapa kucing itu mesti menyalak? Aku rasa kucing itu mengalami kecelaruan identiti. Ataupun, dia tidak dapat menerima hakikat yang dia adalah seekor kucing. Dari pagi sampai ke petang asyik menyalak. Adakah dia tidak dapat menerima fitrah kejadiannya? Adakah dia ingin melawan segala suratan hidupnya?

Sampai kini aku masih tidak faham! mengapa kucing itu terus menyalak? mengapa dia tidak mahu menerima hakikat kejadiannya adalah seekor kucing? Kucing yang semua orang tahu sukakan belaian. Mengapa kucing itu tidak begitu? Kontra! Segala-galanya kontra. Dia tidak mengiau seperti kucing-kucing lain. Dia juga tidak semanja dan sejinak kucing-kucing lain. Adakah dia kucing yang datangnya dari dalam hutan belantara?

Sumber : theLEEK.net


















Aku musykil! masih musykil.. Kucing itu masih terus menyalak. Tak penatkah dia menyalak? mengapa dia tidak mengakui hakikat kejadiannya? Dia adalah seekor kucing! bukan anjing.. Hurmmm.... atau......jangan-jangan... dia pernah menjalani pembedahan plastik? Atau, dia telah membuang hormon-hormon kekucingannya? Mungkin juga dia mengalami delusi? Terpandang dirinya seperti seekor anjing? Mungkin! semuanya mungkin.....

Aku yakin! dia memang sedang celaru otaknya. Mungkin berfikir sama ada dia itu kucing atau bukan...

There was an error in this gadget