PESANAN PENTING DARI PENAJA!

About Me

My Photo
RinnAzrinah
Alam Budiman, Selangor, Malaysia
I am Sabahan! 'Aku,saya,me,I,kami,kita' bagiku maknanya tetap sama..
View my complete profile

ENTRI POPULAR SEPANJANG MINGGU

TERBABAS!!

Kejadian berlaku pagi-pagi buta. Berlaku di hadapan mata kami berdua. Ketika itu, Inchek Hubby sedang dalam perjalanan untuk menghantar aku ke office di Seksyen 9. Aku nampak. Dia pun nampak apa yang berlaku. Orang itu terbabas. Nampak seperti tiada apa-apa yang berlaku terhadap penunggang motorsikal tersebut kerana aku lihat dia masih boleh bangun dan berdiri. Tak pasti sama ada orang itu mengantuk atau sedang berkhayal. Nasib baik kami tak ambil lane yang sama dengan dia. Kalau tidak... Astaghfirullahalazim...


























Gambar di atas hanyalah hiasan semata-mata. Mana sempat nak tangkap gambar orang tu. Dag! dig! dug! aku tiba-tiba teringat kejadian yang menimpa kami pada tahun 2007.Tak tahu? Baca sini.

Kejadian itu pun sudah hampir 4 tahun berlaku. Mak mertua aku pun sudah beransur pulih. Beliau dah boleh berjalan seperti biasa cuma pergerakannya agak terbatas sedikit. Beliau tak boleh bergerak dengan laju seperti sebelum-sebelumnya. Beliau seorang yang amat gigih dan cekal. Ada orang kata kecederaan yang dialami beliau akan mengambil masa yang lama untuk pulih. Tapi, tidak bagi beliau. Kalau aku tak silap, tak sampai pun 2 tahun.... beliau boleh berjalan semula...

Apa-apa pun, semangat itu yang penting. Pedulikan kata orang.



1 cakap-cakap:

Syuk Ry said...

kecian mamat yg terbabas 2..

There was an error in this gadget